Suasana menjadi sunyi antara mereka berdua. Tidak tahu apa yang hendak dikata. Haykal memandang Arissa dan Arissa memandang Haykal.
"Ermm.. Jadi awak terima saya tak?", soal Haykal sedikit kekok kerana situasi itu. Dia mengguis gelas yang berisi jus epal itu.
"Haykal.. Saya-
Arissa menggigit bawah bibirnya. Macam dia hendak katakan kepada Haykal bahawa dia sudah berkahwin.
" Tak sangka awak dah beli cincin tu",kata Haykal tersenyum.Dia melihat jari manis Arissa.
"Cincin?"
Arissa melihat cincin yang dipakai dijarinya. Baru dia perasan yang dia belum menyembunyikan cincin itu. Sudahlah dipakai dijari manis.
"Kita ni memang jodoh?"
Soalan Haykal membuat dia berfikir sejenak.
"Jodoh?"
"Iyalah jodoh. Saya pun ada pakai cincin tu", ujar Haykal sambil menunjukkan cincin yang sama dipakai Arissa. Dia juga memakai cincin itu dijari manis membuatkan Arissa terkejut.
"Haykal.. Saya terus terang sajalah dan saya tiada niat untuk lukakan awak tapi saya dah kahwin", terang Arissa. Dia tidak mahu menyembunyikannya lagi. Cukuplah dia ada Rayyan seorang.
"Kahwin? Hahahahah lawaklah awak ni Rissa. Awak kata awak tak ada boyfriend. Ni tiba-tiba dah kahwin ni kenapa?Seriuslah. "
"Haykal saya tak main-main.Saya harap awak boleh jumpa yang lebih baik dari saya. Kalau boleh yang lagi cantik. Saya tahu ramai perempuan yang kat luar sana tu masih gila-gilakan awak", terangnya panjang lebar. Dia akui memang Haykal seorang sangat baik dan berkeperibadian tinggi. Wajahnya yang kacak itu pun sudah membuat Arissa jatuh hati apatah lagi perempuan lain.
"Saya harap awak boleh terima",sambung Arissa. Dia menunduk kepalanya sebelum beredar meninggalkan Haykal.
"Rissa", panggil Haykal kembali. Arissa berhenti melangkah dan menoleh kearah Haykal.
"Thank you tau." Haykal mengangkat bibirnya. Wajah Arissa itu dipandang.
"Thank you? Gila ke apa mamat ni? Orang dah reject dia boleh cakap thank you", gumam Arissa didalam hati. Dia pergi lalu beredar dari situ.
"Suami? Haih..
" Rayyan.. Rayyan. Dah jadi suami orang dah kau sekarang." Haykal tersenyum sendiri. Dia menyisip air yang berada dihadapannya.
Arissa sekarang sudah berada disebuah tandas awam. Dia sebenarnya tergesa-gesa meninggalkan Haykal tadi kerana dia sudah tidak tahan mau pipis. Dia melihat wajahnya yang terpantul dicermin besar itu. Sedikit liptint dicalitkan kebibir mungilnya.
BABY!!
Telefonnya bergetar didalam beg menandakan ada mesej masuk. Dia menggunakan suara Rayyan sebagai bunyi notifikasi. Arissa memaparkan riak wajah yang risau setelah membaca mesej dari Rayyan itu. Dia terus meluru keluar dan menghentikan sebuah teksi."Saya nak pergi 'Geranium Rose Garden'."
YOU ARE READING
[C] MY ONLY MAFIA
RomanceSebelum baca jangan lupa follow dan vote untuk support me ^o^. Penulis masih baru dalam dunia penulisan. Mohon maaf jika ada kesalahan ayat ataupun bahasa☺️. (Pls I'm still 15 when I wrote this 🥲 so sorry for those alay 🥹) Saya malas nak tulis sin...