Suasana ruang tamu rumah Datin Hasnila dan Dato'Hasnila kelihatan tegang.
"Kenapa Aariz buat Naz macam tu?" Soal Dato'Hasrul mendatar. Wajah anak lelaki bongsunya di pandang.
"R-Riz terpaksa." Jawab Aariz tergagap-gagap. Wajahnya di tundukkan apabila melihat pandangan helang Auliya, Ammar, Nadzir dan Aileen.
"Terpaksa Riz cakap? Terpaksa sampai tak makan masakan isteri sendiri. Terpaksa sampai tengking Naz! Macam tu?" Soal Ammar Qairul bengang. Dia tidak pernah mengajari adik lelakinya untuk membuat begitu kepada seorang isteri. Jika mempunyai masalah sepatutnya selesaikan baik-baik bukan dengan cara macam tu.
Aariz diam mendengar amarah abang sulongnya. Rasa menyesal mula terbit.
"Ibu kecewa dengan Riz, ibu ingat Riz takkan ulang silap ibu dan baba dulu. Tapi ibu silap, Riz ulang silap ibu dan baba dulu." Ujar Datin Hasnila kecewa. Dalam kesemua anak-anaknya. Masalah Aariz paling besar. Lain pula dengan kedua kakak dan abangnya.
"Ibu, dengar penjelasan Riz."
"Penjelasan apa lagi?! Sekarang Naz pergi entah kemana!" Tengking Aileen pula. Dia turut berasa marah akan tindakan bodoh Aariz. Muka je handsome tapi sayang bodoh.
"Leen, dengarlah dulu apa yang Riz nak cakap tu." Pujuk Nadzir tenang. Walaupun adiknya yang pergi entah kemana sekarang ni tapi dia tak boleh salahkan Aariz seratus peratus kerana dia tahu apa yang terjadi. Dia tahu semuanya.
"Dengar apa? Riz ni dah melampau! Sampai hati dia buat adik ipar kak Liya macam tu!" Marah Auliya pulak. Jika diikutkan rasa marahnya, memang dah lama dia bantai Aariz sehingga lebam.
"Sayang, sayang kenalah dengar penjelasan Riz juga. Kesian dekat dia, kalau semua orang taknak dengar penjelasan dia tapi semua asyik salahkan dia." Pujuk Syed Faaeq pula.
Semua yang berada diruang tamu itu menghembuskan nafas berat. "Jelaskan dari a hingga z." Arah Dato'Hasrul dingin. Dia tidak menyangka dia mendidik Aariz tidak betul. Dia ingat dia sudah mendidik Aariz dengan baik dan betul tapi hampeh betul...
"Lashira, Lashira ugut Riz."
"Perempuan tu nak apa lagi?!" Soal Auliya melenting. Perempuan gedik tu nak apa lagi?
"Angah kenal perempuan tu?" Sampuk Nur Husna sedari tadi diam.
Auliya mengangguk dalam keadaan marah. "Perempuan tu, yang selalu buli Nazneen dari zaman sekolah."
Menderau darah Nadzir hingga naik ke wajah mendengar balasan kakak iparnya. Perempuan tu? Dia kenal perempuan tu kerana Syakil selalu ceritakan tentang kejahatan Lashira kepada adiknya.
"Lashira ugut Riz yang dia akan cederakan isteri Riz kalau Riz tak ikut kata-kata dia." Ujar Aariz bersama wajah sayu. Dia baru saja kehilangan isteri dia, kemana agaknya isteri dia pergi.
"Yang kau bodoh pergi ikut cakap betina tu kenapa? Kenapa tak bincang elok-elok?" soal Ammar Qairul kasar. Panggilan juga sudah berubah aku dan kau.
Berubah terus riak wajah Aariz mendengar soalan alongnya. Memang betul, dekat sini dia yang salah. Salah dia tidak berbincang dengan isteri dia. Salah dia sebab layan isteri dia begitu dan salah dia di atas persalahfahaman antara dia dan isteri dia.
"Maafkan Riz..."
Datin Hasnila menggelengkan kepalanya. "Bukan dengan kami tapi dengan isteri kamu. Kamu sakitkan hati dia sebagai seorang isteri. Kamu tengking dia, kamu layan dia acuh tak acuh dan kamu tak makan semua masakkan dia." Bidas Datin Hasnila selamba. Biar anak bongsunya terasa.
Aariz menundukkan kepalanya. Air mata yang ingin mengalir di tahan sebaik mungkin. Takkan dia nak menangis depan ahli keluarga dia pula.
"Sekarang ni abang Nad nak tanya Riz. Riz cintakan adik abang atau tak? Kalau Riz tak cintakan adik abang, Riz hantar dia balik ke pangkuan keluarga kami balik. Adik abang layak bahagia setelah bertahun-tahun dia menderita Riz." Luah Nadzir sebak. Semua tentang Nazneen selama lapan tahun ini dia tahu, dibuli dan bermacam-macam lagi yang adiknya hadapi.
YOU ARE READING
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]
Romance𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5...