Arissa duduk termangu dibirai katilnya. Otaknya masih memikirkan perkara yang terjadi kelmarin.
"Aaaaa! Asal aku cakap macam tu!" Dia menjambak rambutnya sendiri. Gayanya persis seperti orang kerasukan.
"Bodohlah kau Rissa. Asal kau boleh cakap macam tu. Dahlah dengan tak malunya. Eeeee! Memalukan! Huwaaaa!" Arissa bergolek-golek diatas katilnya.
"Mesti dia ingat yang aku ni gilakan dia." Kepalanya dihantukkan kedinding.TOK! TOK! TOK! Pintu biliknya diketuk dari luar.
"Ish kacau feeling betullah." Arissa merapikan dirinya sebelum pergi membuka pintu tersebut. Sebaik sahaja dia membuka pintu, susuk tubuh Rayyan terjengul diluar. Arissa sedikit terkejut namun dia tetap memaparkan wajah selamba.
"Hah.. Apa kau nak?", tanyanya kepada Rayyan.
"Kau taknak keluar ke?", jawab Rayyan. Jawaban Rayyan itu membuat Arissa mengigit bawah bibirnya.
"Yang kau nak ni tak sabar-sabar nak halau aku kenapa? Sabarlah." Arissa mencebik. Dia langsung tidak memandang Rayyan.
"Siapa yang halau kau? Aku cuma nak tanya kau nak keluar jalan-jalan tak?" Rayyan menyilangkan tangannya.
"Jalan?!"
"A'ah jalan. Kau mesti bosan kan duduk dalam bawah tanah ni."
"Bawah tanah!?" Selama ni dia tinggal bawah tanah?
"Cakaplah kau nak ikut ke taknak?", tanya Rayyan kepada Arissa.
"Jalan eh? Kau tak buang aku tepi jalan nanti kan?". Arissa sedikit ragu-ragu. Namun Rayyan tidak menjawab. "Ermmmm.... Ikutlah. Jom."
Arissa terus berlari kearah sebuah lif. Akhirnya, dia dapat melihat keadaan tempat itu yang sebenarnya. Rayyan hanya mengekori Arissa yang sudah berada diperut lif. Sesampai sahaja mereka ditingkat 1,ada sebuah tangga yang menghala keatas.
" Daebakkk!" Arissa tidak dapat menutup mulutnya. Dia sungguh terkejut. Markas persembunyian Rayyan betul-betul dibawah tanah di tengah-tengah hutan.
"Tak payah nak terkejut sangat. Kita kena jalan kaki lagi nak ambil kereta." Rayyan sudah mengorak langkahnya.
"Jauh lagi ke?", tanya Arissa selepas 30 minit mereka berjalan kaki.
"Dekat je. Dalam 2 jam lagi kita sampai?", jawab Rayyan selamba.
"Dua jam?!Asal jauh sangat!"
"Memanglah jauh. Kalau aku bawa kereta aku kat sini habislah kita kena kesan."
"Ouuuuu.. Macam tu..". Arissa mengangguk faham.
Selepas 2 jam lebih mereka berjalan kaki, akhirnya mereka sampai di tempat letak kereta. Arissa menarik nafas panjang.
"Itu eh kereta kau?" Arissa menunjuk kearah sebuah kereta perodua myvi. Dia menoleh ketepi apabila Rayyan tidak menjawab pertanyaannya. Rupanya Rayyan tiada disitu.
"Mana pula mamat ni?"
PONNNN!!
Arissa mencari suara hon tersebut. Rupanya, ia datang dari sebuah kereta mewah. Dia mengecilkan matanya apabila ternampak Rayyan berada didalam kereta tersebut.
"Weii! Ni kereta kau ke?", tanya Arissa memandang Rayyan.
"Taklah kereta curi."
Arissa mencebik. Dia tahu itu bukan kereta curi. Sesekali dia mencuri pandang Rayyan yang sedang khusyuk memandu. Tangan kanannya berada distereng manakala tangan kirinya lincah memainkan gear. Lagaknya seperti orang yang sedang berlumba dilitar.
