BAB 07

1.4K 82 4
                                    



"Hai!" Aariz menyapa Nazneen yang sedang melihat bunga-bunga yang ada di taman sekolah mereka.

Nazneen memalingkan wajahnya ke arah kanan dan terpampanglah wajah dingin milik lelaki itu.

"Hai," balas Nazneen kekok. Tidak biasa bila lelaki yang di gelar senior nak berkawan dengan dia.

"Aku nak tanya kau.'' Suara Aariz sudah berubah nada. Kalau tadi biasa sekarang nada serius.

"Awak nak tanya apa?"

"Betul ke budak keju tu serang kau semalam?" Aariz bertanya tentang Juliana.

Dahi Nazneen berkerut halus. Keju? Siapa pula tu.

"Siapa yang keju Aariz?" Pelik Nazneen menyoal.

Aariz tersengih dalam diam. Lupa, budak ni tak kenal budak keju.

"Budak Juliana tu lah, dia ada serang kau kan?" Soal Aariz lagi.

Nazneen memandang Aariz sekilas sebelum mengangguk. Bukan nak mengadu! Tapi Aariz sendiri yang tanya.

Aariz mengepalkan penumbuknya. Keju tu memang nak kena ni!

"Ehh, awak nak kemana Aariz?" Kalut Nazneen menyoal apabila Aariz yang sudah mahu melangkah pergi itu. Risau kalau Aariz marah Juliana ke apa.

"Aku nak pergi tanya keju tu, apahal dia serang kau."

"No!" Bantah Nazneen laju. Kepala di geleng-gelengkan perlahan.

"Why?"

"Saya taknak awak kena denda sebab saya. Dah la Aariz, tak payah tolong saya." Jawab Nazneen sambil memandang bunga mawar yang mekar kembang itu.

Aariz mengeluh berat. Kenapa? Kenapa Nazneen sangat lain daripada gadis lain? Walaupun disakiti berkali-kali tetapi gadis itu tetap gadis itu.

"Aku dah biasa kena denda." Balas Aariz bersahaja. Menipu? Tidak sama sekali.

Ya, dia sudah biasa di denda. Alah setakat denda, kacang je! Cuci tandas dan lari 10 kali keliling padang je.

"Tahulah dah biasa tapi awak kan nak spm. Tak elok buat cikgu marah." Nasihat Nazneen.

"Inara, kau nak tahu sesuatu tak?"

"Tahu apa?" Nazneen mula mengalihkan pandangan ke arah Aariz. Bangku kosong di duduk bersama dengan Aariz.

"Kadangkala, kita tidak boleh terlalu baik. Kadangkala, kita harus bersikap jahat jika tidak mahu orang pijak kita."

Kata-kata Aariz membuatkan Nazneen tertegun seketika. Adakah dia terlalu baik? Nazneen merasakan dia bukan begitu.

"Awak rasa saya baik ke?"

"Ya, kau baik sangat."

Nazneen tersenyum kelat, baik? Dia jauh sekali dari kata baik.

"Kalau saya baik, papa dan mama saya takkan tinggalkan saya." Kata-kata Nazneen berjaya membuatkan Aariz tersentak.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Sebab saya diaorang meninggal." Jawab Nazneen dengan senyuman kelat. Sesungguhnya, dia sangat rindukan papa dan mamanya

Aariz tersentak mendengar balasan gadis itu, automatik matanya memandang Nazneen yang sedang menunduk itu.

"Kau tak boleh cakap macam tu Inara, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hamba tak boleh cakap macam tu." Nasihat Aariz. Jangan pelik kenapa budak nakal cakap macam tu. Walaupun dia nakal tapi ibu dan babahnya memberikan didikkan agama yang betul untuknya.

Mata sendu Nazneen menatap mata Aariz lama. Satu keluhan keluar dari bibir Nazneen.

"Awak diam je, awak tak tahu apa-apa. Awak tak faham apa yang saya lalui." Balas Nazneen dingin.

Aariz mendengus dalam diam. Budak ini, orang nak tolong dia saja. Sombong pula!

Nazneen menjeling Aariz sekilas sebelum berkata. "Awak ada nak cakap apa lagi? Kalau tak ada saya nak masuk kelas dulu."

'Sombong!' Getus hati Aariz bengang.

Ya, Nazneen boleh dikatakan sombong juga. Bukan apa, itu merupakan sikap asli Nazneen.

"Saya tahu awak nak cakap saya sombong tapi saya tak kisah sebab telinga saya da lali dengar orang cakap saya sombong." Balas Nazneen perlahan. Buat apa kisah orang nak kutuk aku ke apa. Ini hidup aku. Aku dah biasa!

Tanpa mempedulikan Aariz, Nazneen berjalan meninggalkan Aariz yang jelas terdiam dengan kata-katanya.

"Walaupun kau sombong sekalipun, kau tetap perlukan kawan. Kalau kau perlukan teman untuk kau meluahkan atau bercerita aku ada untuk kau. Kau boleh bagitahu aku. Aku akan sedia mendengar!" Laung Aariz kepada Nazneen yang sudah berjalan jauh meninggalkannya.

Kenapa? kenapa Aariz sanggup berkata begitu kepada Nazneen? Aariz juga tidak faham mengapa. Mungkin kerana Nazneen sangat berbeza dengan gadis lain, mungkin.





NAZNEEN POV

Aku berjalan menuju ke kelas, tetapi tidak sampai jauh aku berjalan. Suara Aariz yang berkata membuat langkah kaki terkaku.

"Walaupun kau sombong sekalipun, kau tetap perlukan kawan. Kalau kau perlukan teman untuk kau meluahkan atau bercerita aku ada untuk kau. Kau boleh bagitahu aku. Aku akan sedia mendengar!"

Laungan Aariz membuatkan aku kaku seketika. Betul ke apa yang lelaki itu katakan? Aku tetap perlukan kawan. Tetapi cukuplah Irsa seorang saja yang menjadi kawan aku.

'Aku tak perlukan kawan Aariz. Aku cuma perlukan sokongan dari keluarga aku. Itu sudah cukup untuk aku Aariz.'

Tetapi aku hanya mampu berkata di dalam hati. Aku tidak ada semangat untuk meluah lagi. Aku penat dengan dunia yang penuh dengan drama ini.

Tanpa membalas kata-kata Aariz, aku berlalu jalan kembali. Mereka hanya tahu berkata. Aku yang menanggung rasa sakit ini selama 4 tahun.

"Pa, ma, Inara rindu korang," ujarku perlahan. Tanpa sedar, air mataku mengalir menuruni pipi. Sungguh, aku hanyalah hamba Allah yang lemah.

END NAZNEEN POV.










Tbc..

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now