CHAPTER 12💜

75 8 0
                                    

Arissa menyanyi-nyanyi kecil didapur. Memang didapur sahajalah kerjanya. Sudah tugas dia sebagai 'maid' Rayyan. Ligat dia mengemas cawan dan  gelas didapur, otaknya tiba-tiba memutar kejadian beberapa hari lalu.

*FLASHBACK*

Ketika itu Arissa sedang mengemas bekas cawan pinggan para konco-konco Rayyan. Tingkat 3 itu sudah  dipenuhi dengan manusia - manusia 'pembunuh'. Mereka menyuruh Arissa untuk menghidangkan mereka makanan. Mulanya Arissa tidak mahu tetapi selepas digertak bunuh oleh konco Rayyan, dia akhirnya akur sahaja.

"Ermmm.. boleh tak  Encik tolong saya angkat cawan pinggan ni kedapur", pinta Arissa kepada salah seorang yang berada disana.

"Tolong? . Kepala bapak kau aku nak tolong! . Hahahahahah. Wei! korang dengar sini!" Lelaki tersebut meminta perhatian dari kawan-kawannya. "Dia nak kitaa  tolong diaaaaa. Amacam? Nak tolong tak geng?"

"HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAH"

Kawan-kawannya yang lain hanya mentertawakan Arissa.

"Dia nak kita tolong dia bhaii."

"Boleh juga kalau nak. Tapi kena bayar lah", kata seorang lelaki yang sudah menggerak-gerakkan  lidah.Matanya tertumpu kepada setiap badan Arissa.

Arissa yang mula rasa tidak selesa dengan perlakuan lelaki tersebut cepat-cepat pergi dari situ. Hatinya sudah
meronta-ronta meminta Rayyan untuk datang. Namun
belum sempat dia pergi mencari Rayyan, lelaki tersebut sudah menarik tangannya. Arissa yang ketakutan spontan menampar pipi lelaki tersebut.

"Kau tampar aku?! Kau memang nak kena lah betina!" Lelaki itu membawa Arissa keatas sofa dan  mula mencium Arissa. Arissa dengan segala tenaganya cuba menahan lelaki itu. Habis bajunya koyak rabak.
"Rayyan tolonglah datang", ronta hati kecilnya. Air matanya sudah tumpah. Tak sanggup dia diperlakukan sebegitu.

"Woiii! Korang dah gila ke?!" suara tersebut mengejutkan semua orang termasuk lelaki yang cuba membuat perkara tidak elok kepada Arissa.
Belum sempat lelaki itu ingin menoleh kebelakang, bajunya sudah ditarik kuat sehingga dia terpelanting ketepi.

"Rayyan." Hanya itu yang mampu diucapkan Arissa. Rayyan memandang Arissa dengan pakaiannya yang sudah koyak. Dia membuka jaketnya lalu dipakaikan ke Arissa.

"Aku aku t-takut", kata Arissa yang sudah duduk ketakutan sambil merapatkan kakinya kebadan.

"Shh jangan nangis. Aku ada kat sini", ucap Rayyan lembut menenangkan Arissa yang menangis. Dia menoleh kembali kearah lelaki yang cuba meratah Arissa sebentar tadi. Rayyan berdiri menuju kearah lelaki tersebut. Nafasnya sudah turun naik. Dia menarik baju lelaki itu sehingga lelaki itu terjongket-jongket mencari lantai hendak dipijak.

"Kau buat apa tadi tu hah?!"

"T-takde buat apa-apa pun bos. Tadi tu cuma main-main je", jawab lelaki itu ketakutan.

"Main-main? Itu cara kau main? Ok. Kau ikut pula cara aku main." Lelaki itu sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. "Bos, jangan bos."
Rayyan tidak menjawab. Kali ini dia tidak akan beransur dengan budak-budaknya. Mereka terlalu melampau!

BUKKK!! Satu tumbukan yang cukup padu dihayunkan. Lelaki itu sudah memegang perutnya kesakitan. Dia tidak boleh melawan kerana Rayyan terlalu kuat. BUKKK!! Satu lagi tumbukan. Kali ini di wajahnya pula.

"Itu cara kau mainkan? Kau rasa mainan aku pula!"
Rayyan tidak dapat mengawal dirinya sudah. Ditumbuknya lelaki itu sehingga lelaki itu tidak dapat berdiri. Tidak cukup lagi, dia menendang badan lelaki itu dan menarik rambutnya sehingga lelaki tersebut terpaksa berdiri semula.

Arissa yang memerhati perlakuan Rayyan itu, segera pergi mendapatkan Rayyan. Dia tak mahu sampai Rayyan membunuh lelaki tersebut walaupun lelaki itu sudah membuat perkara jahat terhadap dirinya.

"Rayyan!"

Rayyan akhirnya berhenti. Dia menarik nafas panjang.
Dia menoleh kearah Arissa yang ketakutan melihat dirinya seperti itu.

"Kamu semua dengar sini. Sekali lagi aku dapat tahu yang kamu sentuh dia.... korang siap!Ingat! Perempuan yang kamu cuba nak rogol ni!A..ku punya!"

(END FLASHBACK)

"Aku punya". Arissa mengulang-ulang perkataan itu. Memikirkan perkataan itu sahaja sudah cukup membuatkan hatinya berbunga-bunga gembira. Gembira? Ya. Dia mula menyimpan perasaan kepada Rayyan.

"Apa yang aku punya?" Suara Rayyan yang tiba-tiba muncul mengkagetkan Arissa.

"Eh mak kau Rayyan aku punya!" latah Arissa. Dia menekup mulutnya apabila sedar terlepas cakap dihadapan Rayyan.

"Aku kau punya? Merepek apa kau pagi-pagi?", tanya Rayyan. Arissa yang menahan malu tidak menjawab.

"Ouh. Taknak jawab eh?" Rayyan mendekatkan wajahnya dengan wajah Arissa.

Arissa berundur kebelakang kerana sedar mereka terlalu dekat. Namun, apa yang dia dapat hanya dinding di belakang. Dia tersekat disitu.

Rayyan pula sudah menyekat Arissa kiri dan kanan menggunakan tangannya.

"Baik kau cakap apa yang kau fikir tadi?"

"Mana ada aku fikir apa-apa. Perasan lah kau." Arissa memandang kearah lain supaya pandangan mereka tidak bertaut. Jantungnya tak payah bincang, berdegup macam nak terkeluar sahaja.

Disebalik topeng yang dipakai Rayyan, tersembunyi sebuah senyuman manis. Dia akhirnya menjarakkan kedudukan mereka semula. Dia sebenarnya dengar degupan jantung Arissa tadi. Sebab itulah dia berhenti mengusik Arissa.

Dari jauh, Evan hanya memerhati mereka sahaja. Timbul rasa cemburu dihatinya.

°VOTE PLS✨

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now