BAB 13

21.9K 711 15
                                        

Lebar senyuman terukir di bibir Uqasah. Siapa sangkah akhirnya kini impiannya tercapai jua. Menjejak kaki di tanah paris bersama suami tercinta akhirnya berlaku. Angan-angannya dahulu kini telah menjadi kenyataan.

Dia mengerling pula ke arah Rayyan. Tangannya erat mengenggam tangan suaminya. Dia tersenyum lagi. Tidak sabar mahu cepat sampai ke paris.

"tidurlah.. Lama lagi nak sampai" ujar Rayyan tatkala menyedari isterinya itu leka merenung luar tingkap kapa terbang ini. Merenung awan-awan kebiruan. Uqasah menoleh lagi.

"tak dapat tidurlah. Rasa teruja sangat sampai tak boleh tidur" ujarnya polos. Kaki di goyang-goyang tanda dia memang teruja yang amat. Rayyan tertawa kecil.

"yelah sayang.. " dia biarkan saja isterinya itu melayan perasaan sendiri. Dengan selamba Uqasah melentokkan kepala di bahu Rayyan. Jari-jari Rayyan di main-mainkan. Jauh berbeza dengan jarinya yang kecil molek, halus mulus itu. Warna Rayyan juga sedikit gelap berbanding warna kulitnya yang cerah. Tapi dia sukakan warna kulit milik suaminya. Rasa seksi.

"tak sabarnya.. " gumamnya sendirian. Sudah bermacam-macam aktiviti yang di aturkan. Dia tidak mahu langsung melepaskan peluang keemasan ini. Mencipta kenangan indah bersama suaminya buat pertama kali. Tangan Rayyan di bawa ke bibir di kucup lembut menghilangkan rasa terujanya.

"hubby.. " Uqasah mendongak sedikit mahu menatap wajah kacak Rayyan. Rayyan menunduk sempat hidung Uqasah di kucup sekilas. Merah habis hidung comel isterinya dek penghawa diingin yang sejuk. Tubuh isterinya itu memang cepat sangat berasa sejuk.

"kenapa?" tanyanya bila melihat Uqasah hanya diam memandangnya tanpa suara tapi bibir tetap mengukir senyuman.

"thank you.. " bisiknya perlahan.

"sebab?"

"sebab bawa Uqasah datang parislah" katanya bahagia. Rayyan tersenyum kecil. Sejak tadi lagi bibir Uqasah tidak leka dengan ucapan terima kasihnya seolah-olah besar sungguh penggorbanannya.

"sama-sama kasih.. " balasnya. Hidunh di gesel-geselkan ke hidung isterinya. Tangan yang di genggam oleh Uqasah di tarik ke pahanya lalu di gosok-gosok lembut menghilangkan rasa sejuk.

"sejuk ke?" soalnya risau. Uqasah mengangguk. Dia merapatkan diri ke tubuh Rayyan. Mengigil kecil dia bila kesejukan penghawa diingin hingga ke tulangnya. Rayyan memeluk pula bahu Uqasah membiarkan kepala isterinya terlentok ke dadanya. Bahu Uqasah di usap lembut dengan satu lagi tangan setia mengosok tangan isterinya.

"sayang hubbyy" terus di kucup sekilas dada Rayyan yang berbalut baju itu. Sungguh dia berasa selamat dalam dakapan suaminya tika ini. Tenang dan damai.

"dah tidurlah. Nanti sampai hubby kejutkan" arahnya. Ubun-ubun Uqasah di cium lembut. Suka dia menghidu bai haruman dari kepala isterinya. Wangi.

"kejut tau..Uqasah tak sabar sangat ni" pesannya. Rayyan mengumam kecil mengiyakan kata-kata Isterinya.

Uqasah yang sememang sudah mula mengantuk mula memejam mata. Tambah-tambah pula dia di dalam dakapan Rayyan bertambah mengantuklah dia. Walaupun mata sudah tertutup tapi bibir masih setia mengukir senyuman.

Rayyan juga turut diam. Tangannya masih setia mengosok bahu dan jari-jari Uqasah memberi kehangatan dan keselesaan. Tatkala menyedari tiada gerakan dari tubuh Uqasah dia tahulah yang isterinya itu sudah di jemput mimpi.

Sekali lagi bibirnya singgah ke ubun-ubun Uqasah. Menzahirkan rasa sayang dan cinta yang semakin menggunung dan mustahil akan runtuh ke bawah.

Dia sendiri tidak sangkah maha hebatnya tarikan Uqasah membuatkan dia tergila-gilakan isterinya sendiri. Sekelip mata saja dia jatuh tersungkur melihat panahan mata milik Uqasah. Bagaikan di jampi dia menunduk. Terasa indah melihat senyuman yang terukir di bibir Uqasah. Tenang hatinya bila mendengar tawa halus Uqasah. Semua tentang Uqasah membuatkan dia melayang entah ke mana.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang