CHAPTER 4💜

123 11 0
                                    


"Tolonglah lepaskan saya, tuan", rayu seorang lelaki sambil melutut.

"Saya janji saya akan bayar balik. Tapi berilah saya masa sikit je lagi."

"Aku taknak janji." Ray menendang lelaki tersebut sehingga jatuh.

"Aku nak jaminan." Badan lelaki itu dipijak.

"Tuan. Tolonglan tuan. Kejap lagi adik saya datang", lelaki itu terus merayu. Badannya terlalu sakit sampaikan dia susah hendak bercakap.

"Adik kau? Dia datang bawa duit aku ke? Kalau dia datang sini nak merayu juga memang taklah. Dia dengan kau sekali aku bakar."

"B-bukan. Saya j-jual dia", nafas lelaki itu tersekat-sekat.

"Jual?", Ray memandang lelaki itu. Dia berhenti memijak badan lelaki tersebut.

**************************************

Arissa menilik jam tangannya. Jarum panjang menghala ke nombor 6 manakala jarum pendek menghala ke nombor 7.Itu menunjukkan sekarang sudah jam 7:30 malam.

"Mana si anak haram ni?Kata nak jumpa. Telinga dia pun aku tak nampak." Arissa membebel sambil melilau mencari kelibat abangnya.

"Aargh!!"

Arissa terloncat kecil.

"Kus semangat. Suara apa tu?", Arissa membesarkan matanya supaya dapat membantu untuk mencari suara tersebut. Walaupun secara hakikatnya langsung tidak membantu.

"Aaarghh!!!"

Suara itu datang lagi. Arissa melilau-lilau.Tapi hanya dia yang ada di kawasan itu. Bulu romanya sudah menegak kerana ketakutan.

"Siapa tu?!", Arissa cuba bertanya. Namun tiada jawapan. Dia ternampak  satu lorong yang sangat gelap. Hatinya sudah memujuk untuk pergi kesana.

"Jap. Abang kata nak jumpa kat lorong. Takkan lah lorong yang itu", dia masih melihat lorong itu. Hatinya semakin tidak tenteram. Dia perlahan-lahan mengorak langkah. Lorong gelap itu semakin dekat dengan kedudukannya. Matanya dapat menangkap satu cahaya dari lorong tersebut. Semakin dekat dia dengan lorong itu, semakin kuat suara yang mengerang kesakitan. Dia tetap memberanikan diri sampailah dia sudah berada di lorong tersebut.Walaupun cahaya tidak terlalu terang, dia tetap  dapat melihat beberapa orang yang mungkin sedang bergaduh.Antaranya ialah, abang kandung sendiri.

"Abang!!", Arissa menjerit ketakutan melihat abangnya yang dikerumuni beberapa orang lelaki. Dia terus berlari mendapatkan abangnya yang sudah terlantar diatas jalan tar tersebut. Dia tidaklah terlalu jahat sampai sanggup membiarkan abangnya dipukul.

"Abang!! Woii!! Korang buat apa ni arh?!!"

Ray terus menoleh ke belakang. Ketika dia menoleh kebelakang, seorang perempuan yang entah dari mana berlari menuju ke arahnya.

"Abang? Hoho inilah adik dia. Perempuan rupanya", hati kecilnya bercakap.

Tanpa berfikir apa-apa Arissa terus melanggar lelaki yang berdiri di hadapan abangnya itu. Mungkin lelaki itu lah yang memukul abangnya.

Ray hanya membiarkan sahaja perempuan itu melanggarnya. Tiba-tiba dia mengukir senyuman di wajahnya. Nasib baik dia pakai topeng.

"Abang tak apa - apa?", Arissa memangku kepala abangnya yang sudah berdarah. Habis bajunya berlumuran darah. Tapi dia tidak kisah.

"Abang okay."

"Okay apa macam ni?! . Dengan badan penuh luka macam kena conteng krayon. Kepala berdarah-darah macam kambing kena sembelih,"Arissa membebel panjang. Masa begini pun masih lagi boleh membebel. Haihla.

" Ini ke adik kau? ", Ray memandang Arissa atas bawah.

" A'ah tuan."

Arissa yang kebingungan +ketakutan  menolong abangnya berdiri.

" Tak cantik pun. Aku fikir cantik",spontan sahaja keluar dari mulut Ray.

"Hoii!" Arissa memandang Ray. Terkejut dia. Fikirkan hantu joker mana tadi. Rupanya lelaki itu memakai topeng yang menutup semua mukanya. Ditambah dengan pakej suara pelik. Menakutkan betul.

Ray hanya memandang Arissa yang berdiri tepat dihadapannya. Nak cari gaduh konon. Dasar pendek.

"T-tuan?, abang Arissa bertanya.

" Saya boleh dilepaskan tak ni? Saya ganti dengan dia. "

" Tak sangka masih ada orang dalam dunia ni yang nak jual adik kandung dia sendiri. Fikir dah pupus", Ray memandang sinis.

"Jual? Adik kandung? Apa ni?" Arissa mula rasa tidak selesa.

"Yol. Bawa dia masuk kereta . Aku beli", Ray memberi arahan kepada pembantunya.

"Betul ke tuan. Terima kasih lah tuan. Saya tak kisah tuan nak buat apa dengan dia."Abang Arissa sudah mengukir senyuman. Maknanya dia sudah dilepaskan dengan jaminan adiknya dijual.

" Siapa yang kena jual? Aku ke?", Arissa  memandang Ray dan abangnya silih berganti.

" Bengapnya kau ni", Ray menjawab.

"Eh, aku tak bengap", Arissa menggeleng.

"Habistu?"

"Aku pintar."

"Jadi siapa abang kau?"

"Dia."

"Siapa adik abang kau?"

"Aku."

"Yang abang kau nak jual tu siapa?"

"Aku."

Ray memandang Arissa tidak percaya. Ini bukan bengap namanya. Ini bengap on the next level.

"Aik.Aku ke yang nak kena jual?!! ", Arissa menjerit.

Ray memejam mata sebentar sebelum menarik nafas.

"Yol." Dia memberi isyarat kepada pembantunya itu memukul kepala Arissa.

Dengan segera, pembantunya mengangguk tanda faham.
Abang Arissa sudah lari menyelamatkan diri.

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now