BAB 26

986 47 6
                                    

Lashira menggengam kuat tangannya. Berita tentang pertunangan Aariz dan Nazneen sudah sampai ke telinganya.

"Tak guna punya perempuan!" Jerit Lashira sekuat hati.

"Argh!" Jerit Lashira kuat. Telefon miliknya di lempar kuat sehingga hancur berderai.

Hatinya sungguh sakit melihat wajah Nazneen bersama Datin Hasnila di dalam gambar yang di hantar oleh konconya.

Gambar Datin Hasnila menyarungkan cincin ke jari Nazneen.

"Kau ingat kau akan bahagia ke perempuan? Tak aku takkan biarkan kau bahagia. Selagi dendam aku tak berbalas!" Pisau yang ada berdekatannya di ambil lalu di goreskan ke lengannya.

"Aku akan buatkan kau rasa sakit ini malah lebih sakit dari yang kau jangka, HAHAHA. Tapi bukan sekarang, sekarang kau bahagia saje dulu." Kata Lashira tersenyum sinis.

Wafa dan Juliana yang mendengar segala perbualan Lashira di sebalik pintu itu menekup mulut mereka.

Perangai Lashira semakin menjadi-jadi. Mereka harus membuat sesuatu. Nyawa Nazneen yang akan menjadi mangsa jika mereka terlewat.

♡♡♡♡♡

Nadzir dan Aileen yang sedang menjamu selera mereka tersentak apabila deringan telefon Nadzir.

"Siapa call abang?" Soal Aileen kepada Nadzir setelah suaminya itu selesai menjawab panggilan.

"Penyiasat peribadi abang. Dia cakap dia dah jumpa semua yang abang minta. Dia dah hantar semua maklumat itu di whatsapp." Ujar Nadzir gembira.

"Betul ke Nazneen tu adik abang? Cuba abang tengok. Leen tak sabar nak tengok juga." Kata Aileen tersenyum manis. Dia gembira juga suaminya itu gembira.

"Kejap sayang." Balas Nadzir bersama senyuman.

5minit kemudian...

Nadzir menutup mulutnya yang sedikit ternganga. Di dalam itu tertulis bahawa Nazril dan Nazneen merupakan adik kandungnya.

"Sayang, Nazneen dan Nazril adik abang sayang." Ujar Nadzir dengan mata berkaca. Tubuh isterinya di peluk erat. Dia gembira dan gembira! Pada hari pertunangan adik iparnya, dia mengetahui berita gembira itu.

"Ya Allah betul ke bang? Alhamdulillah, sayang ikut gembira jika abang gembira. Doa abang selama ni untuk berjumpa adik-adik kandung abang akhirnya tercapai." Kata Aileen pula.

"Teman abang jumpa Nazneen." Tutur Nadzir dengan penuh pengharapan memandang isterinya.

Aileen tersenyum dan mengangguk. "Untuk suami Leen, semua boleh."

♡♡♡♡♡

Nazneen yang sedang bersembang dengan Farah, Ameera, Irsa, Syakil, Ameer, Rafique dan Maleeq tersentak apabila Nadzir tiba-tiba saja datang lalu memeluk Nazneen erat.

Nazneen terkebil-kebil memandang bakal birasnya. Kenapa?

"Encik ni kenapa? Kenapa tiba-tiba peluk adik saya?"

"Along ni kenapa? Kenapa tiba-tiba peluk Naz?"

Serentak Nazril dan Syakil bersuara. Kedua-duanya memandang Nadzir tajam.

"Adik.." lirih Nadzir berkata tanpa mempedulikan soalan kedua-dua adiknya.

"Adik?" Serentak mereka yang lain bertanya. Jelas semua di wajah mereka yang mereka tidak faham apa yang terjadi.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now