Nazneen, Irsa, Farah, Ameera, Syakil dan Maleeq sedang menikmati makan malam setelah selesai keluar bersama. Jangan pelik kenapa Syakil dan Maleeq mahu keluar dengan semua gadis itu.
Sebenarnya, mereka sudah berjanji bahawa setiap 2 minggu sekali mereka akan keluar bersama tapi malam ni lain sikit kerana Ameer dan Rafique ada hal lain.
"Erm, korang aku rasa aku nak tambah makanan lain lagi boleh?" Soal Maleeq kepada semua sahabatnya yang sedang menjamu selera. Mendengar saja soalan Maleeq kelima-lima manusia itu terus menatap Maleeq tidak percaya.
"Seriuslah? Dah berapa banyak kau makan ni Mal." Kata Ameera serius. Ni kawan dia ke atau itu sebenarnya bukan kawan dia?
Maleeq menayangkan sengihannya. "Aku lapar bro and sister's sekalian." Jawab dia. Kentang goreng kepunyaan Syakil di ambil lalu disuap ke dalam mulut.
"Suka hati kaulah Mal, malam ni kau makanlah puas-puas. Aku belanja." Ujar Syakil. Kentang gorengnya di rampas kembali daripada Maleeq. Yang tu tak boleh!
"Eheks, thanks." Jawab Maleeq malu-malu kucing. Malulah sangat! Bila datang perangai tak semengah dia tu tak adalah shy shy cat sangat.
Mereka kembali menjamu sebelum bunyi tolakkan kerusi mengamit perhatian mereka. Nazneen yang sudah bangun dari kerusi itu mereka pandang pelik.
"Hang nak pi mana Naz?" Soal Farah dengan longhat Kedahnya.
"Toilet, aku pergi dulu eh. Dah tak tahan ni sister!" Tukas Nazneen laju. Beg tangan dia ambil lalu di bawa ke toilet bersama. Beg tak boleh tinggal, ada privasi dalam tu.
Aariz berjalan seorang diri setelah selesai membeli hadiah untuk anak saudaranya. Anak saudaranya akan menyambut hari lahir yang ke 5 tahun. Cuba teka anak siapa?
Fakhira Adelia, sekarang kanak-kanak itu sudah mahu memasuki 5 tahun. Sekejap saja masa berlalu.
Mata Aariz tiba-tiba terlihat ke arah satu lorong. Yang pastinya itu lorong dekat tangga kecemasan.
Matanya sekali lagi membulat besar apabila melihat wajah Nazneen dan dua orang perempuan lagi di sana.
"Kau ni memang tak takut ek dengan amaran aku dulu, kau nak ke tengok keluarga kau mati?" Soal seorang perempuan dengan pemakaian yang seksi. Wajahnya di makeup dengan tebal dan dilengkapi pula dengan gincu yang berwarna merah menyala. Dah macam badut Aariz tengok! Hahahaha
"Aku dah tak kisah dengan ugutan kau." jawab Nazneen selamba. Matanya memandang Lashira yang sudah berasap itu.
"Kau memang dari dulu menyakitkan hati hah! Kenapa lah mak kau lahirkan anak macam kau. Pembawa sial adelah! Hidup pun menyusahkan aku je!"
Pang!
Pipi Lashira menjadi mangsa tamparan Nazneen. Berdesing telinganya mendengar kata-kata Lashira.
"Kau tak ada hak nak cakap macam tu dekat mama dan papa aku! Kalau kau nak hina aku silakan! Tapi jangan sesekali libatkan mama dan papa aku! Ingat tu!" Jerkah Nazneen kuat. Nasib baik tempat itu tersorok sikit.
"Wow, sejak dua menjak ni makin berani kau lawan aku."
"Aku berani sebab aku taknak orang pijak kepala aku lagi. Termasuk kau dan kau!" Tengking Nazneen lagi. Tangannya menunjuk ke arah Wafa dan Lashira.
YOU ARE READING
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]
Romance𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5...