CHAPTER 5💜

108 13 0
                                    


Arissa membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Gelap. Langsung tiada cahaya.

"Aku dah buta ke?! ", Arissa yang separuh sedar terus menjerit.

"Aaaa!! Aku tak nak buta! Macam mana aku nak jalan nanti? Macam mana aku nak pilih makanan sedap-sedap? Macam mana aku nak tengok drama korea? Macam mana aku nak jumpa lee min ho? Aaa! Macam mana?!" Air matanya terus menerus keluar.

"Hoi hoi hoi", Ray membuka penutup mata yang dipakai Arissa.

"Gila eh?"

Arissa berhenti menangis.

"Aku tak butakan?", tanyanya kepada Ray.

"Eh tak lah. Kau buta. Kau tak boleh nampak aku dah. Hahahah", sindir Ray.

"Fuh. Nasib baik tak buta."

Dipandangnya keadaan sekeliling. Dia berada didalam sebuah bilik. Seram. Ketika Arissa yang ingin menggosok mata, dia terasa sesuatu yang pelik. Tangannya tidak dapat bergerak.

"Oit! Asal tangan aku nie?". Ray yang sedang duduk dipandang.

"Mana aku tahu."

"Eiii. Kau ikat aku kan?Lepaslah."

"Kau nak gi mana?"

"Adalah urusan aku."

"Nak berak?", selamba Ray bertanya.

"Bukan."

"Kencing?"

"Geramnya aku mamat nieeee",Arissa menggumam. Dia mengecilkan mata. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah mamat yang tengah duduk di depan itu.

"Habistu?"

"Haih. Aku nak garu tepi mata aku ni. Gatal tau tak?!"

"Tak. Aku tak tahu."

"Eeeeiiiiiiii!"

Ray yang tadi duduk sudah berdiri. Dia mengambil satu besi dan menuju kearah Arissa.

"Kau nak buat apa hah?!" Arissa yang acah berani menangis lagi.

"Aku nak.."

Ray mendekat. Kedudukannya betul-betul di hadapan Arissa yang sudah menangis sambil menutup mata.

"Janganlah bunuh ak-ak-akuu. Aku aknak mayi aghi aaaaaa." Tersedu-sedu dia menangis. Entah apa yang dicakapkannya itu.

Ray meletakkan hujung besi itu di tepi  mata Arissa. Kemudian digerakkan besi itu perlahan-lahan.

"Tak payah lah gerak-gerak. Kau nak buta betul - betul ke?"

Arissa berhenti bergerak. Matanya dibuka. Rasa selesa pula.

"Kau buat apa ni?"

"Kau kata tepi mata kau gatal. Aku garulah."

"Oh ye ke ?",matanya sudah memandang Ray yang sedang menggaru.Kedudukan wajahnya dan wajah Ray sekarang sangat dekat. Terlalu dekat.

"Asal kau dekat sangat nie?"

"Kan aku tengah menggaru guna besi pendek nie. Takkan kau nak aku guna penyapu lidi yang panjang tu.Tak pasal - pasal kau buta", Ray menjawab.

Arissa memucungkan mulut. Masalah betul lelaki bertopeng didepannya ini.

"Kau dah kenapa?", tanya Ray tiba-tiba.

"Kenapa apa?"

"Kau fikir aku tak nampak apa yang kau buat."

"Aku buat apa?" Arissa mengerutkan keningnya.

Ray berhenti menggaru.

"Heh. Aku buat apa? aku buat apa?", dia meniru mimik suara Arissa tadi.

"Kalau nak tengok aku. Tak payah  curi-curi." Wajah mereka yang tadi dekat kini Ray dekatkan lagi. Jantung Arissa sudah tidak keruan. Macam nak meletup kebaboom.

"Tak payahlah dekat sangat." Arissa bersuara selepas 10 saat memandang wajah Ray. Wajahnya sudah berona merah. Tapi sayang, dia tidak dapat melihat wajah Ray yang sebenar disebabkan topeng yang dipakai Ray. Sedikit kecewa disitu.

"Hek eleh."  Ray menjauhkan wajahnya dari wajah Arissa. Macam dia tidak nampak yang wajah Arissa sudah bertukar merah.

"Ehem." Arissa berdehem menenangkan hatinya yang sudah tidak waras. Sikit lagi nak terkeluar. Dia mencuri pandang Ray yang sedang membuka pintu. Nak keluar mungkin. Dia mengangguk.

"Hah keluar? Oii! Lepaslah dulu ikatan ni! Oii!"

Malangnya Ray sudah keluar dari bilik tersebut.

~vote plss😭😭







[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now