BAB 31

1K 46 6
                                    

Irsa termenung sendirian di gazebo. Otaknya ligat memikirkan tentang bekas kekasihnya.

"Irsa.." panggil Nazneen setelah tiba disitu. Semalam masa dia balik rumah Irsa sudah tidur, tidak sempat mahu bertanya kepada kakaknya itu.

"Hmm," sahut Irsa yang masih lagi termenung. Nazneen menghelakan nafas. Wajah Irsa yang termenung itu di pandang simpati.

"Kau ada masalah?"

"Tak adalah, kenapa?" Soal Irsa kembali kepada Nazneen.

"Yeke? Aku rasa kau ada masalah, cuba cerita dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau." Pujuk Nazneen sambil memegang tangan Irsa.

"Tak ada." jawab Irsa mendatar.

"Tipu!"

"Taklah."

"Tipu! Bagitahu aku Dahlia Irsa." Ujar Nazneen keras.

Irsa menarik nafasnya apabila mendengar suara keras adik susuanya. "Okay, aku bagitahu kau." Kata Irsa, wajahnya kembali mendung.

Nafas ditarik dan wajah Nazneen di pandang.

"Dia curang dengan aku, aku nampak dia dengan perempuan gatal itu keluar hotel! Dia curang Nazneen!" Rintih Irsa lirih. Tubuh adiknya di peluk untuk melepaskan rasa kecewanya.

Tersentak Nazneen mendengar luahan Irsa. Tangan naik mengosok belakang Irsa. Simpati kepada kakaknya, boleh pula boyfriend curang.

"Bukan sekali itu aku nampak dia keluar hotel dengan perempuan tu, tapi dah banyak kali. Kali pertama aku boleh sabar lagi. Kalau banyak kali aku dah tak boleh sabar. Sabar aku pun ada hadnya. Waktu diaorang masuk hotel sekali lagi, aku telefon jabatan agama islam, aku perangkap diaorang sampai diaorang kahwin," Irsa teresak kecil sebelum menyambung ceritanya. Hati kekasih mana tak sakit bila kantoi curang?

"Kalau dah suka kenapa kenapa kena berzina? Kenapa tak kahwin? Aku rela lepaskan dia sebab aku taknak lelaki yang pernah aku sayang terus buat maksiat. Aku rela biar pun aku yang kecewa sekarang ni. Aku harap sangat diaorang bahagia, berbaloi sikit pengorbanan aku ni." Jelas Irsa sambil tertawa hambar.

Terkedu Nazneen mendengar penjelasan Irsa. Irsa jadi macam ni sebab taknak orang yang dia sayang melakukan maksiat? Tapi Irsa? Irsa kecewa seorang diri.

"Aku tahu kau kuat. Aku yakin keputusan yang kakak aku buat tak pernah salah." Kata Nazneen senyum manis kepada Irsa.

"Terima masih Naz kau sudi bertanya. At least, aku ada tempat meluahkan."

"Apa salahnya? Aku adik kau! Ingat tu."

Irsa menganggukkan kepalanya. "Tapi wei, aku gembira pula buat dia macam tu."

"Kenapa?"

"Yalah, daripada diaorang buat maksiat lebih baik aku satukan diaorang walaupun cara aku tu salah. Kalau lelaki itu dah tak sayang aku sepatutnya dia bagitahu aku, bukannya curang. Nasib baik aku yang nampak, kalau tokwan? Kau rasa macam mana?"

"Ha'ah, tapi macam mana kau perangkap diaorang?" Soal Nazneen pelik.

"Waktu tu, aku nampak diaorang masuk hotel urm kebetulan aku ada dekat kawasan tu. Aku pun tengoklah kereta tu, kereta sama macam bekas boyfriend aku. Aku pun ikutlah, ikut punya ikut diaorang pun masuk hotel. Diaorang tempah bilik and then aku ikut lagi sampailah diaorang masuk bilik. Sebab aku nak tahu bilik diaorang nombor berapa. Aku nekad aku kena jalankan juga rancangan aku supaya diaorang kahwin walaupun cara aku buat tu salah."

Irsa menghentikan ceritanya sebelum menyambung kembali. Nafas ditarik dan dihembus.

"Lepas je diaorang masuk bilik, aku pun call jabatan agama islam. Aku bagitahulah dia detail. Dan ya, orang agama islam pergi serang. Aku nampaklah di sebalik orang-orang tu semua. Lelaki tu hanya pakai bathrobe. Kau rasa apa diaorang buat?" Jelas Irsa panjang. Tak guna mahu merasa kecewa, semua sudah terjadi. Lagipun ini juga rancangannya untuk satukan manusia-manusia itu.

"Ouh, I see." ujar Nazneen. Bangga dia dengan Irsa, Irsa tak fikirkan tentang perasaan dia waktu itu.

"Dah aku taknak kau sedih-sedih lagi, kau kena buka buku baru. Buktikan dekat dia, kau boleh bahagia tanpa dia." Tutur Nazneen memberi semangat kepada Irsa.

"Ya, aku boleh. Terima kasih lagi Naz!" Irsa tekad, dia tidak boleh berpaling ke belakang lagi. Yang berlalu biarlah berlalu, dia hanya manusia untuk menghukum lelaki tu. Biarlah kejadian itu yang menjadi pengajaran buat lelaki itu dan perempuan itu. Dia pasrah dan redha. Itu sudah takdir lelaki itu bukan jodohnya.

Tbc..

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now