CHAPTER 30💜

89 10 0
                                    

Rayyan mematikan enjin kereta dan masuk kedalam rumah.

"Sayang?", Rayyan memanggil. Namun tiada sahutan. Dia pergi keatas dan mencari Arissa didalam bilik. Tetap tiada. Dia turun semula kebawah. Dia terdengar bunyi air paip yang datang dari dapur. Mungkin disanalah Arissa berada. Rayyan meletakkan bungkusan yang dibawanya diatas meja. Dia berjalan berjengket-jengket untuk mengejutkan Arissa.

"Baa!!", sergah Rayyan dari belakang. Tangannya melingkari pinggang Arissa.

"Sayang?"

Arissa tidak menjawab.

"Sayang? Tak bagus tau tak jawab suami", pesan Rayyan.Arissa memusingkan badannya kebelakang menghadap Rayyan.

"Hubby pergi mana tadi?", tanya Arissa beku. Tiada sebarang reaksi.

"Pergi markaslah."

"Tak payah tipulah hubby. Saya call Evan tadi tau. Dia kata hubby takde kat sana. Hubby pergi mana?"

Rayyan tidak menjawab.

"Hubby jumpa perempuan lain eh."

"Eh!Mana adalah. Takkanlah hubby nak buat macam tu. Kita baru nikah kut ",bidas Rayyan.

"Hubby tak payah tipu.Sebab tu hubby pakai topeng kan? Supaya Rissa tak dapat tahu. Hiks hiks." Arissa menangis.

"Eh! Janganlah nangis. Hubby tak tipu."

"Hiks hiks.Hu-hubby tak pernah pun buka topeng tu depan Arissa. Asyik nak pakai je. Penting sangat ke? " Arissa melepaskan tangan Rayyan yang menggenggam tangannya. Dia menuju keatas.Rayyan sudah menggaru-garu kepalanya tidak tahu mahu berbuat apa. Mana dia pandai bab memujuk ini.

Arissa menarik selimut sampai kebahagian wajah. Masih lagi dengan sisa tangisannya. Pintu bilik diketuk dari luar.

"Sayang?", panggil Rayyan dari luar. Dia membuka pintu yang tidak berkunci itu.

"Sayang?", panggilnya lagi. Dia duduk dibirai katil bersebelahan dengan pembaringan Arissa. Dia mengelus lembut kepala Arissa.

"Sayang janganlah macam ni. Sumpah hubby tak ada jumpa perempuan mana-mana",ujar Rayyan lemah lembut.
Dia berhenti apabila tangisan Arissa seperti sudah redah.

"Hubby nak buka topeng ni tapi belum masanya lagi", kata Rayyan lalu keluar dari bilik itu dan meninggalkan Arissa. Biarlah dia tenang dahulu. Rayyan pergi kebilik air tingkat bawah. Dia memandang sebuah cermin didepannya dan membuka topeng yang dipakai.

"Haih",keluh Rayyan. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Dia membuka kepala paip dan mula mengambil wudhu'. Topeng ditepi sinki tidak dipakai kembali dan hanya dibawa keruang tamu. Rayyan membentangkan sesuatu untuk dijadikan alas.

"ALLAHU AKBAR." Dia mengangkat takbiratul ihram. Selesai sahaja mengerjakan solat, dia memakai kembali topeng itu. Memastikan identitinya tidak bocor. Dia mengambil beberapa buah kusyen sofa dan meletakkannya diatas karpet. Nasib baik lantai itu ada karpet kalau tidak kesejukanlah dia tidur disitu. Perut yang berkeroncang lapar tidak dipeduli. Akibat terlalu penat memerah otak dia tertidur disitu.

Arissa terbangun dari tidurnya apabila menyedari Rayyan tiada disebelahnya. Dia bangun untuk mencari Rayyan. Rupanya Rayyan tertidur tanpa beralaskan selimut diatas lantai yang berkarpet.

"Hubby?", katanya kecil. Tipulah kalau dia tidak merasa bersalah. Kerana dia Rayyan sanggup tidur diruang tamu. Dia kembali kebilik dan mengambil selimut yang dipakainya tadi. Arissa turun kebawah untuk menyelimuti Rayyan. Dia turut mengambil kusyen dan baring disebelah Rayyan yang tidur membelakanginya. Tangannya memeluk suaminya itu dari belakang. Hangat tidak seperti tadi ketika dia tidur bersendirian.

"Mmm." Rayyan tersedar apabila merasa sesuatu tangan memeluknya. Dia memusingkan badannya menghadap empunya tangan itu.

"Sayang?" Suara serak basah itu mengejutkan Arissa. Kali ini Rayyan hanya memakai topeng biasa dan tidak menggunakan alat pengubah suara.

"Kenapa sayang tidur sini?"

"Hubby..Rissa minta maaf tau. Rissa takde niat pun nak marah hubby tadi", kata Arissa. Tangannya masih setia dibadan Rayyan.

"Takpelah. Bukan salah awak pun." Dia mengalihkan bantal yang dipakai Arissa dan menggantikan dengan lengannya. Arissa mendekatkan wajahnya kedada Rayyan. Baru dia dapat tidur dengan selesa.

Tekanlah bintang tuu...

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now