Rayyan tersenyum kecil memandang wajah Uqasah yang sudah terlena itu. Dia mengusap lembut kepala isterinya sebelum penuh kasih dia mengucup dahi itu. Sekali lagi dia tersenyum sendiri. Bagaikan sukar dia mahu menyatakan betapa dia sangat bersyukur yang isteri itu baik-baik saja.
Tangan Uqasah pula di genggam lalu di bawa ke bibirnya. Sungguh dia amat takut kehilangan pemilik jantungnya ini. Hilang Uqasah umpaya matilah dia. Kepala di gelengkan lagi. Tidak dia dapat bayangkan bagaimana hidupnya tanpa Uqasah di sisi. Seluruh cinta dan sayang sudah tertumpah buat isterinya.
Lamunannya terhenti bila mendengar pintu di kuak dari luar. Rayyan terus berdiri tatkala melihat gerangan doktor dan 2 orang nurse di belakangnya. Senyuman di lemparkan biarpun doktor dan nurse itu memakai penutup mulut.
"boleh tak kalau tuan keluar sekejap. Kami nak periksa keadaan isteri tuan." ujar doktor lelaki tersebut. Berkerut kening Rayyan namun di ikuti juga arahan dari doktor itu.
"okey.. " Rayyan mengangguk kecil. Tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang melihatnya dia terus bertindak mengucup sekilas dahi isterinya sebelum kembali menegak.
"get well soon sayang.. " sempat dia berbisik sebelum keluar dari bilik VVip itu. Sengaja dia menempah bilik pesakit hospital yang mewah mahu memberi keselesaan pada isterinya.
Kaki melangkah ke arah tandas lelaki. Mahu membasuh wajahnya yang jelas nampak kusut namun dia lega. Lega Uqasah sihat seperti biasa. Baru beberapa tapak dia melangkah terasa lengannya di paut seseorang. Dia menoleh terlihat 2 sahabatnya itu sudah berdiri di belakangnya.
"aku ada benda nak bincang.. " ujar Anif serius. Rayyan mengangguk.
"jom kita pergi hujung sana sebab hal ni pribadi sikit" ajak Danny pula menunjukkan ke kerusi yang terletak di hujung sekali. Sunyi saja tempat itu memang sesuai sangat mahu berbincang tanpa gangguan sesiapa.
Mereka mula melangkah ke tempat yanh di tunjuk tadi. Sesekali Anif dan Danny berpandangan sesama sendiri. Rayyan yang menyedar hal sahabatnya yang asyik berpandanga itu memandang pelik.
"korang dah kenapa?" tanyanya hairan. Serentak Danny dan Anif mengeleng.
"mama dengan twins dah balik ke?" soalan pertama yang keluar dari bibir Rayyan tatkala mereka sudah selamat melabuhkan punggung di kerusi tadi.
"dah.. " jawab Anif membuatkan Rayyan mengangguk kecil.
"so nak bincang apa yang penting sangat tu?"
"aku rasa tu semua kerja dragon" kata Danny. Rayyan terdiam. Sudah semestinya dia juga turut berfikiran seperti itu. Dia tiada musuh ketat selain lelaki tua yang bernama dragon. Tua-tua pun masih lagi hebat.
"aku tau.. Tadi pun aku dapat mesej entah dari siapa. Dia ugut aku suruh jaga Uqasah baik-baik. Memang lahanatlah dia tu. Main ugut-ugut pula." naik kemarahan Rayyan bila mengingatkan kembali mesej yang dia dapat tadi.
"dia gertak kau je tu bro supaya kau takut. Kalau kau takut senang dia nak bertindak. So, walau apa pun terjadi nanti kau kena fikir dulu. Jangan ikutkan hati sangat." pesan Anif memberi amaran.
"yang tu aku tau.. "
"habis yang kau pergi tumbuk Khairul tadi apa cerita?" sampuk Danny. Rayyan merengus.
"sebab tu salah dia.."
"bukan salah dia. Dia dah buat kerja dia.. "
"habis kalau dia buat takkan lah isteri aku boleh masuk hospital sekarang ni.. " belum sempat Danny mahu berkata, Rayyan terlebih dahulu menyampuk. Nampaknya pergaduhan kecil antara mereka bermula.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. MAFIA
RomanceRAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki yang jutuwan di Malaysia. Juga mempunyai rupa yang kacak itu mampu mengoyahkan semua wanita yang memandangnya. Namun tiada siapa yang dapat...