BAB 30

1.1K 49 6
                                    

Sejak dua menjak ini Nazneen perasan akan perubahan yang berlaku terhadap Irsa. Irsa selalu saja berkurung di bilik jika cuti dan selepas saja makan malam, bilik akan menjadi destinasinya.

Irsa juga sudah tidak banyak cakap seperti dahulu. Irsa sekarang ialah Irsa pendiam. Jika di tanya sepatah, sepatah di jawab.

"Korang perasan tak Irsa banyak berubah sekarang ni?" Soal Farah mengeluarkan pendapatnya. Tengok, bukan Nazneen sorang je perasan akan hal itu tapi kawan mereka yang lain juga perasan.

Mereka sekarang ni sedang berkumpul seperti biasa tapi malam ini sedikit lain kerana Irsa tidak menyertai mereka semua.

"Aku ingat, aku je rasa macam tu. Kau pun rasa juga." Balas Nazneen sambil menikmati makanan yang ada di hadapannya.

"Korang tak rasa pelik ke?" Syakil bertanya kepada mereka yang lain.

Ternaik kening kesemua yang ada disitu "Pelik?" Serentak mereka menyoal. Pelik? Kenapa nak pelik? Maybe Irsa macam tu sebab stress ke apa.

"Ha'ah Irsa tak pernah macam ni tau. Irsa sekarang ni lebih kepada pendiam. Sebab tu aku rasa pelik." Jelas Syakil dengan lebih terperinci.

"Entah-entah dia ada masalah." Tebak Ameera dengan wajah terkejut.

Maleeq meletakkan jarinya di dagu seakan berfikir. "Naz, aku tak bolehlah Irsa macam ni. Aku rasa tak best kalau Irsa macam tu. Boleh tak balik nanti kau tanya dia? Aku rasa Irsa memang ada masalah wei." Tutut Maleeq risau.

Mereka sudah berkawan dengan Irsa melebihi 7 tahun tapi perangai Irsa seminggu ini sangat pelik dan menjadi tanda tanya buat mereka.

"Nanti aku balik, aku akan soal jawab Irsa. Korang jangan risau." Ujar Nazneen tersenyum nipis. Risau betul mereka semua kepada Irsa.

"Terima kasih Naz, kau tahu kan, kami ni risau dekat budak tu. Yalah, selalunya happy je tapi tiba-tiba berubah mana tak peliknya." Kata Ameer tersenyum hambar.

"Tak payah terima kasih, Irsa kakak aku juga. Aku sebagai adik haruslah tolong dia seperti mana dia tolong aku waktu aku susah." Kawab Nazneen. Memang betul Irsa banyak menolongnya waktu susah. Jadi, waktu ni dialah pula kena tolong Irsa. Lagipun Irsa bukan orang lain.

"Tanya elok-elok Naz, jangan berdebat pula nanti." Ujar Rafique selamba. Air coklatnya dihirup perlahan. Sedapnya! Rasa air coklat panas itu sesuai dengan suasana hujan dan sejuk waktu itu.

Nazneen menjeling Rafique tajam. "Kau ingat aku ni kaki debat ke? Aku rasa Irsa macam tu, aku tanya sepatah berpuluh-puluh dia balas." Kutuk Nazneen selamba.

"Wow! Sejak bila Nazneen Inara ni suka mengutuk orang?" Perli Syakil sambil tergelak kecil. Memang betul, Nazneen jarang mengutuk orang.

Nazneen menayangkan sengihannya. "Sejak aku ada tunang."

Mereka mencebik serentak. Sejak ada tunang konon. Puih! "Gedik!" mereka berkata serentak.

"Suka hati aku la!"

"Eleh, apa si kutub utara ajar kau hah? Makin gedik ni?" Tanya Syakil tak puas hati. Apa mamat tu ajar adik dia ni?

"Kau nak salahkan tunang aku kenapa?"

"Dah salah dia. Siapa suruh ajar adik aku jadi gedik." Ujar Syakil masih menyalahkan adik ipar abang Nadzir.

"Suka hati kaulah, kalau dia tahu masaklah kau." Balas Nazneen tersenyum sinis.

Syakil mencebik. "Kalau kau tak pecahkan rahsia, rahsia takkan terbongkar." Jawab Syakil spontan.

"Kau ingat aku ni jenis mulut lepas macam tu ke? Aku fikirkan dulu tau." Tutur Nazneen seakan berjauh hati. Apa Syakil ingat dia mulut tempayan ke?

Nazneen melepaskan keluhan lemah. Dia bangun berdiri kawan-kawannya di pandang.

"Aku balik dulu." Pamit Nazneen lalu meninggalkan semua kawannya yang terpinga-pinga di situ.

Semua memandang Syakil tajam. "Kenapa? Aku ada salah cakap ke?"

"Ya! Kenapa kau cakap Naz macam tu. Kau pun kenal Naz kan? Dia bukan yang jenis mulut macam tu." Bebel Farah bengang.

Ameera dan Farah bangun lalu meninggalkan kesemua lelaki itu tanpa pamitan langkah Nazneen di ikut laju.

"Lain kali, mulut tu jaga sikit. Mestilah Naz terasa." Ujar Rafique pula. Tergeleng kepala Rafique melihat perangai Syakil itu.

"Tahu pun diam. Lain kali jangan main lepas je." Sindir Ameer pula.

Maleeq menepuk bahu Syakil perlahan. "Minta maaf dengan Naz. Aku yakin Naz tak marah kau cuma dia terasa sikit je." Nasihat Maleeq.

Terdiam Syakil mendengar kata-kata semua kawannya. "Yalah, nanti aku minta maaf. Aku tahu aku salah." Ujar Syakil rasa bersalah.

Rafique, Ameer dan Maleeq mengukirkan senyuman lalu mengangguk.

"Baguslah, minta maaf dengan adik kau tu."

Tbc..

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now