BAB 38

9.8K 386 0
                                    

Uqasah mengeliat kecil. Mata yang terasa di gam sedaya upaya di buka. Pejam celik pejam celik akhirnya besar matanya terbuka. Dia mendongak ke atas memandang wajah lena suaminya. Senyuman kecil terukir di bibir. Tangan naik mengusap lembut pipi Rayyan sebelum satu kucupan ringkas singgah ke bibir yang berdengur halus itu.

Tangan Rayyan yang melingkari pinggangnya di tolak lembut. Berhati-hati dia membuat sebarang pergerakan tidak mahu mengacau lena si suami. Dia bangun dari pembaringan. Selimut di tubuh Rayyan di betulkan sebelum kembali menegak berdiri.

Rambut yang serabai di ikat sanggul lalu dia mengambil tudung masuk di sarungkan ke kepala. Memanglah jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi tapi tak semestinya Danny dan Anif dah tidur. Naik terserempak dengan rambut serabai tak ke dapat dosa percuma.

Kakinya melangkah ke pintu. Tombol pintu di buka perlahan. Sempat dia menoleh sekilas ke arah Rayyan yang masih nyenyak tidur itu sebelum meloloskan diri keluar. Satu persatu tangga di turuni. Nak naik lif takut pula nak naik malam-malam. Ini pun dia kuatkan semangat turun ke bawah dek tekaknya yang terasa kering.

Dapur di tuju. Peti ais di buka lalu mengeluarkan air sejuk dan di tuangkan ke dalam cawan yang sudah di ambil. Di teguk rakus ari tersebut.

"ahh.. Lega!" keluhan terlepas. Baru terasa lega tekaknya tatkala air tersebut mengalir ke dalam. Cawan yang di gunakan kembali di cuci lalu di letakkan semula ke tempatnya.

Baru saja kaki melangkah terasa ada ketukan di pintu dapur. Uqasah terkaku seketika. Perasaan takut datang mendengar ketukan bertalu-talu itu. Tekaknya terasa kembali kering. Keras dia berdiri di tempatnya. Berfikir sama ada mahu membuka atau tidak.

Keluhan di lepaskan lagi cuba mengawal perasaan takutnya. Berkali-kali dia membaca surah menenangkan diri. Ketukan di pintu sudah tidak kedengaraan.

Uqasah berpaling menghadap pintu dapur. Teragak-agak dia mendekati pintu tersebut sebelum dia kembali kaku tatkala ketukan pintu kembali kedengaraan. Jelas peluh mula membasahi dahinya dek terlalu takut.

"siapa tu?" jeritnya bertanya. Namun tiada sahutan malah ketukan pintu juga sudah berhenti. Berkerut dahinya.

"macam mana kalau ada orang nak minta tolong?" bisiknya sendiri. Berlawan-lawan perasaan ingin tahu dan takutnya sampaikan dia tidak tahu harus membuat apa.

"ada orang ke kat luar tu?" sekali lagi dia bertanya menguatkan diri walaupun perasaan takut masih terasa dalam dirinya.

Uqasah mengeluh lagi bila tiada sahutan dari soalannya. Ketukan pintu juga sudah berhenti. Dengan lafaz bismilah dia beranikan diri mendekati pintu dapur tersebut.

Tangannya jelas mengigil ketika sudah memegang tombol pintu tersebut. Jantung sudah berdebar lain macam. Mata di pejam buat seketika sebelum membuka pintu tersebut.

Terhenti nafasnya dek akal sudah berfikiran yang bukan-bukan namum dia mengeluh lega bila dia tidak nampak langsung kelibatan orang atau makluk yang menakutkan.

"tak ada orang pun!" omelnya perlahan. Uqasah mengitai sekeliling bagi memastikan sangkaannya adalah benar. Uqasah mengeleng kecil. Ada ke zaman sekarang ni nak main-main lagi waktu malam?

Baru saja pintu mahu di tutup kembali dahinya berkerut lagi apabila melihat sebuah kotak seperti kotak hadiah berada di hadapan pintu dapur itu. Tadi tak perasaan pula.

"siapa punya ni? Hadiah untuk siapa?" soalnya tertanya-tanya sendiri. Kotak tersebut di buka. Tiada kad mahupun nama si pemilik.

"hurmm.. " Uqasah mengumam kecil. Pelik bin Hairan. Pintu tadi kembali di tutup dengan tangannya membawa sekali kotak tersebut masuk. Kut-kutlah kalau hadian untuk Danny dan Risyakan sempena perkawinan mereka. Tapi ada ke orang bagi malam-malam buta?

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang