"Aku nak korang langgar dia! Jangan sampai tersalah target. Korang langgar dia bila dia seorang diri. Kalau dia dua orang jangan pandai-pandai nak langgar dia." Arah Lashira tegas kepada dua anak buahnya.
"Baik boss." lalu kedua-duanya berlalu pergi meninggalkan Lashira keseorangan diri di dalam rumah usang itu.
"Sekejap lagi kau akan rasa pembalasan aku Nazneen. HAHAHAH." Lashira ketawa bagaikan orang gila di rumah usang itu.
"Sayang sabar ya, tak lama lagi hidup kita bahagia tanpa gangguan betina tu." Uarnya seorang diri. Tangan naik mengusap sekeping gambar Aariz yang sedang memakai baju raya dua tahun lepas. Gambar itu masih lagi cantik walaupun sudah 2 tahun berlalu.
"Mama, sikit lagi Lashira nak berjaya mama. Bila Lashira berjaya, Lashira akan kahwin dengan Aariz kesayangan Lashira. Mama kena restu Lashira ya, HAHAHA. Kalau kau tak restu sekalipun aku tetap akan kahwin dengan dia! Aariz milik aku sampai bila-bila. Kau betina hanya penganggu hubungan aku je!" Bagaikan dirasuk Lashira menikam-nikam satu anak patung beruang. Dirinya membayangkan bahawa yang ditikamnya ialah Nazneen.
"Mampus kau!" Dia tikam anak patung beruang itu sehingga terkeluar semua kapas yanga di dalamnya.
"MAMPUS! HAHAHA." Gelak Lashira seorang diri. Lashira bagaikan orang gila, sekejap menangis, sekejap ketawa dan sekejap gembira.
♡︎♡︎♡︎♡︎♡︎
"Ada apa nak jumpa kami?" Tanya Irsa memulakan perbualan. Wafa dan Juliana yang berada di hadapan di pandang.
"Kami sebenarnya nak minta maaf dengan korang berdua." Tutur Wafa ikhlas.
"Kenapa korang nak minta maaf dengan kami?" Woal Nazneen sengaja. Matanya memandang anak mata Wafa dan dia dapat lihat keikhlasan Wafa memohon maaf kepada mereka.
"Kami tahu, kami dah buat banyak salah dengan korang dan kami mengaku yang kami ni tak layak di maafkan tapi kami nak sangat minta maaf dengan korang berdua. Kami tak tenang selagi tak minta maaf dengan korang berdua. Kami betul-betul menyesal dengan apa yang kami buat dengan korang lapan tahun lepas." Kata Juliana pula.
Nazneen mengukirkan senyuman manis. Khas hanya untuk Wafa dan Juliana. Baguslah jika mereka sudah berubah kepada yang lebih baik.
"Aku maafkan korang berdua. Siapalah aku tak boleh nak maafkan korang. Lagipun, waktu itu korang tak matang lagi. Sama macam aku, pemikiran waktu tu masih pemikiran budak-budak. Masih mentah, tak ada sebab untuk aku taknak maafkan korang sedangkan Allah maha pengampun. Allah ampunkan segala dosa hambanya jika hambanya bertaubat. Sedangkan dia maha pengampun inikan pula aku manusia biasa. Yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dia." Jawab Nazneen panjang.
Air mata Wafa dan Juliana mula bertakung di kelopak mata mereka. Tunggu masa untuk jatuh menyembah bumi sahaja. Sungguh mulia hati Nazneen, walaupun sudah di sakiti berkali-kali. Sungguh mereka tidak faham mengapa Lashira sangat berdendam dengan gadis baik seperti Nazneen.
"Terima kasih Nazneen!" Lalu kedua-dua mereka bangun dan memeluk Nazneen erat. Air mata mereka sudah mengalir di pipi. Mereka terharu kerana Nazneen sangat baik kepada mereka. Mata mereka teralih memandang Irsa pula. Wajah gadis itu kelihatan tegang.
