BAB 28

10K 394 6
                                    

Uqasah tersenyum lebar bila kakinya kini sudah melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang di rinduinya. Rasa tak percaya pula.

Setelah 3 hari di tahan di hospit akhirnya dia sudah di benarkan pulang kerana tubuhnya yang sudah semakin sihat dari hari ke hari. Senyuman Uqasah yang sudah siap sedia lebar bertambah lebar apabila melihat 2 gerangan adik iparnya. Rasa nak terkoyak bibir dek terlalu lebar senyumanya.

"akak.. " terus tubuhnya yang kecil itu di peluk oleh si kembar. Uqasah tertawa kecil bila dirinya kini ikut berpusing tatkala Risya dan Rose memeluknya sambil berpusing-pusing. Rayyan pula hanya biarkan saja isteri dan adiknya itu melepas rindu. Over sangat walhal berapa hari je pun. Peluk sakan macam setahun tak jumpa.

"akak sihat?" tanya Risya melepaskan pelukan.

"akak nampak macam sakit lagi ke?" soalnya polos sambil tangan menyentuh wajah sendiri. Rose dan Risya tertawa seraya mengeleng.

"taklah tapi nampak makin cantik.. " puji Rose pula. Kembang kucup hidung Uqasah menerima pujian itu. Dia mengangkat kening ke arah Rayyan. Bangga.

"mama mana?" Rayyan menyoal. Rasa nak penyet je budak kecik sebelahnya itu. Bangga sangat kena puji cantik.

"MAMA!!" risya menjerit. Bingit telinga mendengar jeritan itu.

"ya allah.. Apa ni jerit-jerit" bebel Raimah yang entah dari mana. Raimah terhenti seketika bila melihat tubuh Uqasah yang berdiri di hadapannya.

Uqasah tersengih kecil lalu mendekati Raimah dan tangan tua itu di salam seperti biasa. Baru saja dia mahu mengangkat wajahnya sekali lagi dia di peluk erat. Sebak Uqasah menerima pelukan itu. Mungkin teringat akan arwah ibunya.

"ya allah.. Kenapa tak bagitau nak balik" omel Raimah. Terkejut juga dia jadinya. Suka sangat buat suprise tapi menyakitkan hati betul.

"sajalah nak buat suprise!!" Ujar Uqasah. Dia yang memberitahu Rayyan supaya merahsiakan kepulangannya. Konon nak buat suprise. Rayyan pun iyakan saja.

"banyaklah dia punya suprise.. " dengan geram dia mencubit pipi Uqasah. Mengekek Uqasah tertawa.

"dah makan ke belum ni?" soal Raimah. Uqasah mengeleng.

"kalau Uqasah nak makan tom yam boleh?" pintanya manja. Laju Raimah mengangguk. Kacang saja menu tu baginya.

"pergi rehat dulu. Nanti dah siap mama panggil.. " arahnya.

"danny dengan anif mana ma?" Rayyan maju mendekati Raimah sebelum menyalam lembut tangan mamanya sambil bertanya kelibatan kedua kembarnya.

"kerjalah pergi mana lagi!" jawab Risya bagi pihak mamanya. Sepanjang Uqasah di tahan di hospital Rayyan langsung tidak pergi ke syarikatnya. Uqasah merengek tidak mahu di tinggalkan. Jadi terpaksa dua sahabatnya itu mengantik buat seketika. Kalau nak buat kerja kat hospital bukannya jalan sangat. Asyik tergoda je memanjang dengan isterinya. Mana nak siap kerja.

"hurmm.. " Rayyan mengangguk. Dalam dia turut rasa bersalah kerana selalu sangat lepaskan tangan kerjanya dan di siapkan oleh dua sahabatnya itu. Dia tahu Danny dan Anif tidak mengungkit tapi sama bila dia harus menyusahkan mereka. Nak-nak lagi kalau mereka dah kawin. Mestilah nak juga spend time dengan isteri dan anak dorangkan.

"dah.. Pergi naik dulu.. " Raimah menolak lembut lengan Rayyan menyuruh naik ke bilik. Tangan si kembar pula di tarik menuju ke dapur.

"koranh tolong mama siapkan makanan" ujarnya selamba. Memuncung terus si kembar. Bukannya tidak tahu tahap pemalas anaknya itu.

"jom.. " Rayyan menarik lengan Uqasah naik ke atas. Bibir Uqasah tidak leka dari senyum. Sampai Rayyan pula yang lenguh tengo.

Sampai saja ke bilik. Uqasah berlari anak ke katil lalu merebahkan tubuhnya dengan kasar. Terpejam matanya tatkala tubuhnya selamat terbaring di katil embuk mereka. Rindu nak baring kat bilik itu setelah asyik berbaring di hospital yang serba putih.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now