CHAPTER 33💜

78 8 0
                                    

Helaian kertas itu sudah hampir koyak dek kerana air matanya yang tumpah. Arissa menggenggam kertas itu.Dia sudah agak akan ada sesuatu yang berlaku. Bagaimana dia tidak boleh menyedari kehadiran surat itu.

𝑅𝒾𝓈𝓈𝒶,

𝑀𝓊𝓃𝑔𝓀𝒾𝓃 𝓂𝒶𝓈𝒶 𝒶𝓌𝒶𝓀 𝒷𝒶𝒸𝒶 𝓈𝓊𝓇𝒶𝓉 𝓃𝒾 𝓈𝒶𝓎𝒶 𝒹𝒶𝒽 𝓉𝒶𝓀𝒹𝑒 𝓈𝑒𝒷𝑒𝓁𝒶𝒽 𝒶𝓌𝒶𝓀. 𝒥𝒶𝓃𝑔𝒶𝓃 𝓁𝓊𝓅𝒶 𝓂𝒶𝓀𝒶𝓃 𝑒𝓁𝑜𝓀-𝑒𝓁𝑜𝓀. 𝒥𝒶𝑔𝒶 𝒹𝒾𝓇𝒾 𝓉𝓊. 𝒥𝒶𝓃𝑔𝒶𝓃 𝓃𝒶𝓀 𝓂𝑒𝓃𝑔𝑔𝒶𝓉𝒶𝓁 𝒹𝑒𝓃𝑔𝒶𝓃 𝓁𝑒𝓁𝒶𝓀𝒾 𝓁𝒶𝒾𝓃. 𝐻𝓊𝒷𝒷𝓎 𝓉𝓊𝓁𝒾𝓈 𝓈𝓊𝓇𝒶𝓉 𝓃𝒾 𝒷𝓊𝓀𝒶𝓃 𝓈𝒶𝒿𝒶-𝓈𝒶𝒿𝒶. 𝒫𝑜𝓁𝒾𝓈 𝒹𝒶𝒽 𝒹𝒶𝓅𝒶𝓉 𝓉𝒶𝒽𝓊 𝓉𝑒𝓃𝓉𝒶𝓃𝑔 𝓂𝒶𝓇𝓀𝒶𝓈 𝒽𝓊𝒷𝒷𝓎. 𝒥𝒶𝒹𝒾 𝒾𝓃𝑔𝒶𝓉, 𝒿𝒶𝓃𝑔𝒶𝓃 𝑔𝒶𝓉𝒶𝓁-𝑔𝒶𝓉𝒶𝓁 𝓃𝒶𝓀 𝒹𝒶𝓉𝒶𝓃𝑔 𝓈𝒶𝓃𝒶. 𝒯𝒶𝓀 𝓅𝒶𝓎𝒶𝒽 𝓇𝒾𝓈𝒶𝓊 𝓅𝒶𝓈𝒶𝓁 𝒽𝓊𝒷𝒷𝓎 𝑜𝓀. 💕

Tanpa berlengah lagi, dia terus keluar dari rumah itu untuk mencari Rayyan. Mana mungkin dia akan tinggalkan suaminya sendiri.

***********************************************************
Suasana yang tidak dijangka-jangka akhirnya datang kepada mereka.Masing-masing kini sudah memegang senjata.

"Ray, macam mana sekarang?", tanya Evan. Dia merenung Rayyan yang duduk sahaja dari tadi itu seperti tidak menyiapkan apa-apa dan menunggu untuk mati.

"Kita dah tak boleh buat apa-apa",jawab Rayyan pasrah. Dia menggeleng.

"Cis! Kalau aku jumpa siapa yang bocorkan rahsia markas ni memang aku kerat-kerat badan bagi makan anjing." Evan sudah tidak dapat menahan amarahnya.

"Tapi takkan kita nak diam sahaja macam ni? "

"Betul tu. Peliklah kalau kita tak buat apa-apa."

"Bos?Seriuslah bos kita tak dapat buat apa-apa?"

"Kita lagi power kut dari polis bodoh tu."

"Aku kata tak boleh tak bolehlah!", teriak Rayyan mendiamkan mereka. Evan melihat perangai kawannya itu.Tiba-tiba, mesin pendektasi berbunyi. Itu menandakan kawasan mereka diceroboh.

"Polis!"

Evan menyuruh mereka segera bersiap sedia. Semua orang berada diposisi sedia untuk bertempur sedangkan Rayyan tidak memperdulikan benda itu langsung.

"Weyh Ray?! Asal kau duduk lagi?", soal Evan. Dia berada dikedudukan paling hadapan.

"Malas", jawab Rayyan. Evan mencerlung tajam.

