CHAPTER 9💜

97 7 0
                                    

Bunyi bising didapur membangunkan  Evan dari tidur yang tidak berapa nyenyak. Sejak diberitahu Rayyan yang markas mereka telah diberkas, dia hanya bermundar-mandir memikirkan nasib mereka selepas ini.

"Kau buat apa tu?", tanyanya kepada Arissa yang sedang membuat sesuatu didapur.

"Tengah buat makanan untuk kawan kaulah", jawab Arissa tanpa menoleh kearah Evan. Dia tahu empunya suara itu. Termasuk hari ini, sudah dua minggu dia berada di tempat tidak yang tidak dikenalinya itu.Bermakna,sudah dua minggu juga dia menjadi pembantu tidak berbayar aka maid Rayyan.

"Kau tak terfikir ke nak lari dari sini?", tanya Evan yang sudah melabuhkan punggung dikerusi meja makan.

"Kau gila ke tak terfikir. Siapa lah sangat nak duduk kat sini."

"Habis kenapa kau tak lari je? Kau kan tahu mana pintu keluar."

Arissa melepaskan keluhan. "Aku bukannya tak nak pergi, tapi aku tak boleh pergi. Lagipun aku ni diJUAL bukannya diCULIK." Dia menekankan sedikit perkataan tersebut. Biar si Evan terasa.

Evan hanya diam memerhati makanan didalam kuali yang baru 'dikerjakan' Arissa. Entah apa rasa makanan itu, ada racun atau tidak itu dia tidak tahu tapi baunya sudah cukup membuatkan Evan terliur.

"Kau buat tu untuk Rayyan je ke? Untuk aku?" Dia akhirnya bersuara selepas agak lama memerhati Arissa yang ligat memasukkan nasi goreng itu kedalam sebuah kontena. Nak bagi Rayyan agaknya.

"Ermm kau nak ke?", tanya Arissa.

Evan menganggukkan kepala.

"Tapi aku masak sikit je. Untuk si Topeng tu je. Tak tahu pula yang kau nak juga." Arissa sedikit bersalah kerana dia hanya  menggoreng nasi tersebut untuk si Topeng sahaja.
"Ermm takpelah. Kau ambil jelah ni". Dia menyerahkan kontena itu kepada Evan.

"Betul ni? Nanti kalau dia mengamuk aku tak tahu", kata Evan mengingatkan Arissa. Dia ingat lagi dulu masa Rayyan mengamuk hanya sebab mereka tak belikan dia burger. Habis semua konco-konco termasuk dia sekali didenda jalan itik. Perghhh sakit baii.

"Takpe. Kau ambil je ni. Nanti aku buatlah baru. Pandailah aku nak urus." Setelah berfikir panjang sepanjang mi goreng, Arissa  menyerahkan sahaja  kontena itu kepada Evan. Sebenarnya, sepanjang dia berada disini, Evan telah menjadi kawan rapatnya. Dengan Evan lah dia meluah tentang si Topeng dan dengan Evan lah juga dia mengumpat tentang si Topeng 😈 hehehehehe.

"Alright thank you. Tapi kalau si 'itu' marah kau, aku takde kena mengena eh. Ok bye! ". Evan terus memecut laju naik ke atas. Mampus dia kalau si Rayyan dapat tahu. Bab makanan ni jangan dicabar.

"Lahh lari pula." Arissa hanya menggelengkan kepala.

"KRINGGGGGG!!!". Bunyi telefon itu mengejutkan Arissa. Terpapar nama SI TOPENG 💀🐽 di skrin telefonnya. Jangan pelik kenapa dia tidak menelefon polis kerana dia tidak mahu. Orang bebal biasalah. Arissa mengangkat panggilan tersebut.

"Hellowwwww Mr Topeng. Nak apa?"

"Kau tak payah nak ber mr sangat."

"Yoolah." Buat baik salah buat jahat salah. Ni kalau aku telefon polis ni mampus kau, getus hatinya kegeraman. Menghancurkan mood saja.

"Kau takpayah buat makanan aku hari ni."

"Kenapa pula? Tak sedap ke makanan selama ni aku buat?" Pertanyaanya itu tidak dijawab. Rayyan sudah meletak panggilan. Arissa menggaru kepalanya. "Suka hati ayam dia je nak letak-letak. Eeeee!"

***********************************************************
"Tuan!" Seorang lelaki mentabik tangan kepada seorang lagi lelaki yang sudah berumur. Lelaki berumur itu mengulangi apa yang dilakukan lelaki tadi.

"Jadi apa yang kamu dapat?", tanya lelaki yang digelar Tuan itu. Ketika ini mereka berada didalam restoran yang menyediakan perkhidmatan bilik  privacy untuk pelanggan.
Lelaki yang berbaju t-shirt biru itu menyerahkan sebuah sampul coklat. Sampul itu bertukar tangan. Encik Roslan yang digelar Tuan itu meneliti satu persatu maklumat berserta gambar yang berada didalam sampul tadi.

"Baiklah Haykal. Ini sudah lebih dari apa yang kita harapkan. Pastikan identiti kamu tidak bocor atau TERbocor. Kita sudah berada jauh. Kita takkan boleh berpatah balik. Faham?"

Lelaki yang bernama Haykal itu hanya mengangguk.

"Kalau boleh pastikan kamu keluar dari sana dalam keadaan tidak cedera. Jaga diri kamu baik-baik. Operasi ini adalah operasi yang paling besar kamu pernah alami, bukan?" Lelaki itu mengangguk lagi. Setelah perjumpaan selama 20 minit lebih, akhirnya Encik Roslan minta mengundurkan diri. Sebelum pergi, dia sempat berpesan.

" Tolong keluar hidup-hidup."

Haykal hanya memandang Encik Roslan dengan pandangan bersalah. Dia tidak pasti adakah dia boleh keluar hidup-hidup.

"Saya tak pasti, Tuan. Tapi saya cuba."

Giliran Encik Roslan pula yang menggeleng. "Ini adalah perintah saya."

"Baiklah." Pertemuan itu akhirnya berakhir selepas Encik Roslan sudah keluar dari bilik tersebut. Kini, hanya Haykal yang berada disitu. Dia meraup wajahnya. Keluhan dilepaskan. Timbul sedikit rasa risau dan gusar disitu. "Come on Kal, dua bulan lebih je lagi",kata hati kecilnya.

(parking lot)

Kunci kereta dikeluarkan dari poket. Tombol 'Alarm' ditekan. Kereta jenama Porsche itu akhirnya mengeluarkan bunyi. Baru sahaja empunya kereta itu ingin membuka pintu, kedengaran bunyi telefon dari poketnya. Dia mengamati nama yang tertera diskrin telefon namun tidak dijawab. Akhirnya panggilan itu mati sendiri. Tombol power off ditelefonnya ditekan. Dia masuk kedalam badan keretanya dan meneruskan perjalanan.

Di suatu tempat yang lain, seorang lelaki yang sedang duduk bersandar hanya melihat nombor yang tertera diskrin telefonnya. Pelik sungguh dia dengan perangai kawan baiknya itu semenjak dua menjak ini.
Di call tapi tak diangkat. Mula-mula berdering lepastu tak berdering. Satu keraguan mula timbul dihatinya. "Kau dah jadi pelik Yan."

°VOTE PLSSSSS😫

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now