" Kalau kau masuk hospital sebab sakit jantung aku tak tau." Rayyan bersuara selepas menyedari Arissa yang
melihatnya dari tadi."Merepek apa kau?". Arissa membetulkan posisi badannya.Pipinya sudah berona merah menahan malu.
Rayyan melirik senyum disebalik topengnya.Selepas 40 minit pemanduan, Rayyan memberhentikan keretanya didepan pintu utama di sebuah kompleks membeli belah.
" Turunlah", kata Rayyan. Arissa mengetap giginya.
"Kau sebenarnya nak tinggalkan aku kat sini kan?"
"Apa pula. Aku bawa kau jalan kan?"
"Habistu kenapa kau suruh aku keluar?"
"Kalau tak keluar macam mana kau nak masuk dalam?Takkan nak bawa kereta masuk?", tanya Rayyan sambil menghadap kearah Arissa.
"Hmm betul juga. HEHEHEHE." Arissa menampakkan giginya yang tersusun rapi.
"Nah duit." Rayyan menyerahkan sebuah dompet kepada Arissa. Namun, Arissa tidak berani mengambil wang tersebut.
"Tengok buat apa? Ambillah."
Arissa masih teragak-agak.
"Haih.. Ni duit halal. Tak payah risau." Rayyan tahu apa yang difikirankan Arissa.
"Halal?", tanya Arissa ingin kepastian. Rayyan mengangguk. Arissa mengambil dompet tersebut selepas diyakinkan Rayyan.
"Kau tak nak ikut?", tanyanya lagi kepada Rayyan.
"Gila aku ikut. Kang lari semua orang lintang pukang tengok aku. Nanti diorang ingat aku nak mencuri."
"Ouh." Arissa hanya meng-ouh-kan sahaja. Baru dia ingat yang Rayyan tidak boleh membuka topengnya. Ketika dia masuk kedalam, kereta Rayyan sudah tidak kelihatan. Ada hal mungkin.
Sedang dia ligat memerhati sebuah kedai baju, beg yang disilangkan di bahunya diragut oleh seseorang. Arissa terkejut lalu teriak.
"Woii pencuri!" Arissa dengan sekuat hatinya mengejar pencuri itu. Namun, dia telah kehilangan jejak si pencuri. Dia menarik nafas sebelum meminta pertolongan orang lain.
"Bang boleh tolong saya tak bang? Beg saya kena ragut."
Namun orang tersebut menjawab Arissa dengan bahasa isyarat. Arissa menepuk dahinya. Orang tu pekak rupanya.
Tiba-tiba, dia terasa seperti ada orang menepuk bahunya."Ini beg cik ke?"
Arissa menoleh kebelakang. Seorang lelaki datang membawa begnya yang diragut tadi.
"Terima kasih encik. Ini memang beg saya."
"Boleh cik sahkan yang ini memang beg cik?", tanya lelaki tersebut. Banyak tanya pula manusia ni.. Dia nampak muka aku ni macam muka penipu ke, getus hati Arissa.
"Ermmm... Dekat dalam beg tu ada dompet warna coklat dengan photocard lee minho heheheh." Habis rahsia begnya terbocor. Lelaki itu senyum.
"Betul. Nah". Dia menyerahkan beg itu kepada Arissa.
"Ermm saya minta diri dulu, cik." Lelaki tersebut terus berlalu.Arissa hanya melihat lelaki itu pergi. Berharap mereka kan bertemu lagi.
°VOTEEEE😤
YOU ARE READING
[C] MY ONLY MAFIA
RomanceSebelum baca jangan lupa follow dan vote untuk support me ^o^. Penulis masih baru dalam dunia penulisan. Mohon maaf jika ada kesalahan ayat ataupun bahasa☺️. (Pls I'm still 15 when I wrote this 🥲 so sorry for those alay 🥹) Saya malas nak tulis sin...