CHAPTER 19💜

75 8 0
                                    

Arissa terjaga dari lamunannya kerana terdengar suara Rayyan. Tapi suara itu seperti sedang bergaduh sahaja. Arissa terus membuka pintunya kecil untuk melihat apa yang terjadi. Rupanya Evan dan Rayyan sedang bertekak.

"Tak boleh jadi ni. Kalau dibiarkan sampai esok pun takkan siap dua ekor beruk ni", kata Arissa menggeleng sambil mencekak pinggang. Dia pergi menuju kearah Evan dan Rayyan. Tapi sepertinya mereka tidak menyedari Arissa disitu dan terus sahaja bertekak.

"Mawar? Siapa mawar?" Arissa mengerutkan dahi.Dia terus sahaja mendengar perbalahan dua ekor beruk itu tanpa menyampuk.

"Kalau kau nak ambil sangat Arissa tu kau ambiklah! Aku tak hingin sangatlah nak ambil hak engkau!" Teriak Rayyan.

ZUPPP! Arissa terkedu. Dia tidak sangka Rayyan akan berkata begitu. Dia fikir selama ini Rayyan sudah mula sukakan dia juga namun rupanya sebaliknya.

" Rayyan.Awak-

Mulut yang dikunci dari tadi akhirnya bersuara. Dia menggenggam tangannya. Sungguh  rasa sakit hatinya bila Rayyan kata begitu.

" Rissa. Aku-

Rayyan tidak dapat meneruskan perkataannya. Air mata Arissa yang dari tadi ditahan akhirnya tumpah juga. Dia terus berlari menuju ke biliknya lagi. Belum sempat dia menutup rapat pintu bilik, tangan Rayyan tiba-tiba menghalang.

" Rissa. Dengarlah dulu",rayu Rayyan.

Arissa tidak menjawab. Dia menolak pintu bilik itu dengan lebih kuat lagi. Tetapi Rayyan terlebih dulu membuka pintu tersebut. Arissa terus menjarakkan dirinya dengan Rayyan tapi Rayyan terus mendekatkan jarak mereka.

"Keluarlah Rayyan."

Rayyan tidak berganjak sama sekali. Tidak juga berkata apa-apa.

"Aku yang bodoh. Kau tak salah pun.Aku yang bodoh sebab tak nak pergi dari sini walaupun aku tahu kau tak sukakan aku." Air mata Arissa jatuh terus menerus tanpa henti. Dia menghela nafas penjang sebelum bergerak mengambil baju-bajunya dialmari. Tiba-tiba Rayyan yang diam tidak berkutik dari tadi menarik Arissa kedalam dakapannya.

" Tak. Bukan salah kau juga. Aku minta maaf", kata Rayyan. Pelukan dieratkan.

Arissa terpaku didalam pelukan Rayyan. Dia mencelikkan matanya beberapa kali untuk memastikan yang dia bukan mimpi. Hatinya yang sedih tadi tiba-tiba bertukar ceria.

"Erm lama lagi ke kita nak macam ni", kata Arissa selepas 3 minit mereka begitu.

Rayyan melepaskan pelukan. Dia berdehem kecil sebelum menarik jari jemari mungil milik Arissa dan mengenggamnya.

"Rissa..

Panggilan Rissa itu sudah cukup buat Arissa mengetap mulutnya.

" Aku rasa aku dah tak boleh pendam."

Hati Arissa sudah mahu meledak. Apalah yang akan dikatakan Rayyan selepas itu.

" Aku sukakan kau. "

Arissa membuntang.

" A-apa? H-hahaha. Jangan guraulah." Arissa sudah berona merah. Takkan lah Rayyan sukakan dia.

" Aku serius",kata Rayyan sambil memandang tepat mata Arissa. Pandangan mereka kini bertaut.

"Tolonglah jangan meletup wahai hati", getus hati Arissa.

"Sorry Evan. Aku takkan biarkan hak aku jadi milik kau."
Rayyan tersenyum disebalik topeng yang dipakainya.

VOTE VOTE VOTE✨






[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now