Lashira menghempaskan segala barangnya ke lantai.
"Argh! Tak guna punya betina!" jerit Lashira sekuat hati. Sakit hatinya apabila melihat Nazneen dan Aariz makan tengah hari bersama.
"Lashira, kau okay tak ni?" suara Juliana kedengaran risau di luar bilik Lashira.
"Aku okaylah! Kau jangan sibuk hal aku boleh tak!" bentak Lashira kepada Juliana.
"Aku risaukan kau Lashira." suara Juliana kedengaran lagi. Tak putus asa dia memujuk kawannya. Kerana dia tahu kawannya itu lain dari yang lain.
"Kau jangan sibuk boleh tak?! Jangan ganggu aku lah!" tengking Lashira kuat.
Setelah di tengking begitu suara Juliana tidak lagi kedengaran. Fade up mungkin.
"Kau takkan hidup bahagia Nazneen Inara! Di sebabkan papa kau, bapak aku mati! Dan disebabkan papa kau mak aku gila! Tak lama lagi kau akan rasai penderitaan yang aku rasakan!" ujar Lashira penuh dendam.
Gambar Nazneen yang sedang tersenyum manis itu di tikam-tikam berulang kali.
"Sikit lagi kau pula yang menderita betina! HAHAHAHA." suara ketawa Lashira kedengaran kuat di dalam bilik itu. Tetapi tidak lama kerana
"Mama kenapa mama tinggalkan Lashira seorang diri dekat sini? Lashira nak ikut mama, tapi tak apa tak lama lagi mama akan bebas dari situ. Lashira akan buat apa saja untuk keluarkan mama." Lashira mula menangis seorang diri disitu.
♡︎♡︎♡︎♡︎♡︎
"Wafa, aku risaukan Lashira." ujar Juliana sambil mundar-mandir di ruang tamu.
Wafa yang sedang menonton drama itu memutar bebola matanya malas. "Buat apa nak risaukan perempuan tu. Buang masa je Liana." balas Wafa malas.
"Kau tak kesian ke dekat Lashira? Aku kesian tengok dia macam tu. Dia kawan kita Wafa." ujar Juliana lemah. Dia simpati dengan kawannya.
"Kau nak aku kesian macam mana? Dah berbuih mulut kita nasihatkan dia tapi apa yang kita dapat? Kita kena tengking adalah."
Kini giliran Juliana pula terdiam. "Aku ingat aku nak pergi jumpa Nazneen dan Irsa. Aku nak minta maaf. Kau ikut aku?" tanya Wafa kepada Juliana.
"Aku nak ikut tapi macam mana dengan Lashira? Kalau dia tahu habislah kita. Kau tahu apa dia boleh buat kan? Aku takut keluarga aku kena tempias juga. Lagipun aku memang menyesal gila dengan perbuatan aku dekat dia orang lapan tahun lepas." Ujar Juliana menyesali segala perbuatannya.
"Aku pun sama, aku dah taknak berdendam dengan Nazneen. Dia tak buat salah apa pun dekat kita tapi aku je yang terkena hasutan Lashira. Sampai sekarang aku tak faham kenapa Lashira begitu marah dengan Nazneen. Kalau aku tanya mesti dia marah aku." Kata Wafa. Walaupun Lashira telah menikam belakang dia tapi dia sendiri tak mahu perempuan yang pernah di gelar sahabat itu terus hanyut dengan dendam duniawi. Kalau boleh dia mahu Lashira bertaubat sebelum terlambat.
Juliana mengeluh buat sekian kalinya. "Semua kau cakap memang betul tapi kita tetap kena pergi minta maaf dengan Nazneen dan Irsa sebelum terlambat. Aku rasa bersalah sangat dekat Nazneen dan Irsa. Yalah, sekarang ni kita makin matang. Kalau dulu bolehlah Lashira suruh kita itu ini, tapi sekarang ni kita dah dewasa kita boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Walau apapun yang Lashira buat aku tetap akan maafkan dia sebab dia kawan aku. Aku kesian dengan dia sangat." Tutur Juliana tulus dari hati.
YOU ARE READING
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]
Romance𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5...