BAB 19

15.4K 497 5
                                        

"abang.. " berlari kedua kembar itu bila melihat Rayyan dan Uqasah yang baru masuk ke dalam rumah. Kedua pasangan baru itu hanya tersenyum mendengar jeritan dari si kembar.

Terus saja Rose dan Risya memeluk erat tubuh Uqasah. Mereka bertiga saling berpeluk hingga kelibatan Rayyan seolah-olah halimunan. Mengekek mereka tertawa. Gembira dapat berjumpa lagi walhal 2 minggu je pun tak jumpa.

"rindunya dengan akak.. " bisik Risya seraya mengucup sekilas pipi Uqasah di ikuti oleh Rose yang mengucup sebelah lagi pipi kakak ipar mereka.

"akak pun rindu.. " balas Uqasah dan kali ini dia pula mengucup kedua pipi si kembar. Serupa adik-beradik.

"ehmm.. " deheman seseorang menyentak mereka bertiga. Serentak mereka berpaling sebelum tersengih melihat wajah garang Rayyan.

"hi abang.. " tubuh Rayyan pula di peluk. Kedua kembar itu mengucup pantas pipi Rayyan sama seperti Uqasah.

"baru nak ingat kat abang?" perli Rayyan. Rose dan Risya berpandangan. Kedua buntu melihat rajuk abang mereka. Tak pernah lagi Rayyan merajuk sebegini rupa. Selalunya serius saja memanjang.

"alah sorry lah.. " pujuk Rose. Lengan Rayyan di goyang-goyangkan. Risya mengangguk setuju mengiyakan saja kata-kata kakaknya.

Rayyab buat-buat tidak tahu. Rayuan dan pujukan adiknya tidak di hiraukan. Bukannya dia terasa sangat pun. Sekadar merajuk manja-manja saja. Entah jin mana yang sampuk dia ni.

"ya allah...dah balik ke?" kedengaraan suara Raimah bertanya. Dia yang baru keluar dari dapur itu mendekati. Dengan apron di tubuh.

"ma.. " Uqasah dan Rayyan mendekati sebelum tangan tua Raimah di salam. Raimah tersenyum. Selesai sisi bersalaman Raimah terus menarik Uqasah ke dalam pelukan. Tangannya bergerak menepuk-nepuk belakang badan Uqasah.

"mama rindu tau dengan menantu comel mama ni" adunya, sebak. Uqasah tersengih. Kembang hidungnya bila di puji comel oleh mentuanya sendiri.

"yalah.. Rindu je kat menantu tu" sampuk Rayyan sekali gus meleraikan pelukan Uqasah dan Raimah.

"elekkk.. Anak mama ni. Dah tua pun nak merajuk juga" usik Raimah. Si kembar mengangguk.

"entahl abang ni.. Macam budak-budak" sokong Rose.

"betul tu!" anggukan Risya pula. Tidak semena-mena kepala kedua kembar itu di tarik oleh Rayyan lalu di kepit kepala mereka di bawah ketiaknya. Risya di kanan, Rose pula di kiri. Terletus tawa Rayyan melihat adiknya itu tergapai-gapai mahu melepaskan diri.

"dahlah.. Rayyan.. " Raimah menampar lembut lengan Rayyan menyuruh supaya dia melepaskan si kembar.

"abang ni" rungut Risya dan Riso serentak. Rayyan tersengih. Sekali lagi Risya dan Rose berpandangan sesama sendiri. Isyarat mata di mainkan sebelum dengan pantas kedua mereka mengigit kuat lengan Rayyan. Meraunh kesakitan Rayyan di buatnya. Hampir 5 saat barulah gigitan di lepaskan.

Kali ini Risya dan Rose pula mengetawakan abang mereka. Melihat pandangan tajam Rayyan, terus mereka berdua pecut lari naik ke atas. Rayyan mengetap gigi geram. Kedua tangan di usap. Sakit nak mampus bila lengannya di gigit seakan ayam kfc.

"macam-macam.. " omel Raimah. Uqasah pula masih lagi ketawa sampaikan keluar air matanya dek gelak terlalu banyak tapi melihat jelingan tajam Rayyan membuatkan perlahan-lahan tawanya mati. Di kembam bibir menahan tawa dari terletus.

Tiba-tiba suara Anif dan Danny pula kedengaraan menyapa Rayyan. Serentak mereka bertiga berpaling memandang gerangan kedua sahabat Rayyan merangkap adik beradik angkatnya.

"hi bro.. " Rayyan dan Danny berbalas pelukan sebelum Anif juga turut memeluk Rayyan. Gaya-gaya lelaki mestilah kasarkan. Bayangkan saja bagaimana mereka berpelukan.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang