BAB 47

1.3K 48 6
                                    


Aariz melangkah keluar dari tandas setelah selesai membersihkan diri. Hari ini genap seminggu Nazneen koma.

Kawan-kawan baik Nazneen ada juga datang melawat tapi apabila melihat keadaan Nazneen begitu, mereka semua pula yang sebak dan menangis.

"Bila kau nak sedar sayang? Aku rindu kau." Aariz mula bercakap dengan Nazneen. Inilah, hobi Aariz sejak seminggu lalu. Jika ada masa terluang, Aariz akan bercakap dengan Nazneen walaupun Nazneen tidak memberikan sebarang respon.

Tangan Nazneen di capai lalu di kucup seperti biasa. "Aku harap kau cepat sedar. Aku rindu nak gaduh manja dengan kau, aku rindu nak dengar suara kau dan aku rindu semua tentang kau. Semua tentang kau, aku tak pernah jemu. Bangunlah sayaang..." tetapi hanya sia-sia. Tubuh Nazneen hanya terbaring kaku disitu. Aariz mengeluh perlahan. Dahi Nazneen dikucup sebelum melangkah ke arah sofa. Disitu lah di tidur waktu malam selama seminggu ini. Dia rela, tidur disitu kerana kalau Nazneen sedar, Nazneen akan lihat wajah dia yang pertama.

Keluarganya yang lain melarang tapi siapa saja tidak kenal Aariz. Seorang yang keras kepala.

Tentang siapa yang melanggar Nazneen itu sudah mereka tahu dalangnya, dan sangkaan Irsa dan Nazril tepat bahawa Lashira la, yang mengupah orang untuk melanggar Nazneen.

Kini, Lashira menjadi buruan polis manakala konconya sudah ditahan polis 4 hari lepas. Sebenarnya, Lashira tidak mempunyai masalah mental pun, tapi perangainya begitu seolah-olah mempunyai penyakit mental. Walhal perempuan tu sihat walafiat je.

Baru saja Aariz ingin melelapkan mata tetapi Aariz melihat seolah-olah jari Nazneen bergerak.

Laju saja dia bangun dari baringannya, katil Nazneen dituju. Dia melihat sekali lagi, tetapi kini tiada gerakkan tangan Nazneen membuatkan dia mengeluh. Mungkin itu hanya halusinasi dia saja.

Baru saja dia ingin melangkah ke sofa semula, jari Nazneen bergerak lagi dan mata Nazneen perlahan-lahan terbuka. Bersusah-payah Nazneen membuka matanya.

"Kau dah sedar? Kejap aku panggilkan doktor." ujar Aariz gembira. Dia melangkah ke luar dari wad untuk memanggil doktor.

Tidak lama kemudian, Aariz muncul bersama Doktor Nizam dan seorang jururawat.

"Encik Aariz sila tunggu di luar. Saya akan periksa keadaan Puan Nazneen sekejap." arah Doktor Nizam.

Aariz dengan langkah longlai lalu pintu ditutup oleh jururawat. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi yang disediakan untuk menunggu.

Wajah diraup lemah. Dia berharap isteri dia akan maafkan dia. Dia sudah tidak sanggup untuk hadap semua masalah ini.

Beberapa minit kemudian, doktor Nizam dan beberapa orang jururawat keluar.

Doktor Nizam memandang Aariz dengan senyuman.

"Isteri encik telah sedar sepenuhnya, cuma saya harap encik tidak akan menambahkan tekanan isteri encik kerana isteri encik mengandung anak pertama. Tangan kiri isteri encik yang patah akan sembuh sepenuhnya dalam sebulan lagi dan nasib encik baik sebab ingatan isteri encik masih elok." ujar Doktor Nizam sambil bergurau.

Aariz hanya tersenyum hambar mendengar lawak doktor Nizam yang tidak menjadi. Nak gelak kuat-kuat kesian pula dengan doktor Nizam.

"Saya dah boleh jumpa isteri saya?"

"Sudah tentu tapi seperti yang saya bagitahu tadi, jangan berikan isteri encik tekanan." ujar Doktor Nizam sebelum berlalu pergi.

Aariz menarik nafas panjang sebelum membuka pintu.

Klak!

Pintu terbuka, Aariz melihat isterinya yang sedang termenung jauh.

"Sayang..." panggil Aariz perlahan. Kerusi yang ada disitu menjadi tempat Aariz duduk.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now