CHAPTER 41💜

76 8 0
                                    

"Hubby ok tak? Macam tak happy je? Tak suka sayang pregnant?", soal Arissa bertubi-tubi. Rayyan yang termenung melihat laut dari tadi tersentak.

"Apa pula cakap macam tu?"  Tangan Arissa ditarik untuk duduk disebelahnya.

"Mana taknya.. Lepas balik je dari klinik tadi hubby asyik termenung saja tengok laut tu. Nak minum air laut ke apa?"

"Mana ada termenung. Cuma hubby teringatkan Evan",jawab Rayyan perlahan.

"Evan? Kenapa?"

"Hubby ingat lagi dia kata kalau kita ada anak nanti dia nak hubby ceritakan dekat anak kita fasal dia." Rayyan ketawa kecil menyembunyikan sedih.

"Kalau macam tu cerita sajalah. Tapi tak mo lah hubby cedih-cedih acam ni", pujuk Arissa. Dia tahu perasaan kehilangan seorang sahabat lagi sakit daripada kehilangan teman wanita atau teman lelaki.

"Amboi. Dah pandai memujuk dia nieeeee." Pipi Arissa menjadi bahan cubitannya lagi.

"Hilanglah comel pipi sayang ni nanti." Arissa membiarkan sahaja kelakuan Rayyan itu.

"Mana ada hilang. Tambah comel adalah."

"Iyalah tu."

"By the way sayang tak ngidam apa-apa ke?", tanya Rayyan.

"Ermm belum lagi. Nanti datanglah tu.Tapi kan hubby..

" Apa dia? "

" Apa nama arnab yang Raysha bela tu?" Raysha merupakan adik bongsu Rayyan.

" Tak silap hubby.. Bibit kut nama dia. Kenapa sayang tanya?"

" Saja tanya. Comel arnab tu."

"Nak hubby belikan juga ke?"

"Tak payah. Tapi kalau hubby nak belikan.. Sayang tak mahu arnab."

"Habistu?" Rayyan mengangkat keningnya. Hembusan bayu ombak membuat matanya sedikit gatal.

"Sayang nak singa", kata Arissa.

"Mak aii! Singa?!", soal Rayyan terkejut. Mana dia nak beli singa ni.

"Sayang gurau kan? Tak payahlah."

"I'm serious Rayyan Haykal." Wajah comel Arissa bertukar ketat. Tapi kecomelan tu tetap adalah.Rayyan menggaru dahinya yang gatal.

"Mana hubby nak beli singa? Singa mainan bolehlah tapi kalau singa betul mana nak cari?"

"Dekat zoo banyak", jawab Arissa sedikit bodoh.

"Singa ada dekat zoo eh? Asal tak pernah nampak?", getus Rayyan didalam hati.

"Hubby?!"

"Hah? Tapi dekat zoo tu kan untuk dilawat bukannya dijual."

"Tak kira. Sayang nak juga",kata Arissa muktamad. Dia berjalan menghentak kaki masuk kedalam. Rayyan berfikir seketika ingin mencari dimana dia boleh membeli singa hidup.

*****************************************
Kereta dipandu terus menuju kerumah Encik Roslan. Dia ingin menjenguk Arissa yang sudah tiga minggu dia tinggalkan dirumah ibubapanya. Rayyan terpaksa tinggal buat sementara ditempat kerjanya kerana perlu menguruskan satu kes penting.

"Kak? Apa bising kat dalam tu", soalnya kepada Rayhanah yang sedang menyiram pokok bunga sejurus sahaja dia sampai dirumah Encik Roslan.

"Raysha dengan Arissa tengah bergaduh." 

"Gaduh?!" Rayyan terus membuka kasutnya dan meluru masuk kedalam rumah.

"Hah Rayyan dah sampai pun kamu",ujar Puan Umairah.

"Sayang kenapa ni?" Arissa yang menangis tersedu-sedu ditarik kedalam dakapannya.

"H-hubby...Hiks hiks.. I-isha d-dia hiks hiks",jawab Arissa sambil menunjuk Raysha.

"Isha? Kenapa kamu dengan Kak Rissa ni?", tanyanya lagi kepada Raysha yang tengah memeluk seekor arnab putih.

"Kak Rissa nak tangkap Bibit."

"Biarlah dia tangkap. Kan banyak lagi arnab isha tu."

"Tak boleh. Kak Rissa bukan nak main dengan Bibit pun." Raysha mencebik. Dia menyilangkan tangannya tanda merajuk.

"Habistu?"

"Dia nak makan Bibit!"

"Kenapa sayang nak makan Bibit pula?", soal Rayyan kepada Arissa kembali. Pelukan dileraikan agar dia dapat melihat wajah Arissa dengan betul. Arissa hanya membisu. Wajah Uminya pula dipandang.

"Umi?"

"Haih.. Memang begini lah kami setiap hari kamu tau? Pelik bebenor Umi dengan ngidam isteri kamu ni. Hari itu dia nak pergi sungai. Kononya nak tangkap buaya buat makan", terang Puan Umairah.

"B-buaya? Kenapa dalam banyak - banyak makanan itu juga yang sayang nak telan?" Suara Rayyan seperti memarahinya.

"Hubby jahat! Balik rumah je nak marah Rissa! Bencilah macam ni!" Dengan perasaan yang marah Arissa terus masuk kedalam bilik.

"Yang kamu marah dia tu kenapa?" Kini giliran Uminya pula yang memarahinya.

"Mana ada Rayyan marah Umi."

"Kamu selesaikanlah sendiri. Umi nak masak."

Rayyan menggaru tengkuknya yang tidak gatal sambil memikirkan apa salah yang dia buat. Macam semuanya tak salah pun.

"Sayang?" Pintu bilik mereka diketuk.

"Masuklah! Pintu tak kunci pun!"

Rayyan memulas tombol pintu dan masuk. Pintu ditutup rapat kembali.

"Oklah. Sekarang sayang cakap sayang nak apa? Kecuali semua binatang yang pelik-pelik tu." Kepalanya disengetkan sedikit untuk memandang wajah Arissa.

"Pizza.Tapi tak nak pizza yang kena jual dekat-dekat area sini.Nak jauh", balas Arissa masih dengan rajuknya.

"Kalau macam tu sayang nak kemas baju tak?"

"Buat apa?" Arissa mengangkat alisnya.

"Kita pergi Itali."  Rayyan berdiri dan mengemas apa yang patut.

"Itali?" Dia masih tidak faham.

"Iyalah Itali. Kan sayang cakap nak makan pizza jauh-jauh. So, hubby bawalah ke Itali."

"Tapi tu terlalu jauh lah hubby. Lagipun hubby baru je pulang."

"Tak apalah. Boleh jalan-jalan sekali."

"Serius ke hubby?"

Rayyan mengangguk. Telefon pintar dikeluarkan. Dia mula mendail nombor Razif.

"Assalammualaikum Haykal. Razif dekat dalam tandas sekarang tapi cakap sajalah apa halnya. Nanti saya sampaikan", ujar Suhaila dicorong telefon. Siapa tahu, Rafiz yang betul-betul bertekad ingin kahwin sudah jumpa suri hatinya.

"Ouh kalau macam tu tolong sampaikan yang saya suruh dia tempah tiket flight ke Itali, boleh?"

"Ok. Boleh."

20 minit kemudian, kereta yang dipandu Rayyan meluncur di jalan raya menuju ke lapangan terbang.

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now