BAB 03

1.8K 89 4
                                    

Suasana cafe yang riuh rendah dengan suara pelajar di pandang oleh Irsa. Asal bingit sangat!

"Kau nak makan apa? Biar aku pergi beli." Kata Irsa dengan senyuman ceria.

"Apa-apa je,"

Irsa mengangguk lalu ingin melangkah pergi tapi belum sempat Irsa pergi, satu suara menyakitkan hati terdengar di halwa telinga mereka.

"Wah! Dua keluarga ni dah berbaiklah. Gembira ehh aku tengok korang ni." Ujar Lashira sambil menepuk tangannya perlahan. Dia memandang Irsa dan Nazneen sinis.

"Kalau ya pun kenapa? Ada kena mengena dengan kau ke." Kata Irsa tanpa gerun. Apa ingat dia orang kaya aku takut ke? Heh, arwah mama dan papa tinggalkan banyak harta la untuk dia, Nazneen dan Nazril.

"Wah! Kau sejak berkawan dengan minah bisu ni makin kurang ajar ekk?" Sinis Wafa pula. Sampai hati mereka panggil Nazneen bisu.

Nazneen tak pernah pun kacau mereka tapi kenapa mereka berdendam sampai sekarang dia tak tahu punca.

Menggelegak darah Irsa mendengar kata-kata Wafa. Apa? Bisu?

"Kau tak ada hak nak cakap Nazneen bisu. Dia hanya pendiam bukan bisu! Dia bukan macam korang yang pandai bercakap tapi cakap benda yang tidak ada faedah! At least, dia hanya bercakap benda penting bukan macam korang! Minah bisu yang kau cakap tu keluarga aku!" Tengking Irsa kuat semata-mata untuk membela Nazneen

Nazneen terkejut melihat Irsa menjerit begitu. Selalunya dia hanya melihat Irsa yang ceria dan happy. Langkah di atur mendekati Irsa lalu lengan Irsa ditarik lembut. Di taknak Irsa bergaduh gara-gara dia.

"Apa kau ni! Lepaskan akulah! Aku tak habis lagi." Bentak Irsa.

Nazneen melepaskan lengan Irsa lalu berkata. "Kau jangan cari masalah. Aku taknak kau kena denda."

Irsa tersentak mendengar balasan Nazneen. Bebola matanya memandang Nazneen yang sedang memandangnya juga. Irsa melepaskan keluhan lemah. "Tapi--"

"Tak ada tapi-tapi," ujar Nazneen mendatar. Dia tidak mahu Irsa di denda kerana dia. Muktamad!

Mereka berdua berjalan untuk menuju ke kelas kembali, disebabkan tiga minah itu membuatkan mood mereka untuk makan tiada.

Jalan punya jalan lalu

Buk!

Nazneen tanpa sengaja terlanggar seorang lelaki.

"Maaf," ujarnya sepatah. Wajahnya ditundukkan. Takut akan pandangan helang lelaki itu.

Irsa juga menundukkan kepalanya. Takut! Itu saja perkataan yang sesuai untuk Irsa saat ini.

"Hurmmm." Balas lelaki itu sepatah lalu meninggalkan dua gadis itu.

"Kau tak kenal siapa lelaki tu?" Soal Irsa kepada Ingat. Dapat dia lihat muka blur Inara tadi.

Nazneen menggelengkan kepala lagi. "Siapa dia?"

"Dia kawan senior Farish. Dahlah! Jom masuk kelas." Ujar Irsa lalu memeluk lengan Nazneen erat. Biasalah perempuan! Bukan lelaki nak peluk lengan bagai!

"Kau ni suka sangat peluk lengan aku!" Marah Naznedn tangan Irsa di tepis.

"Biarlah kakak nak peluk lengan adik." Jawab Irsa sambil tersengih. Mood marah dia dah tak ada agaknya.

••••

"Rayyan Aariz! Mirza Aiden! Farish Arsyad! Bangun sekarang, saya tengah mengajar dekat depan tapi kamu tidur dekat belakang!" Jerit cikgu Hani sehingga bergema kelas 5PA itu dengan jeritan Cikgu Hani.

