BAB 5

20K 863 30
                                    

"akak lepas tu nak potong apa?" kalut Risya bertanya dengan pisau di tangan. Uqasah yang sedang mencuci tangan itu mengerling sekilas sebelum senyuman kecil terbit di bibir.

"potong bawang putih dengan bawang merah" arahnya. Lekas saja Risya mengambil bawang yang di minta. Dia kembali duduk di kabinet meja. Fokus dia memotong bawang.

Uqasah mendekati Rose pula yang sibuk mengaul nasi goreng di kuali. Tertawa kecil dia bila melihat wajah serius Rose. Macam nak pergi perang.

"akak.. " rengek Risya. Rose dan Uqasah berpaling sebelum kedua mereka tertawa bersama. Pantas Uqasah mendekati Risya yang sudah meleleh air mata itu.

"bawang ni jahat" rungut Risya. Terkelip-kelip matanya dek terlalu pedas. Uqasah mengeleng. Bawang yang tak bernyawa di jadikan salah. Pisau di tangan Risya di ambil.

"pergi cuci mata tu.. Akak sambung buat ni" ujarnya. Punggung di labuhkan di kerusi kosong sebelah Risya.

"sorryy.. " sempat Risya meminta maaf sebelum berlari anak ke singki. Tergeleng kepala Uqasah. Kerja memotong bawang tadi di buat kembali.

"aikk.. Awalnya anak mama bangun" tegur Raimah yang entah muncul dari mana. Ketiga-tiga mereka berpaling memandang wajah Raimah.

"wow.. Rose dan Risya dah pandai masak!" puji Raimah. Bukannya dia tidak tahu kedua anak kembarnya itu susah benar mahu di ajakn masuk ke dapur tapi pagi ni lain pula.

"yang seroang tu kenapa memangis?" soalnya hairan melihat Risya yang masih meleleh air mata.

"potong bawang je pun ma.. Mengada je lebih" sampuk Rose. Api di matikan. Pingggan besar di ambil sebelum meletakkan nasi goreng tadi di dalamnya. Teliti dia membuat kerja.

"okey tak mata tu?" jelas risau nada Raimah. Wajah Risya di pegang. Perlahan-lahan dia meniup ke arah mata anak daranya.

"hurmm.. Pedih" rengek Risya

"baru buat tu dah merengek.. Nanti kawin tak tahulah.. " bebel Raimah. Tangan Risya di tarik supaya duduk di kerusi sebelah Uqasah yang masih ralit memotong bawang.

"uqasah okey tak tu?" pantas Uqasah menganggul dengan menghadiakan sebuah senyuman kecil.

"nak masak apa ni?" tanya Risya.

"nasi lemak!" jawab Uqasah ringkas.

"woww.. Bestnya. Tak sabar nak makan" lebar senyuman di bibir Risya
dan rose bila makanan kegemaraan mereka di sebut.

"uqasah belajar dari mana masak nasi lemak ni?"

"dulu selalu tolong arwah ibu berniaga nasi lemak kat pasar. Sebab tu Uqasah tau ibu yang ajar" ujar Uqasah. Nadanya bergetar bila mengingatkan ibunya. Sungguh dia rindu akan belaian dan senyuman dari ibunya.

Raimah mengusap lembut bahu Uqasah bagaikan tahu dia sedang sakit kerinduan dengan orang yang mustahil akan kembali.

"dah jangan sedih-sedih. Jom kita masak sama-sama" ajak Raimah cuba menceriakan suasana. Lantas ketiga mereka mengangguk.

Setelah beberapa jam mereka berperang di dapur akhirnya siap juga hasil kerja mereka berempat. Semua makanan sudah terhidang cantik di atas meja makan.

Risya dan Rose terus saja menarik kerusi. Perut mereka sedari tadi berbunyi di tambah lagi dengan nasi lemak itu. Kecur air liur.

"risya pergi panggil abang kat atas" arah Raimah. Risya mencebik. Baru saja dia mahu memanggil kelihatan tiga jejeka itu sudah datang ke arah mereka.

"hah.. Meh makan." Anif menarik kerusi bersebelahan Rose di sebelahnya pula Danny. Uqasah yanh sudah siap duduk di kerusi itu hanya menunduk. Segan mahu mengangkat muka tatkala di hadapannya kini adalah Rayyan.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now