Sudah dua hari dia dikurung didalam bilik tersebut dengan hanya berbekalkan sedikit oksigen. Perut yang meminta makanan tidak dihiraukan. Hanya ingin sedikit air untuk tekaknya yang sudah kering seperti padang pasir. Dia menelan air liur beberapa kali untuk mengelakkan tekak terlalu kering.Sedang dia termenung mengenangkan kehidupannya yang terlalu sedih, pintu bilik tersebut dikuak dari luar. Tepat dengan keadaanya, seorang lelaki masuk sambil membawa sebungkus roti dan sebotol air."Nah. Makanan kau." Lelaki tersebut menghulurkan roti kepada Arissa.
"Roti je?", Arissa mencebik.
"Habis kau nak apa? Stik kuda? Sup harimau? Rendang ular?"
"Peh. Sedap ke tu? Korang pernah makan eh?", Arissa dengan polos bertanya.
"Banyak tanya pula perempuan ni. Kau makan jelah roti ni."
"Takmau."
"Makan."
"Takmau." Arissa sudah memalingkan wajahnya ketepi tanda tidak mahu.
"Maka..."
"Hoi! Makan jelah." Ray yang muncul entah dari mana tiba-tiba bersuara.
"Eh bos." Lelaki tersebut memandang Ray dengan hairan.
"Bukan tadi bos kata nak keluar?"
"Tak jadi."
"Kenapa?"
"Dah kaki aku taknak."
Ray mengeluh. Dia memberi isyarat kepada pembantunya agar meninggalkan mereka berdua. Lelaki tersebut mengangguk faham dan terus keluar. Pintu kembali ditutup. Itu menjadikan bilik tersebut menjadi gelap semula. Ray kemudian berjalan menuju ke pintu. Tiba - tiba bilik yang gelap itu menjadi terang. Arissa mengecilkan matanya kerana cahaya yang terlalu silau.
"Asal kau tak nak makan." Ray menarik sebuah kerusi dan mengambil tempat dihadapan Arissa.
"Tak lapar", jawab Arissa selamba.
"Ceh. Tak lapar konon."
"Aku nak makan nasi bukannya roti."
"Buang tabiatlah kau ni."
"Aku nak makan nasi je bukannya nak makan stik kuda", suara Arissa mengendur. Ada tanda ingin menangis.
"Mengada." Ray mengeluarkan sebungkus nasi lemak dari poket bajunya. Nasib baik muat.
"Buka mulut kau."
"Nak buat apa?"
"Nak goreng ulat dalam mulut kau."
"Eeei." Arissa mengerutkan dahi.
"Buka jelah."
Arissa mengalah. Dia membuka mulutnya.
"Aku malas nak jalan jauh. That's why aku beli nasi lemak je." Ray menyuap sesudu nasi kemulut Arissa.
Arissa terkedu. Tidak pernah sekali pun dalam hidupnya dia disuap. Sekali lagi, tidak pernah. Tiba-tiba air matanya jatuh.
"Kau dah kenapa?" Ray sudah kebingungan.
Tangisan kecil Arissa kini menjadi kuat.
"Pedas sangat ke?"
Arissa menggeleng.
"Kau terharu sebab ?" Ray menangkat keningnya sebelah.
Tangisan Arissa mengecil. Dia memandang Ray dengan mata yang masih berkaca."Sebab dapat makan nasi lemak", Ray menyambung perkataanya yang tergendala tadi.
"Hiks hiks bu-bukan", Arissa menggelengkan kepala. Tersedu-sedu dia menangis.
"Habistu? First time makan nasi lemak eh?" Ray masih kebingungan. Terlalu bingung.
Arissa berhenti menangis. Rasa ingin menangis hilang akibat manusia didepannya ini seperti tiada hati dan perasaan. Ouchh.
"Dah siap menangis?", Ray bertanya. Dia menyandarkan belakangnya dikerusi dan memandang Arissa.
"Mana ada aku nangis." Arissa ingin menyeka air matanya tapi dia baru teringat yang dia masih diikat.
Ray yang masih memandang Arissa tiba-tiba menarik lengan bajunya kedepan dan mengesat air mata Arissa.
Sekali lagi Arissa terkedu. Pantang betul dia bab-bab ini. Rasa nak sambung menangis saja."Aaa." Arissa membuka mulutnya.
Ray berhenti melakukan perbuatannya itu dan kembali menyuap Arissa.
"Letak kacang tu sekali."
Ray hanya menuruti. Diambilnya kacang itu sedikit dan disuapkan ke mulut Arissa. Dia setengah pelik dengan gaya perempuan dihadapannya ini. Sekejap nangis, sekejap biasa. Cepat betul tukar emosi.
"Datang bulan kut", kata Ray kecil.
"Apa kau kata?", Arissa yang setengah dengar menaikkan keningnya.
"Kata apa? Mana ada aku kata apa-apa."
"Oh yeke? Aku salah dengar kut."
"Erm btw nama kau siapa?" Arissa tiba-tiba bertanya.
Ray diam. Dia tidak peduli dengan soalan Arissa.
"Asal diam?
Ray berhenti menyuap. Dia membuka sebuah botol air minuman dan memberi Arissa minum. Selesai sahaja, dia terus menutup botol tersebut dan memandang Arissa.
" Ok ok tak tanya tak tanya."
Dia ketakutan melihat Ray yang masih memandangnya. Walaupun lelaki itu memakai topeng, tapi dia dapat rasakan mata lelaki itu memandang tajam.
" Rayyan. " Ray bersuara.
"Apa yang Rayyan?" Arissa membuat wajah polos.
Ray mengeluh. Dia mengetap gigi. Bengap betul perempuan dihadapannya itu. Patutlah kena jual.
"Kau tanya kan nama aku?"
"A'ah"
"Rayyan."
Arissa masih bingung. Siapa yang Rayyan ni? Dia mendongakkan wajahnya keatas.
"Oooooooouuuuh. Nama kau Rayyan eh? Ok ok faham." Arissa mengangguk-anggukkan kepalanya. Baru dia faham.
"Bengap betul."
Ray juga mendongakkan kepalanya keatas. Dia mahu melihat sama ada namanya tertulis diatas.
"Apa yang kau tengok tu?"
"Taik cicak." Ray menurunkan semula wajahnya. Dia bangkit dan menuju kearah pintu.
"Eh! Kau nak kemana?" Arissa yang perasan Ray ingin keluar terus memanggilnya kembali. Namun Ray tidak menghiraukan panggilan tersebut dan terus keluar. Dia mengeluh berat. Tinggal dia seorang diri lagi didalam bilik tersebut.
𝐇𝐞𝐥𝐩 𝐦𝐞 𝐭𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐤𝐚𝐭 𝐛𝐰𝐡 𝐭𝐮 𝐩𝐥𝐬𝐬😣😭
YOU ARE READING
[C] MY ONLY MAFIA
RomanceSebelum baca jangan lupa follow dan vote untuk support me ^o^. Penulis masih baru dalam dunia penulisan. Mohon maaf jika ada kesalahan ayat ataupun bahasa☺️. (Pls I'm still 15 when I wrote this 🥲 so sorry for those alay 🥹) Saya malas nak tulis sin...