Tiga jejaka itu hanya selamba masuk ke dalam sebuah hotel makan dengan bersahaja. Siapa lagi yang akan mendapat daya tarikan ramai kalau bukan Rayyan dan dua sahabatnya. Rayyan di tengah manakala Anif dan Dayyan di kiri kanan. Masing-masing menjadi daya tarikan wanita di dalam hotel makan tersebut tapi langsung tidak di layan oleh tiga jejaka ini.
Mereka mengambil tempat duduk yang paling hujung. Tidak suka bila menjadi prihatian orang ramai. Rimas dan menjengkelkan. Selesa mengorder makan masing-maisng senyap.
Hari ini terpaksa mereka bertiga makan tengah di luar memandangkan banyak kerja yang perlu di uruskan. Rayyan memandang Danny yang jauh termenung. Dia memandang pula ke arah Anif yang juga turut hairan melihat Danny. Selalunya ada saja yang di ceritakan oleh Danny. Biasalah mulut muraikan mana reti nak diam.
"kau kenapa?" tanya Rayyan menyentakkan Danny yang jauh termenung itu. Danny berpaling. Tangan naik meraup wajah seakan menanggung masalah yang berat.
"tak ada apalah" jawabnya menaif.
"tak payah nak membabi sangat. Kau kenapa?cakap jelah!" sampuk Anif memarahi Danny.
Danny memandang tajam. Mulut Anif kalau memaki memang menusuk terus ke hati. Tajam sangat. Danny memandang pula Rayyan yang masih setia memandangnya menanti jawapannya. Keluhan di lepaskan.
"aku nak kawin dengan risya boleh?" pintanya sekali lafaz. Entahlah otaknya tidak berhenti dari fikiran soal kawin bila Risya mengungkit hal itu tadi. Dia rasa sudah tiba masanya dia mengambil Risya sebagai haknya dalam erti kata sebenar.
Rayyan terkedu dengan pengkuan Danny bagaikan tidak percaya. Dia tahu hubungan Danny dengan Risya bagaiman cuba dia terkejut dengan pertanyaan Danny tadi. Terkebil-kebil dia memandang. Anif pula sudah ternganga.
"kau biar betul?" soal Rayyan kembali. Melihat anggukan Danny itu membuatkan dia terdiam. Tahu yang Danny tidak bermain dengan kata-katanya.
"aku seruis Rayyan. Kalau kau setuju minggu depan juga aku nak kawin dengan dia. Tak payah nak sanding bagai akad nikah je macam kau dengan Uqasah. Nanti kalau buat besar-besaran banyak pula musuh aku menyerang. Bukan kau saja ada musuh, aku sendiri ada musuh!" ujar Danny serius.
"kalau adik aku setuju aku okey je asalkan kau jaga dia baik-baik" pesan Rayyan tidak suka bila kedua adiknya itu tercedera sedikit pun. Sepanjang dia hidup tidak pernah lagi dia berani mengangkat tangan atau meningking mereka berdua melainkan si kembar buat masalah tapi tak adalah sampai nak pukul.
Lebar senyuman Danny. Kini hanya majlis akad nikah saja lagi yang perlu di uruskan. Hal Risya? Tak payalah nak risua dia yakin Risya tidak akan menolak.
"kau bila lagi?" usik Danny memandang Anif yang buat-buat tidak dengar itu. Anif mencebik. Nampak dia dah kalah!
"aku okey je kalau kau nak kawin dengan Rose tu!" sampuk Rayyan sambil menepuk lembut bahu kanan Anif.
"kau dah setuju tapi adik kau yang seorang tu susah sangat nak dapat" rungut Anif. Sehingga kini hubunganya dengan Rose masih hambar. Dah berapa kali cintanya di tolak oleh gadis itu. Malu? Sudah semestinya dia malu tapi demin cinta dia akan berbakti.
"pandai-pandai kaulah nak pikat adik aku macam mana? Kau pun taukan macam mana perangai dia" kata Rayyan menyerahkam segalanya kepada Anif.
"tak sabarnya nak kawin" omel Danny teruja bila mengenang hari bersejarah itu. Di mana dia akan menjadi suami kepada gadis yang di cintai selama ini.
Anif mencebik. Sakit hati dengan perangai Danny. Dia mengeluh. Nampaknya dia kena bertindak lebih cepat sebelum Rose di ambil orang tapi situasi itu amatlah mustahil kerana adik Rayyan yang seorang itu jual mahal sangat.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. MAFIA
RomanceRAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki yang jutuwan di Malaysia. Juga mempunyai rupa yang kacak itu mampu mengoyahkan semua wanita yang memandangnya. Namun tiada siapa yang dapat...