CHAPTER 29💜

69 7 0
                                    

Semua kerja didalam rumah itu sudah diselesaikan.Arissa duduk didepan meja solek  sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah.

"Macam mana aku boleh tertidur?", tanya Arissa kepada dirinya. Sebenarnya niat dia adalah untuk mencuri tengok wajah Rayyan semasa solat subuh. Tapi dia pula boleh tertidur. Arissa mengeluh kecil. Dia ingat Rayyan akan membuka topengnya setelah mereka kahwin namun sangkaanya salah. Tiba-tiba dia terasa satu tangan datang memeluknya dari belakang. Arissa senyum.

"Kenapa monyok je ni", soal Rayyan lembut. Dia mengeratkan pelukan itu dan meletakkan dagunya dibahu Arissa. Ya Allah, comelnya dia!!

"Mana ada monyok. Biasa je lah."

"Oklah kalau macam tu. Hubby nak keluar dulu jenguk markas kejap. Sayang tunggu sini tau", kata Rayyan. Dia melepaskan pelukan dan mencubit pipi Arissa sebelum keluar.

"Ish dia ni. Suka hati je nak cubit-cubit",getus hati Arissa. Tapi dia tetap suka. Lagi-lagi bila Rayyan membahasakan dirinya sebagai hubby. Macam nak pengsan. Arissa melihat wajahnya dicermin. Rasa seperti dia belum buat sesuatu.

"Apa yang aku belum bu-

" Hah! Rayyan! " Arissa berlari turun kebawah mencari Rayyan.

" Hubby tunggu! ", teriaknya.Rayyan yang baru ingin masuk kedalam kereta terhenti tatkala terdengar suara Arissa.

" Ya kenapa?!"

" Tunggu jap. Hahh", kata Arissa tercungap-cungap. Dia menarik nafas dan menghembusnya keluar.

"Nak salam",sambungnya.

"Sebab nak salam je sayang lari turun? ", soal Rayyan. Dia menghulurkan tangannya kepada Arissa.Arissa menyambut tangan itu dan menyalamnya.

"Bye! Hubby jangan laju-laju tau!", pesannya lagi kepada Rayyan.

"Hubby taulah."Dia mengelus rambut Arissa lalu masuk kedalam kereta dan terus memecut laju ke markas. Arissa masuk semula kedalam rumah. Dia merebahkan diri disebuah sofa. Cincin nikah ditangan ditilik. Dia menggerakkan jari jemarinya. Tangannya sekejap keatas sekejap kebawah. Permata berlian dicincin itu memantulkan cahaya. Tiba-tiba Arissa bangun dari pembaringannya. Dia membuka cincin itu dari jarinya dan melihat lebih dekat lagi.

"Macam pernah nampak cincin ni?" Otaknya teringat sesuatu.

"Patutlah.Haykal pernah nak belikan aku cincin ni."

"Hmm tak kisahlah. Yang penting aku dah jadi milik Rayyan. So, Arissa sebagai isteri yang baik dan mithali kau tak boleh fikirkan lelaki lain lagi", pesan hatinya kepada otaknya.

***********************************************************

Haykal merapikan rambutnya yang sedikit berantakan sebelum masuk ketempat mesyuarat mereka. Baru dia baru berada di pintu masuk, Razif sudah meneriaki namanya.

"Weyh Kal!!" Razif melagakan bahunya dengan bahu Haykal. Tanda berjumpa bff gituee.

"So, bro macam mana life kau?", tanya Razif dalam nada ketawa.

"Macam tulah. Apa yang berubah."

"Alah buat-buat tak tahu pula. Dahlah tak jemput aku", rajuk Razif. Dia menyilangkan kedua tangannya tanda merajuk. Mulutnya dimuncungkan sedikit.

"Pandailah kau. Nak mati awal sangat." Haykal mengetuk kepala kawannya itu.

"Ish. Orang gurau pun tak oyeh. Tapi, macam dengan-
Razif tidak meneruskan perkataannya dan membiarkan Haykal meneka sendiri. Dia mengangkat-angkat keningnya.

" Dengan apa? ", soal Haykal tidak mengerti.

" Alah engkau ni. Buat blur pula. Fasal malam-

"Hah Razif sudah. Kalau nak tanya fasal itu nanti sajalah", ujar Tuan Roslan menghentikan Razif.

"Eh Tuan. Heheheheh maaf."

"Hah Haykal. Apapun tahniahlah. Jangan lama sangat. Mak kamu dah menunggu kat rumah."

"Baiklah Tuan ayah!", tabik Haykal. Tuan Roslan hanya menggeleng melayani perangai anaknya itu.

***********************************************************

"Hello Van."

"Apa kau nak?"

"Amboi garangnya suara.Sopanlah sikit. Aku ni isteri ketua korang tau tak?!", ujar Arissa berlagak.

"Eleh. Yalah Puan Arissa Sophea. Kenapa cik menghubungi saya dan apa yang cik nak?", balas Evan.

"Takdelah. Aku nak tanya suami aku mana? Aku call dia tak angkat."

"Suami kau? Rayyan? Mana aku tahu dia kat mana."

"Aik. Dia kata tadi dia pergi markas. Ni dah 4 jam berlalu. Takkan dia tak sampai lagi", soal Arissa pelik.

"Manalah aku tahu. Sape suh kau marah lagi laki kau? Kan dia dah lari rumah", jawab Evan. Saja dia nak menyakat Arissa.

"Eh mulut. Mana aku pernah marah dia."

"Entahlah Cik Arissa. Saya ingin meletak telefon dulu ye. Jaga suami kau tu baik-baik.Awas kau kalau kau dera dia.Bubaii!!". Evan meletak panggilan.

"Dia pergi mana eh?" Arissa menggaru kepalanya.

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now