CHAPTER 32💜

109 8 0
                                    

Arissa menggigit kukunya. Sudah 30 minit dia bermundar-mandir didalam rumah yang besar itu. Sekejap-kejap dia menjenguk ditingkap. Memeriksa sama ada Rayyan sudah sampai atau belum.Tangannya sudah menggigil.

"Ish!Mana hubby ni?" Wajah risau jelas diwajahnya. Sejurus itu, kereta Rayyan kedengaran diluar rumah. Arissa apa lagi dia terus meluru kepintu.

"Hubby! Hubby ok tak ni?", soalnya kepada Rayyan yang baru sahaja sampai.Rayyan tidak menjawab tetapi dia terus menarik Arissa kedakapannya.

"Hubby ok tak ni?", tanyanya lagi. Mana dia tidak risau, Rayyan tiba-tiba sahaja menyuruhnya balik rumah segera. Sampai dia dirumah Rayyan tiada pula.

"Oklah. Asal pula tak okey", jawab Rayyan. Dia menarik tangan Arissa dan membawannya duduk.

"Tak baik tipu tau. Ni mesti ada benda penting ni."

"Mana adalah. Hubby suruh sayang balik cepat sebab rindu je", balas Rayyan. Kepalanya disandarkan kebelakang.

"Cakaplah. Nanti Rissa merajuk lagi hubby tidur dekat dekat luar rumah", ugut Arissa. Jari-jemarinya digenggam Rayyan.

"Sayang.. Nanti kalaulah hubby dah takde -

" Apa pula cakap macam tu? "

" Ish dengar dulu. Kalaulah ditakdirkan hubby tiba-tiba dah takde.. And then dah tahu siapa hubby sebenarnya.. Sayang jangan benci hubby tau?"

Arissa sudah tidak selesa dengan gaya percakapan Rayyan itu.

" Hubby cakap betul-betul.. Hubby nak pergi mana ni?"

"Takde pergi mana-mana pun. Nak jumpa janda taman sebelah tu je", ujar Rayyan selamba. Jawabannya itu membuatkan pinggangnya dicubit oleh Arissa.

"Adoi!"

"Hah. Siapa suruh bergurau lagi." Pinggang Rayyan masih dalam cubitannya. Kan dah kena.

"Adoi sakitlah sayang. Lepaslah."

"Tak nak. Bluekk", jelir Arissa.

"Hubby gurau je lah. Lepaslah. Nanti hubby kena kanser pinggang macam mana?"

Arissa berhenti mencubitnya.

"Hubby tak nak makan?"

"Tak. Hubby dah makan tadi kat rumah."

"Rumah? Rumah siapa?" Arissa mengerut dahi.

"Rumah janda tulah",usik Rayyan lagi. Dia terus lari dari tempat duduknya sebelum dicubit Arissa lagi.

"Eeee. Sengaja kan?!" Arissa mencekak pinggangnya. Lengan baju disinsing keatas.

"Hahahahahha!" Berlakulah kejar-mengejar antara mereka berdua.Rayyan tersenyum lebar di sebalik topeng.

"Ya Allah. Selamatkanlah aku nanti."

***
Wajah Arissa yang sedang tidur itu ditilik. Dia menghela nafas yang berat. Jam didinding menunjukkan sudah jam 3.25 pagi. Rayyan mengambil sebuah pen dan  mengoyakkan sehelai kertas. Dia mula menulis sesuatu. Helaian kertas itu diletakkan diatas meja bersebelahan katil. Topeng yang dipakai dibuka sebentar. Dahi isterinya dikucup penuh kasih sayang.

"Jaga diri baik-baik tau", bisiknya perlahan agar tidak mengejutkan Arissa dari tidur nyenyak. Setitik air matanya jatuh dipipi Arissa. Dia menarik nafas panjang untuk menahan diri daripada terus mengalirkan air mata. Topeng yang dibuka kembali dipakai. Tepat jam 3.30 pagi, kereta yang dipandu Rayyan keluar dari pekarangan rumah menuju ke markas.

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now