CHAPTER 15 💜

83 6 0
                                    

Rayyan melabuhkan punggung disebelah Arissa yang dari tadi sibuk menghadap telefon pintar. Entah apa yang ditengoknya.

"Rissa?", tanya Rayyan.

"Erm." Arissa hanya menoleh kearah Rayyan sekilas. Matanya ditumpukan kembali ke skrin telefon.

"Kau memang betul tak nak pergi?"

Arissa mengemam."Kalau kau tanya aku lagi fasal tu, aku telefon polis. Biar kau kena tangkap." Dia menjelirkan lidahnya.

"Bodoh." Rayyan menggeleng. Tetapi Arissa tidak peduli dengan perkataan itu kerana dia sudah biasa dimaki.

"Macam mana kau boleh suka aku eh?"

Arisaa tersedak air liurnya sendiri. Kenapa soalan itu juga yang ditanyakannya.

"Aku.. aku tak tahu", jawab Arissa.Agak lama juga dia mencari jawaban. Dia menggaru dahinya yang tidak gatal.

"Tak tahu? Pelik kau ni", kata Rayyan sambil memainkan rambutnya yang hampir menutupi topeng yang dipakainya itu. Sekejap ketepi sekejap kekanan sekejap kebelakang. Kemudian dibawa lagi kedepan.

Arissa cuba mengekalkan riak wajah yang biasa. Walhal, didalam hatinya sudah menjerit-jerit seperti kera yang mendapat bunga. Dia pantang betul nampak crush main-main rambut ni.

"Dahlah. Aku nak masuk bilik aku." Arissa segera masuk kedalam biliknya. Kalau dia berlama disitu nanti jantungnya akan segera juga terkeluar. Ligat jemarinya menaip sesuatu diatas skrin telefon, otaknya tiba-tiba teringatkan lelaki yang mengembalikan begnya.

" Hensem juga lelaki tu." Arissa tersenyum sendiri. Tapi bila difikirkan yang dia sudah menyukai Rayyan, dia membatalkan perkataannya itu. "Ish tak boleh tak boleh tak boleh."Dia menggeleng kepala.Di membetulkan pembaringannya. Matanya tertumpu kembali ke skrin telefon.

***********************************************************
Rayyan menutup pintu biliknya. Di bilik itu, terdapat satu lagi pintu yang akan menuju ke bilik tidur yang sebenar. Bilik yang Rayyan berada sekarang ialah bilik dimana dia melakukan pekerjaan harian.

Topeng yang dia pakai sepanjang hari dilepaskan. Dia menegangkan otot-otot mukanya selepas lama disembunyikan dibalik topeng . Rayyan memandang sebuah cermin yang berada didepannya sekarang. Setiap bentuk wajahnya dapat  dijelaskan melalui cermin tersebut. Rayyan mempunyai anak mata yang berwarna coklat hazel dan hidung yang mancung tapi tidak begitu mancung.Panjang rambut yang perang kehitaman itu hampir tidak  menampakkan matanya. Kulitnya sawo matang dan dia mempunyai bibir mungil yang merah. Tidak ada kesan dia merokok.

"Agaknya dia marah tak kalau dia dapat tahu aku siapa sebenarnya?" Rayyan bercakap sendiri. Laci mejanya ditarik. Dia mengeluarkan sebuah buku tebal. Rupanya buku tebal itu adalah sebuah kotak yang menyimpan sebuah telefon bimbit lain. Rayyan membuka kata laluan telefon itu dan mula mendail nombor seseorang.

" Aku dah dapat", katanya kepada seseorang yang berada ditalian. Dia memaparkan senyuman yang sinis.

Sementara itu, Evan yang berada di tingkat 3 bermundar-mandir didalam biliknya.Dia berkongsi bilik
dengan 8 orang rakannya yang lain.

"Kau kenapa? Dari tadi aku tengok macam cacing nak beranak aje", tanya seorang rakannya. Evan menghela nafas.

"Aku tak pasti tapi aku syak dia yang buat",jawab Evan. Dia memandang rakannya itu dengan wajah serius. Dia berharap sangkaanya itu salah.

°VOTE VOTE VOTE

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now