Tap!

Rotan kayu yang berada ditangan di libas kuat ke atas meja. Membuatkan ketiga-tiga remaja lelaki itu tersentak.

Serentak itu ketiga-tiga itu bangun dari kerusi masing-masing.

"Cikgu ni kenapa? Saya nak tidur pun tak senang." Kata Mirza selamba badak. Muka merah cikgu Hani langsung dihiraukan.

"Kamu keluar dari kelas saya sekarang! Saya mengajar kamu tidur. Keluar!" Jerkah cikgu Hani hingga membuatkan semua pelajar di dalam kelas itu terkejut.

"Ya, kami keluar sekarang kakak." Tutur Mirza Perkataan kakak sengaja ditekankan.

Kakak? Yup cikgu Hani merupakan kakak Mirza Aiden. Sebab itu dia selamba sahaja membalas dan tidur di dalam kelas.

"Keluar berdiri di depan kelas sehingga waktu saya mengajar tamat." Ujar Cikgu Hani tegas.

Ketiga-tiga remaja itu mengangguk kepala mereka. Langkah di atur ke luar kelas. Pedulikan orang tengok ke apa. Hidup kita kan.

5 minit berlalu...

"Wuish, baru lima minit aku berdiri tapi dah berpeluh." Rungut Farish sambil mengelap peluh di dahinya.

"Kau ingat kau sorang ke?" Tanya Mirza dan Aariz serentak.

"Mirza, kakak kau ni dengan kita pun berkira. Dasar makcik Hani! Berkira betul, bukan makcik Hani tu tak kenal kita." Bebel Farish. Selamba sahaja dia panggil Cikgu Hani makcik. Padahal umur cikgu Hani itu muda lagi. Panggil kakak pun boleh.

"Amboi! Kakak aku tu! Aku report dekat dia baru tahu." Balas Mirza sambil menjeling Farish tajam. Suka hati je panggil kakak kesayangan aku makcik.

"Kau dua ekor ni tak payah gaduh boleh tak? Semaklah aku dengar suara katak korang ni." Dingin sahaja Aariz membalas.

Sudahlah dia tengah panas. Dua manusia ni pula suka buat hal. Nak kena dengan dia ke apa?

Mirza dan Farish hanya menghiraukan amarah Aariz. Bebola mata mereka berdua menangkap kelibat dua orang gadis yang sedang berjalan itu. Seorang suka pegang lengan orang tapi seorang lagi tu tak suka lengan dia di pegang. Dah agak kan siapa tu?

Nazneen dan Irsa!

Dua gadis itu dalam perjalanan mahu ke bilik guru. Kenapa mereka tahu? Di tangan kedua gadis itu penuh dengan buku latihan mungkin.

"Rajin betul budak dua orang tu." Kata Mirza tiba-tiba. Matanya ralit memerhatikan dua gadis itu.

"Bukan macam kau. Yang kau tahu tidur dan ponteng." Sindir Farish pedas.

"Suka hati aku la," cebik Mirza.

"Sekali lagi aku dengar mulut korang berbunyi, nahaslah korang." Ugut Aariz mendatar. Cuba duduk senyap-senyap tak boleh ke?

"Yalah," kedua-keduanya mengalah. Malas mahu bergusti dengan Aariz pula.

"Aku nak duduklah." kata Aariz lalu duduk di atas lantai. Kotor pun kotorlah! Dia sudah lenguh kaki. Lambat lagi ke boleh masuk kelas ni?

"Seriuslah? Aku pun nak duduk." Lalu Mirza pula yang melabuhkan punggungnya di atas lantai.

"Kau taknak duduk?"

"Tak baik langgar arahan cikgu." Balasan Farish membuatkan kedua-dua menjelingnya tajam.

"Bukan ke tadi kau yang beria bebel bagai? Sekarang ni duduk ajelah daripada penat berdiri."

"Tak nak lah aku." Farish tekad dengan keputusannya.

"Suka hati kaulah!" Serentak Aariz dan Mirza berkata. Taknak duduk tak payah! Malas mereka mahu paksa, jika dia letih dia duduklah tu.

Tbc...

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now