BAB 29

11.9K 444 2
                                        

Uqasah menyalam tangan Rayyan dengan wajah yang sedikit mencuka. Baru saja dia mahu melepaskan tangan Rayyan kembali menariknya hingga tubuh mereka rapat. Sangat rapat.

Uqasah diam saja memandang dada Rayyan. Sesekali di betulkan juga tali leher merah milik suaminya. Rayyan tersenyum kecil sebelum mengucup dahi Uqasah. Lama.

"kenapa ni? Masam je?" soalnya setelah terasa puas mencium dahi itu. Dan mungkin takkam pernah puas. Pipi Uqasah di usap lembut. Alahai.. Macam mana nak pergi kerja kalau isterinya ini monyok saja.

"tak nak bagi hubby kerja ke ni?" soalnya lagi bila tiada jawapan dari Uqasah. Uqasah mendongak dengan bibir tercebik-cebik.

"balik cepat tau!" kedengaraan suara halusnya berkata. Rayyan tertawa sambil mengangguk kecil. Rasa macam kawin dengan budak-budak pula.

"jangan singgah lagi kat mana-mana! Nanti terus balik rumah.. " pesan Uqasah lagi tidak menghiraukan tawa Rayyan. Sekali lagi Rayyan mengangguk membiarkan bidadari itu bercakap dulu.

"lagi?"

"hurmm.. Ingat sayang selalu"

"always.. " balas Rayyan penuh romantik. Uqasah menarik nafas dalam. Tangan memeluk pula pinggang Rayyan rapat sebelum menyembamkan wajahnya ke bidand dada Rayyan yang sudah lengkap mahu ke ofis. Di cium lagi dada tegap itu mengambil bauan wangi. Buat bekalan rindu.

"okey dah.. " Uqasah menolak perlahan tubuh Rayyan setelah agak lama dia memeluk tubub itu. Sedaya upaya dia mengukir senyuman.

"jangan risau. Nanti kalau rindu hubby call je okey.. " laju Uqasah mengangguk. Tak di suruh pun memang dia akan call.

"jangan nakal-nakal.. " pesan Rayyan biarpuan agak kebudak-budakan namun dia memang memaksudkan kata-katanya.

"hubby pergi dulu..." sepantas kilat dia mengucup sekilas bibir isterinya. Tak boleh lama-lama sebab ada orang intai.

Baru beberapa tapak dia berjalan panggilan Uqasah menghentikannya. Dia menoleh dengan kening di angkat. Terlihat Uqasah terjengket-jengket lari ke arahnya sebelum dua ciuman hinggap ke pipi. Satu di kiri satu di kanan. Salah! Bukan dua tapi tiga. Satu lagi kat bibir tapi yang dekat situ lama sikit.

"love you.. Bye!" ceria Uqasah berkata. Tangan di lambai. Rayyan yang tadinya kaku tersengih kecil. Sempat lagi satu kucupan hinggap di dahi Uqasah sebelum dia berjalan ke arah keretanya.

Pintu di buka. Dia berpaling lagi lalu membalas lambaian isterinya yang masih setia di hadapan pintu masuk. Tatkala dia sudah masuk terlihat kedua sahabatnya itu tersengih namun Rayyan buat tidak tahu saja. Kot di tubuhnya di betul.

Matanya tidak lepas dari memandang si isteri yang masih lagi di tempat tadi langsung tak berganjak. Dan saat kereta sudah keluar dari pagar rumah itu lambaian dan sengihan Uqasah sudah tidak terlihat.

Rayyan kembali membetulkan duduknya. Dia berdehem sedikit. Telefon di keluarkan lalu mendail terus nombor pengawal rumahnya.

"dia dah masuk ke?" terus dia bertanya apabila panggilan di jawab.

"belum lagi master!" kedengaraan suara pengawal rumahnya menjawab. Rayyan mengeluh. Siapa lagi 'dia'kalau bukan Uqasah. Ternyata isterinya itu masih lagi tegak berdiri di pintu rumah seperti apa yang di katakan oleh pengawal tersebut.

Talian di matikan. Wajah Danny yang memandu itu di pandang. Danny yang menyedari seolah di renung itu membalas pandangan Rayyan melalui cermin kereta.

"patah balik kejap!" arahnya dengan nada tertahan-tahan.

"What?" serentak Danny dan Anif bersuara.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang