Majlis persandingan Aariz dan Nazneen diadakan di hotel.
Aariz melihat jam telefonnya sementara menunggu Nazneen turun ke bawah.
"Maaf ya lambat." Ujar Nazneen yang baru tiba bersama Irsa, Farah dan Ameera.
"Tak apa, lewat sikit je." Balas Aariz, dia malas mahu bergaduh disebabkan kelewatan isterinya.
"Kepala hotak kau lewat sikit. Dekat 20 minit kut." Sampuk Irsa selamba. Irsa, Ameera dan Farah menjadi pengikut setia Nazneen kerana di arah oleh mak andam. Takut terseliuh ke apa.
"Okaylah, aku tak kisah pun." Balas Aariz mendatar. Malas dia mahu bergaduh dengan Irsa disebabkan hal yang kecil itu.
"Apa-apa jelah. Jom masuk Inara." Ujar Aariz lagi. Lengan Nazneen diarik.
"Naz, wait!" Kata Farah. Sejambak bunga berwarna biru dan putih di hulurkan kepada Nazneen.
"Perlu ke bunga semua ni?"
"Perlulah!" serentak Irsa, Ameera dan Farah berkata. Empat gadis itu tidak sedar, akan lelaki-lelaki yang memerhatikan mereka. Siapa lagi kalau bukan Aariz, Mirza, Farish dan Nazril.
"Yalah!"
Aariz berjalan menuju ke arah Nazneen lalu tangan Nazneen di ambil dan di letakkan di lingkaran lengannya.
"Peluk lengan aku kalau kau nervous, aku tahu kau berdebar kan. Kau jangan takut, aku ada untuk kau." Ujar Aariz lembut di tepi telinga Nazneen yang dilitupi tudungnya.
Terpana Nazneen mendengarkan suara lembut Aariz. Rasa takut Nazneen beransur hilang sedikit.
"Saya menjemput raja sehari kita masuk ke dalam, dipersilakan Rayyan Aariz bersama isterinya Nazneen Inara untuk masuk!" Ujar Syafiq sebagai pengacara majlis. Kenapa Syafiq? Syafiq dengan rela hati menawarkan diri kerana Syafiq berkata kut-kut terjumpa jodoh dekat sini.
"Ramainya orang." Rasa gemuruh Nazneen datang kembali. Bapak ramai orang, tahulah mummy dan daddy ramai kenalan tapi tak sangka seramai ni, tak di campur dengan kenalan ibu dan baba lagi. Boleh pengsan si Nazneen ni.
"Kau tenang je Inara. Aku ada." pujuk Aariz.
Nazneen menganggukan kepalanya. Senyuman cuba di ukirkan kepada semua tetamu.
Mereka berjalan sehingga sampai ke pelamin yang sudah cantik di hias itu. Dengan tema light blue tema yang Aariz mahukan.
Maka bermulalah, majlis mereka pada malam itu. Persandingan Aariz dan Nazneen di langsungkan waktu malam kerana permintaan Aariz yang mahu bersanding waktu malam.
Semua benda diuruskan oleh Datin Hasnila dan Puan Sri Sakina. Aariz dan Nazneen hanya perlu membuat sedikit kerja saja.
♡♡♡♡♡
"Hurgh! Penatnya!" Ujar Nazneen. Kerusi yang ada di sebelah di pandang lalu di labuhkan duduk disitu.
"Naz kenapa?" Soal Auliya. Semua keluarga mereka akan bermalam di hotel kerana sudah lewat malam. Tan sri Khairi dan Dato'Hasrul sudah menempah bilik hotel untuk mereka semua.
"Penat akak, sumpah! Penat." Rengek Nazneen.
Auliya tersenyum melihat wajah penat adik iparnya. "Memanglah penat Naz, majlis macam ni sekali je seumur hidup. Sekarang ni memang penat tapi nanti Nazneen ada anak nanti, gambar ni lah akan menjadi kenangan manis untuk Nazneen. Gambar yang di ambil sekarang akan jadi bukti kepada anak Nazneen nanti. Bukti yang ibu dan ayah mereka kahwin dan bahagia sehingga dapat dia. Penat sekejap je." Ujar Auliya lembut.
YOU ARE READING
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]
Romance𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5...