Rayyan termenung sendiri memandang kosong ke arah meja di hadapannya. Nampak saja tubuhnya di sini namun akalnya melayang memikirkan hal isterinya, Uqasah yang masih lagi tidak di jumpai. Sejak kelmarin dia berusaha hingga kini satu petunjuk pun dia tidak dapat bermaksud sudah sehari Uqasah menghilang dan hatinya bertambah resah.
Keluhan di lepaskan membuang sisa-sisa kepenatan dan kelelahan menghadapi situasi ini. Berat bagi bila orang yang dia sayang menjadi taruhan dalam perlawannya antara musuh. Bagi Rayyan musuhnya itu terlalu lemah kerana menggunakan kelemahannya. Jika benar dia kuat haruslah berlawan dengan secara adil bukan menggunkan sesiapa-sesiapa. Itu baru di panggil jantan.
"abang.. " teguran itu membuatkan Rayyan menoleh sebelum satu senyuman kecil terukir tatkala melihat kedua adiknya itu tegak berdiri di hadapannya. Tangan menarik lengan si kembar duduk di sebelahnya.
"why?" soalnya sepatah. Risya dan Rose berpandangan. Kedua mereka mula mencebik bibir sekali gus membuatkan Rayyan terpinga-pinga sendiri.
"kenapa ni?" soalnya lagi. Rose merenung anak mata Rayyan. Tangan kecilnya naik mengenggam tangan Rayyan yang jelas 2 kali ganda besar darinya. Di kucup perlahan tangan kanan Rayyan. Lama.
"rose minta maaf. Kalau rose halang akak mesti.. "
"shhh.. Rose tak salah pun." ujar Rayyan tanpa sempat Rose ingin melanjutkan kata-katanya. Kepala Rose dan Risya di tarik ke dada. Satu kucupan kasih singgah ke dahi kedua adiknya.
"Risya rinduk akak.. " rengek Risya dengan esakan yang mula kedengaraan. Rose mengangguk mepersetujui kata-kata kembarnya. Jujur dia juga amat rindu dengan kakak ipar mereka.
"janganlah sedih. Insya allah abang akan bawa kakak ipar korang balik sini semula dengan selamat" pujuk Rayyan. Dia tahu kedua adiknya itu begitu sayangkan Uqasah seperti kakak mereka sendiri. Maklumlah selama itu adik-adik itu bukan ada kawan. Jadi bila mereka kehilangan Uqasah maka secara automatik mereka hilang kawan mereka.
"janji!" serentak Risya dan Rose berkata. Rayyan tertawa kecil. Melayan karenah si kembar memang boleh membuatkan dia sedikit tenang dari masalah. Ada saja tingkah laku adiknya yang mencuit hati. Wajah si kembar yang mendongak di pandang. Memang wajahnya mereka sangat serupa tapi seperti yang di katakan tingkah laku mereka berbeza.
"abang janji.. " bisiknya berjanji. Tersenyum Risya dan Rose mendengar janji Rayyan. Pelukan di pinggang Rayyan di eratkan. Sejak duli lagi mereka memang sangat manja dengan satu-satunya abang mereka ini.
"amboi.. " entah dari mana munculnya Raimah yang terus mendekati tiga beradik itu. Danny dan Anif juga turut ada. Si kembar lantas melepaskan pelukan. Masing-masing tersengih seperti kerang busuk.
"manja sangat. Risya tu beringat sikit dah kawin" pesan Raimah. Risya mencebik. Dia bangun lalu mendekati Danny sebelum dengan selamba dia memeluk pula pinggang si suami. Dah halalkan. Danny sekadar diam sambil tangan mengusap perlahan bahu isterinya. Sesekali ciuman singgah ke ubun-ubun Risya.
Rayyab tersenyum kelat melihat kemesraan antara Risya dan Danny. Tiba-tiba pula jiwa kelakiannya terasa sebak yang amat. Semakin kuat dia mencengkam jantung dek terlalu rindu akan isterinya yang entah apa khabar. Sihat ke tidak? Dia sendiri tidak tahu.
"apa plan kau?" tanya Anif membuatkan Rayyan kembali ke alam nyata. Dia terdiam seketika. Rancangan sudah di susun rapi hanya menunggu bertindak saja.
"aku tak tahu lagi kat mana isteri aku!" jawabnya seraya meraup kasar wajahnya. Jelas kelihatan tertekan. Anif dan Danny berpandangan. Mereka sendiri susah mahu membantu dek tempat persembunyi Uqasah masih lagi tidak di ketahui mereka.
"kau jangan risau. Aku dah arahkan beberapa budak-budak kat markas cari isteri kau.. " ujar Danny.
"sampai bila kita nak Tunggu? Entah-entah Uqasah dah tak ada baru kita jumpa macam tu?" soal Rayyan beremosi. Masing-masing mati akal mendengar soalan Rayyan. Tapi mahu tidak mahu mereka kena bersabar dan terus mencari dengan tenang.
YOU ARE READING
MR. MAFIA
RomanceRAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki yang jutuwan di Malaysia. Juga mempunyai rupa yang kacak itu mampu mengoyahkan semua wanita yang memandangnya. Namun tiada siapa yang dapat...