CHAPTER 36💜

67 7 0
                                    

"Sayang. Hubby nak keluar dulu." Rayyan menghulur tangannya.

"Pergi mana?", tanya Arissa sambil menyalam tangan Rayyan.

"Janda taman sebelahlah."

"Hubby. Tak lawaklah." Arissa mencebik.

"Hubby guraulah." Dahi isterinya dikucup sebelum beredar.

"Byeee!"

***********************************************************

Rayyan menggagahkan diri untuk masuk. Dia duduk disebuah kerusi menunggu kehadiran seseorang.

"Tuan." Tabik seorang pegawai polis yang bertugas. Rayyan mengangguk kecil.

"Cis! Tuan? Hahahah lawak."

Rayyan menghela nafas sebelum memulakan perbicaraan.

"Evan. Aku mint maaf."

"Hah maaf?! Maaf kau kata?! Kau khianat kami kau tau tak?!" Evan menghentak meja dihadapannya.

"Listen Evan. Aku bukan pengkhianat.Aku cuma jalankan misi aku", ujar Rayyan.

"Misi? Weyh Ray..

"Bertahun aku berkawan dengan kau. Aku tak sangka kau macam ni. Aku percayakan kau.. Serahkan semua pada kau.. Jadikan kau ketua kitaorang tapi ini yang kau balas!"

"I'm sorry Evan." Dia meraup wajahnya. Rasa bersalah menghimpit jiwanya.

"Tak ada gunanya Ray. Hukuman aku dah ditentukan", kata Evan perlahan.

"Bila?"

"Esok."

Rayyan diam membisu. Mahu sahaja dia membebaskan Evan tapi perbuatannya itu terang-terang salah. Walaupun Evan seorang penjenayah tetap sahaja dia merupakan teman baik Rayyan.

"Ray. Sebelum kau pergi aku nak minta tolong boleh?" Tangannya yang digari itu dilirik.

"Apa dia?"

"Ajar aku syahadah boleh?"

"Kau nak masuk islam?"

Evan mengangguk.

"Kau ikut aku ok?"

"LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah."

Evan mengikuti setiap bait perkataan yang disebut Rayyan. Dan akhirnya dia berjaya.

"Alhamdullillah."

"Jadi kita boleh jumpa kat syurgalah kan?"

Pertanyaan Evan membuatkan Rayyan berkaca-kaca. Air matanya menitik.

"Weyh Van.. Aku

" Tak apalah. Dah memang takdir hidup aku macam ni. Yang penting kau tu jaga Arissa betul-betul.Jangan buat dia nangis."

"Bodoh",maki Rayyan. Makian yang sebenarnya tanda sayang.

"Nanti kalau kau dah ada baby kan.. Bagitahu diorang yang  aku sayang sangat-sangat diorang.Lepastu kau ceritalah fasal aku kat anak kau bila dah besar. Tapi ceritalah yang elok sikit", pesan Evan.

"Ada ke cerita elok fasal kau?", soal Rayyan menyakat.

"Aipp! Adalah." Evan mencebik.

"Hahahahaha..Ok ok. Nanti aku ceritakan yang kau ni baaaik sangat."

Senyuman Evan bertukar kelam. Dia menyesal. Sangat menyesal.

"Tuan. Masa melawat dah habis."

Evan menarik nafas panjang.

"Nampaknya sampai sini saja pertemuan kita. Jangan lupa tau persahabatan kita", ujar Evan. Kesedihannya ditutup. Rayyan mengangguk lemah. Dia tidak sanggup melihat Evan begitu.

"Van!"

Evan menoleh kebelakang.

"Aku akan ingat kau sampai bila-bila."

Evan senyum. Dalam sekelip mata, bayangnya menghilang dari pandangan Rayyan.

"Kita jumpa kat syurga."

[C] MY ONLY MAFIAWhere stories live. Discover now