CHAPTER 17💜

79 6 0
                                    

" Kau berbual dengan siapa tadi?", tanya Rayyan sesampai sahaja mereka ditingkat 3.

"Siapa?Mana ada aku jumpa siapa-siapa." Arissa menggeleng. Dia duduk diatas sofa bersebelahan dengan Rayyan.

"Takyah tipulah. Aku nampak kau jumpa lelaki lain kat kafe."

Arissa terdiam. Macam mana Rayyan boleh nampak dia berjumpa dengan Haykal.

"Konon kata sukakan aku sampai taknak pergi dari sini. Rupanya belakang jumpa lelaki lain." Rayyan melirik Arissa.

"Eh bukan macam tu. Aku cuma nak ucap terima kasih je kat dia sebab dia tolong aku hari tu. Janganlah marah. Aku ni suka kau sorang je tau." Arissa meleretkan suaranya dihujung-hujung. Wajah kesian dibuat.

'Dasar tak tahu malu'

"Suka konon. Lelaki tu mesti skandal kau kan?" Rayyan membelakangi Arissa. Merajuk konon. Puihh.

"Alah alah. Jangan merajuk. Awak cemburu eh?" Arissa menukarkan kau ke awak. Saja nak memujuk. Comel pula lelaki itu merajuk.

"Eh tolong sikit. Takde masa aku nak cemburu. Banyak lagilah benda aku nak kena fikir. Fikir kau buat apa. Buang masa."

Arissa diam. Dia sedikit terasa dengan kata-kata Rayyan. Tahulah Rayyan tak suka dia.

"Dahlah. Aku nak masuk bilik." Arissa bangkit dari duduk.

Rayyan tidak menjawab. Dibiarkan sahaja Arissa berlalu. Dia menukar posisi duduk ke baring. Kedua tangannya diletakkan dibelakang kepala. Seperti orang yang tidak bersalah, dia tidur diatas sofa tersebut.

Arissa sudah berada dalam pembaringan didalam biliknya. Malas dia memikirkan Rayyan, telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Nama Haykal terpapar diskrin.

"Apalah dia tengah buat sekarang?" Arissa berfikir. Dia bertukar nombor dengan lelaki itu sebelum mereka berpisah tadi. Dia menaip sesuatu.

'Hai. Awak tengah buat apa tu (-:?

                                                          14.00✅✅

"Dia sibuk kut."

"Tak tak tak. Tak bolehlah macam ni." Arissa menggeleng. Dia harus ingat yang dia hanya sukakan Rayyan seorang sahaja. Tiba-tiba...

'Hai. Awak tengah buat apa tu (-:?

                                                          14.02✔️✔️

Arissa membulatkan mata. Haykal sudah baca teks itu.

"Mampus dia dah baca. Mesti dia ingat aku ni nak mengorat dia." Dia cepat-cepat memadam teks tersebut.

'🚫This message was deleted'

                                                   14.04

Arissa terus mematikan telefon itu. Dia meletakkannya dibawah bantal. Matanya dipejam.

***********************************************************

Haykal membuka satu pesanan ditelefonnya. Nama Arisaa itu ditekan. Dia melirik senyuman. Belum sempat dia ingin membalas pesanan itu, Arisaa sudah memadamnya.

"Malulah tu", kata Haykal sambil memandang sebuah bilik dihadapannya. Dia memejamkan matanya kembali dan meneruskan tidur.

~VOTEEEEE✨

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now