"Malas kemendanya? Kau nak mati eh? Dasar punya ketua. Kau nak mengalah sampai sini je?! Bodoh!"

Rayyan seperti tidak kisah sahaja. Dia berdiri ingin beredar.

"Hubby!"

Suara yang sangat dikenali Rayyan itu tiba-tiba muncul. Dia menoleh kebelakang. Dilihatnya Arissa yang berpakaian compang-camping itu. Dengan daun diatas kepala. Ditambah lagi dengan rumput yang melekat dibaju. Seperti baru selepas menanam padi sahaja.

"Apa awak buat kat sini?", tanya Rayyan. Dia pergi mendapatkan Arissa.

"Cari hubbby lah."

"Kan saya dah kata jangan datang! Kenapa awak degil sangat ni?!"

"Saya degil? Awak tu yang degil!Kenapa tak bagitahu saya terang-terang!" Arissa mengenggam tangannya kegeraman.

"Awak pergi dari sini sekarang!", suruh Rayyan tegas.

"Tak nak!"

"Pergi!"

"Tak na-

BOOOOM!!

Markas mereka diledakkan. Ledakan itu menyebabkan markas mereka hancur. Situasi mereka dibawah tanah seperti mengalami tanah runtuh. Batu simen yang dijadikan pendinding jatuh hancur berderai.

" Rissa?Awak tak apa-apa kah?" Rayyan memeriksa seluruh badan Arissa untuk memastikan dia tidak cedera.

"Saya okay."

Rayyan membantu Arissa berdiri. Dia menyuruh Arissa untuk mencari tempat persembunyian. Ini bukan seperti yang dia jangkakan.

"Awak jangan pergi mana-mana."

Arissa menganguk. Dia hanya mampu melihat Rayyan meninggalkannya. Pasukan terlatih dari pihak lawan sudah memasuki ruangan markas itu. Bunyi peluru dari pihak berlainan membuatkan Arissa menutup telinganya.

"ARGHH!"

"Teruskan menyerang! Jangan berundur!"

BANG!! BANG!! BANG!!

Pihak Rayyan sudah hampir tewas. Yang lain sudah terkorban manakala yang lain melarikan diri termasuk Evan. Bunyi tembakan berkurang bermakna sudah tidak ramai orang yang masih bernyawa.Arissa mengangkat kepalanya selepas mendengar bunyi itu berkurang sedikit demi sedikit. Matanya sibuk mencari kelibat Rayyan. Disebalik asap habuk yang berterbangan, terlihat satu sosok yang masih berdiri ditengah-tengah ruangan itu.

"Hubby!", jerit Arissa kecil. Suaranya hilang disebabkan habuk yang terlalu banyak. Rayyan menoleh kearah Arissa dan menggelengkan kepalanya perlahan untuk memberi isyarat supaya jangan mendekat. Baju kemeja putih itu berlumuran darah.

"Hub-

Arissa menekup mulutnya. Takut kehadirannya juga akan disedari. Tapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja melihat Rayyan yang berperang sendirian. Sedangkan polis yang begitu ramai sudah memenuhi ruangan itu. Arissa menarik nafas. Dia mengumpul kekuatan untuk pergi mendapatkan Rayyan. Beberapa pucuk pistol sudah dihalakan ke Rayyan.

"No!" Arissa sudah berlari menuju ke arah Rayyan yang masih berdiri ditengah-tengaj kekecohan.

"Cik, tolong beri kerjasama kepada kami atau Cik akan turut terkorban sama."  Pistol sudah diacukan tepat pada sasaran. Hanya menunggu picu ditarik dan melepaskan tembakan.

"Tak! Aku takkan tinggalkan suami aku! Kalau kau nak tembak, tembak jelah. Aku tak kisah."
Kedua tangannya sudah memeluk erat badan Rayyan. Matanya dipejam menunjukkan sudah siap dengan kematian yang akan menjemput sekejap lagi. Terkumat-kamit dia membaca surah Al-Fatihah. Apa boleh buat itu sahaja surah yang dihafalnya.

1 DETIK. 2 DETIK. 3 DETIK.

Bang!
Bunyi yang menandakan seseorang sudah terkorban. Mata yang dipejam dibuka perlahan - lahan. Habis semua air mata keluar.

"Asal tak rasa apa-apa ni? Takkanlah Rayyan yang..."

Dia terus mengangkat wajahnya untuk melihat Rayyan. Maklumlah atas faktor ketinggian yang berbeza.

"Tak! Tak mungkin! Awak dah janji takkan tinggalkan saya." Suaranya mengendur sambil menggelengkan kepala tidak percaya.

"Awak dah janji takkan tinggalkan saya Rayyan!"

                           ENDDDDDDD























TAPI BOHONG 🙄😎

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now