CHAPTER 23💜

71 6 0
                                    

Sesudu nasi goreng dimasukkan kedalam mulut lalu dikunyah. Seperti biasa, hari ini Arissa bersama Haykal lagi. Rayyan pula tidak ada di Markas untuk 10 hari kerana perlu menguruskan sesuatu. Mereka kini berada di sebuah restoran.

"Awak tak makan?", soal Arissa melihat Haykal yang belum memesan apa-apa sejak 15 minit lalu.Haykal hanya menggeleng lemah.

"Ermm awak sakit?", soalnya lagi.

Haykal menggeleng lemah lagi. Dia tidak membuka mulut langsung. Sebaliknya dia hanya merenung mata Arissa. Sungguh dia rindu pandangan mata itu.

"Awak tak kerja hari ni?", tanya Arissa sekali lagi.Dia tidak akan berputus asa selagi lelaki itu tidak menjawab.

"Tak." Akhirnya Haykal menjawab.

"Awak ada urus kes apa-apa sekarang?"

"Ada. Fasal satu kumpulan ni",jawab Haykal.

"K-kumpulan apa?"

Haykal ragu-ragu memberitahu Arissa. Arissa yang menyedari Haykal tidak menjawab mengangguk.

"Maklumat sulit eh? Faham faham."

"Venom Sniper."

"Hah? V-venom? Apa yang Venom?", tanya Arissa keliru.

"Awak tanya kan? Nama kumpulan tu Venom Sniper." Haykal senyum.

"Ouh.Hahaha." Arissa menarik nafas lega kumpulan itu bukan kumpulan Rayyan. Eh!

"Boleh ke awak bagitahu saya fasal ni?"

"Boleh.Tiada masalah.Mungkinlah awak tiba-tiba terserempak dengan mereka jadi awak boleh terus inform saya", kata Haykal.

"Inform? Ahahahah. Takkanlah saya nak berjumpa dengan diorang tu."  Arissa melapkan telapak tangannya yang berpeluh itu diseluar yang dipakainya. Macam mana nak inform kalau dia pun tinggal dengan penjenayah.

"Awak ada boyfriend tak?", soal Haykal tiba-tiba.

"B-boy-boyfriend?",soal Arissa kembali gagap.

"Pahal mula mamat ni tanya pasal boyfriend. Ni kalau aku jawab ada mampus aku. Habis aku nak jawab apa? Rayyan?Memang taklah",gumam Arissa didalam hati.

"Boy friend ada boyfriend tak ada",jawab Arissa. Maaf Rayyan. Semua demi mu.

"Ouu. Ok."

Tiba-tiba satu persoalan lintas dikepala Arissa.

"Awak ada sepupu nama Rayyan tak?", tanya Arissa. Dia mengetap gigi bila terlepas nama Rayyan.

"Rayyan? Takde pula. Kenapa?"

"Ahahahah takde". Saja tanya?",jawab Arissa sambil tertawa.

" Lupa pula saya tanya hari tu. Awak kerja mana? "

" Kat cafe." Padahal dah berhenti. Dasar penipu.

" Cafe? Awak ada berapa adik-beradik? "

" Dua orang aje."

" Tinggal sekarang kat mana? "

" Markas baw-

Perkataan Arissa terhenti. Dia menutup mulutnya menyedari dia sudah terlepas cakap.

"Markas? Awak tinggal dalam markas", tanya Haykal.

"Eh! jangan salah faham. Saya panggil rumah saya tu markas. Bolehlah acah-acah dalam movie. Hehehe", terang Arissa kekok.

"Ouhh." Haykal mengangguk. Dia senyum manis sambil memandang Arissa. Seketika senyuman manis itu menjadi sinis.

Arissa kembali meyuapkan makanan dihadapnnya itu kedalam mulut. Kerana terlalu gementar, sudu yang dipegang Arissa bergegar. Sebutir nasi melekat dihujung bibir Arissa namun dia tidak perasan. Tiba-tiba dia rasa seperti ada tangan yang meyentuh bibirnya. Dia melirik empunya tangan itu. Haykal.

"Ada nasi",kata Haykal sambil mengambil nasi itu.

Arissa terkedu. Jantungnya berdegup seperti baru lari merentas desa. Dia tiada idea kenapa jantungnya boleh berdegup sama seperti dia bersama Rayyan. Mungkinkah dia menyukai Haykal juga?

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now