BAB 09

1.2K 64 9
                                    

4 bulan kemudian...

Kini sudah empat bulan Nazneen dan Irsa bersekolah di Smk Perdana II. Semuanya baik-baik sahaja. Hubungan Farah, Ameera, Maleeq, Rafique, Syakil dan Ameer bersama Irsa dan Nazneen juga semakin rapat. Mereka di gelar sahabat.

Ya sahabat, hubungan mereka sangat akrab tidak lupa juga Nazneen yang dulu tidak rapat dengan mereka juga sudah mula selesa dengan semua kawan barunya sejak 1bulan lepas.

"Weh tak sangka kumpulan kita tempat pertama dalam pembentangan tadi." Ujar Ameer memecahkan kesunyian yang melanda di kantin. Mereka berlapan duduk di meja yang sama. Meja yang memuatkan mereka lapan orang saja.

"Alhamdulillah. Apa kata aku belanja korang hari ni. Korang nak makan apa beli je." Kata Nazneen senyum nipis memandang kesemua sahabatnya.

"Betul ke Naz?" Tanya Syakil dengan mata yang bersinar-sinar. Naz? Ya, semua sahabat Nazneen memanggil Nazneen dengan panggilan 'Naz'

"Yup, kenapa tak nak ke? Taknak takpelah." Nazneen berkira-kira mahu mengeluarkan duitnya.

"Mestilah nak!" Serentak mereka bertujuh bersuara. Siapa je tak nak makan free, ye tak?

"Korang belilah apa-apa korang nak sebagai ucapan terima kasih aku dekat korang." Balasan Nazneen membuatkan mereka semua bingung. Terima kasih untuk apa?

"Ha?" Soal Ameera bingung. Kepalanya di litupi tudung di garu perlahan.

"Aku tabiklah dengan korang berenam. Korang berenam berusaha keras nak kawan dengan aku. Berbulan-bulan korang ambil masa untuk menarik perhatian aku. Sehingga sekarang ni kita boleh jadi kawan rapat. Korang semua lah manusia pertama yang rapat dengan aku lepas mama dan papa aku berpisah." Jelas Nazneen tersenyum pahit. Irsa turut merasakan apa yang dirasa oleh Nazneen kerana dia juga merupakan anak susuan kepada Maklong dan Paklong dia.

"Naz, kau tak perlu ucap terima kasih kepada kami. Kami ikhlas nak kawan dengan kau dan sekarang ni kau jadi sahabat kami. Sahabat susah senang kami." Tulus Syakil bersuara. Dia berkawan ikhlas bukan kerana hal lain atau apapun.

"Terima kasih semua."

"Sama-sama Naz! By the way, kau tak pernah cerita pasal keluarga kau dekat kitaorang. Ceritalah macam mana keluarga korang." Kata Maleeq.

Irsa dan Nazneen tersenyum mendengar kata-kata Maleeq. Keluarga?

"Nama papa aku Dato'Nasrudin dan mama aku Datin Kamilia. Mereka meninggal waktu aku form 1. Perasaan aku waktu itu hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku saat tahu mama dan papa aku meninggal dan semua tu gara-gara aku sendiri." Cerita Nazneen sambil tersenyum. Senyuman yang penuh dengan duka.

"Maafkan kitaorang sebab tanya pasal keluarga kau." Ucap Rafique terasa bersalah.

Nazneen hanya tersenyum dan tidak langsung menunjukkan riak wajah sedih. "Aku dah redha dengan ketentuan DIA, Raf."

Betapa tabahnya seorang gadis yang bernama Nazneen.

"Kau Sya?"

"Ibu aku meninggal waktu lahirkan aku dan abi aku meninggal selepas sebulan ibu meninggal kerana kemalangan. Nasib aku baik kerana ada keluarga yang baik terhadap aku. Mama dan papa Naz, jadikan aku anak susuan diaorang dan secara tak langsung Naz juga adik aku." Irsa tersenyum pahit.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now