Bunyi bising didapur sudah menjadi rutin harian dimarkas persembunyian itu. Siapa lagi didapur kalau bukan Arissa yang setiap hari perlu memasakkan makanan Rayyan.
"Berawal dari temenan, udah lama manggil sayang hmm hmm." Arissa bernyanyi kecil. Entah kenapa pekerjaan yang dia benci dulu kini menjadi kesukaannya. Mungkin sebab orang yang dia benci dulu dia sayang sekarang.Siap sahaja dia memasak sarapan Rayyan, dia terus menghantar ke tingkat bawah. Tingkat neraka itu pun dia sudah tidak takut lagi. Sungguh hebat penangan Rayyan.
"Kan aku dah kata tak payah", kata Rayyan yang melihat Arissa membawa sebuah bekal kecil.
"Alah. Saja je. Lagipun hari ni cuaca cantik jadi saya masaklah."
"Kau ada keluar hari ni?", tanya Rayyan. Maklumlah tinggal bawah tanah.
"Takde. Tapi dari muka awak saya dah dapat tahu yang cuaca hari ini cantik",selorah Arissa walaupun dia tahu yang Rayyan memakai topeng.
"Pandailah engkau." Seketika fikiran Rayyan melayang jauh teringatkan seorang perempuan yang dulu juga tergila-gilakan dia. Perangainya persis seperti Arissa.
(6.6.2016)
"Rayyan! Saya tahulah awak sukakan saya juga. Tak payah lah nak malu-malu", teriak Mawar. Dia sudah mengekori Rayyan dari tadi.
"Ish! Aku kata aku tak suka kau. Yang suka kau tu Evan. Bukannya aku",terang Rayyan kepada Mawar. Dia menggaru kepalanya. Susah betul perempuan itu faham.
"Tapi saya tak suka Evan. Saya suka awak." Mawar mengelip-kelipkan matanya. Berharap Rayyan tergoda. Namun sayangnya tidak.
"Macam tulah juga aku tak suka kau."
"Eeee! Tipu! Awak pun suka saya kan?!"
"Tak! Evan yang suka kau!"
"Eeeee! Nanti kalau saya mati. Ni semua sebab awak!", kata Mawar sebelum berlalu.
"Aku pula." Rayyan mencekak pinggang. Tak pasal-pasal dia pula yang kena.
Tidak disangka-sangka, Mawar betul-betul pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Apa yang lebih menyedihkan, Mawar dirogol sebelum dibunuh. Badannya dikerat 4 bahagian sebelum dimasukkan kedalam oven. Kematian yang begitu tragis.
(END)
***********************************************************
"Tuan! Kita dah dapat informasi kumpulan tu",kata Razif.
"Bagus. Bila Haykal telefon kamu?", tanya Tuan Roslan.
"Sekejap tadi. Dia kata kumpulan itu adalah kumpulan kedua terbesar selepas kumpulan mereka."
"Ya betul. Kumpulan ini juga selalu membuat masalah besar dan mereka antara yang paling dijejaki",terang Tuan Roslan.
Razif hanya mengangguk. Dia gembira kawannya itu menelefon.
***********************************************************
"Weyh Ev. Kau rasa siapa punya kerja ni?"
"Aku tak tahu do." Evan meramas rambutnya. Sakt kepalanya datang menyerang lagi. Manakan tidak, identiti mereka hampir bocor.
"Aku bukanlah nak derhaka tapi aku rasa ni semua kerja ketua kita."
"Kau gila? Asal dia nak bocorkan identiti kita.Dia tu ketua kita", tegas Evan mempertahankan Rayyan. Walaupun dia dan Rayyan bergaduh tetap sahaja dia masih meletakkan kepercayaan kepada Rayyan sebagai ketua.
"Rayyan takkan buat macam tu punya. Kalaupun dia yang bocorkan mesti identiti dia pun terbocor. Fikirlah sikit", kata Evan lagi.
"Manalah tahu kan dia tu polis yang tengah menyamar."
"Kau cakap macam tu fasal dia lagi aku tampar muka engkau. Kau fikir dia bodoh ke macam engkau? Sampai sanggup pergi jauh jadi ketua kita. Kena tembak sana sini demi nak menyamar. Kepala hotak kau!", marah Evan. Boleh pula dia cakap Rayyan tu polis yang menyamar. Tapi dia masih ada sedikit rasa ragu kepada Rayyan. Mungkin juga perkara itu betul.
" Ah! Mengarut. "
YOU ARE READING
[C] MY ONLY MAFIA
RomanceSebelum baca jangan lupa follow dan vote untuk support me ^o^. Penulis masih baru dalam dunia penulisan. Mohon maaf jika ada kesalahan ayat ataupun bahasa☺️. (Pls I'm still 15 when I wrote this 🥲 so sorry for those alay 🥹) Saya malas nak tulis sin...