"Irsa, kau tak boleh maafkan kitaorang?" Soal Juliana perlahan. Wajahnya di tunduk memandang lantai. Sungguh hatinya tidak tenang sebelum mendapat kemaafan Irsa.
"Siapa kata aku tak maafkan korang? Aku dah lama maafkan korang. Lagipun korang kan pernah jadi kawan aku. Kalau Nazneen boleh maafkan korang ini kan pula aku. Aku dah lama maafkan korang dua, cuma Lashira aku tak faham. Kenapa dia sangat berdendam dengan adik aku. Aku betul-betul tak faham." Luah Irsa tersenyum pahit. Sampai bila Lashira mahu berdendam dengan Nazneen? Sampai bila? Sesungguhnya, dia penat dengan semua ni.
"Kami tak tahu, sudah berbuih mulut kami bertanya tapi apa yang kami dapat hanyalah tengkingan dia." Balas Juliana kecewa.
"Betul tu, aku pun dah tak sanggup hidup macam ni. Kalau kitaorang ambil berat tentang dia pun, dia marah kitaorang. Kitaorang dah tak tahu nak buat apa dah." Ujar Wafa pula.
Sedih dia melihat wajah Nazneen. Apabila melihat wajah Nazneen automatik dia terlihat wajah Lashira yang penuh dendam memandang Nazneen. Dia tidak boleh!
"Emm, nak buat macam mana. Aku harap dendam dia tak mudaratkan diri dia. Walaupun dia musuh aku, tapi aku takkan berdoa benda yang pelik untuk musuh aku. Aku hanya dapat berdoa biar dia kembali ke jalan yang benar." Ujar Nazneen tulus dari hati. Wafa dan Juliana dapat melihat ketulusan Nazneen melalui mata Nazneen sendiri.
"Kitaorang tak boleh nak buat apa-apa untuk korang, tapi Nazneen aku hanya dapat berpesan untuk kau."
"Kenapa Juliana?" Tanya Irsa. Tiba-tiba dia dapat rasakan jantung dia berubah rentak. Dia takut jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada Nazneen.
"Mulai dari harini, kau kena hati-hati Nazneen. Aku tahu Lashira mula rancangkan sesuatu. Aku takut kau jadi mangsa rancangan gila dia nanti. Aku harap sangat kalau kau nak pergi mana pergi berdua. Aku risau dia bertindak luar kawalan." Pesan Juliana.
Wajahnya jelas menunjukkan dia risau. Risau kepada Nazneen dan Lashira. Lashira dia risau jika bertindak di luar kawalan dan Nazneen dia risau jika menjadi mangsa rancangan Lashira.
Walaupun dia tak tahu apa yang dia rancangan oleh Lashira tapi dia yakin Lashira merancangkan sesuatu yang bahaya kerana di sudah kenal dengan Lashira selama 10 tahun. Semua perangai buruk Lashira dia sudah hadam.
"InsyaAllah Juliana, Wafa. Jangan risaukan aku. Kalau dia takdirkan aku pergi dahulu nak buat macam mana kan?" ujar Nazneen tersenyum pahit.
"Apa kau cakap macam tu! Aku tak suka kau cakap benda macam tu Nazneen. Tak lawak benda macam ni!" Serentak Wafa, Juliana dan Irsa berkata.
"Aku cakap apa yang betul. Jodoh, ajal, maut dan rezeki semua ditangan Allah. Kita semua tak tahu apa akan jadi di masa depan."
"Ya aku tahu tapi kau jangan cakap macam tu. Aku takut!" Ujar Irsa sambil memeluk tubuh adiknya diikuti oleh Juliana dan Wafa.
"Tapi aku yakin kau akan baik-baik je." Kata Wafa yakin walhal hatinya sudah berbolak-balik dari tadi. Dia merasakan akan ada hal yang buruk akan berlaku lepasni. Tetapi semua rasa itu ditepis. Dia tidak mahu berfikir negatif.
Tbc..
YOU ARE READING
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]
Romance𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5...