Jam loceng kedengaran nyaring berbunyi di bilik Nazneen. Nazneen segera mengambil jam loceng miliknya dan menatap jam itu dengan mata terkatup.
Tetapi apabila melihat jam itu matanya automatik terbuka luas.
7.30pagi!
Dengan segera dia bangun dari katilnya, bilik mandi dituju. Itulah siapa suruh tidur lewat semalam. Nasib baik dia bendera Jepun harini.
Nazneen keluar dari bilik mandi setelah selesai berpakaian semua. Nazneen mengenakan baju blouse biru laut dan skirt labuh berwarna hitam.
Almari solek dituju untuk mengeringkan rambut yang masih basah itu. Setelah mengeringkan dan mengikat rambut panjangnya dia mengambil tudung express berwarna biru muda yang tersangkut di dalam almari. Dia tidak mempunyai masa untuk memakai tudung belit-belit sekarang.
Semua barang diambil lalu di masukkan kedalam beg tangannya.
"Done!" soraknya apabila selesai semua. Jam di loceng yang berada di meja lampu di lihat buat kali terakhir.
8.15 minit pagi!
Dengan langkah terburu-buru Nazneen berlari ke pintu biliknya lalu memboloskan diri.
Saat keluar, dia melihat Irsa yang baru sahaja keluar dengan langkah terburu-buru, bilik Irsa dan Nazneen hanya berhadapan. Nampak sangat minah tu bangun lewat juga. Mesti minah tu bergayut dengan boyfriend! Huh, sejak ada boyfriend, minah tu makin gedik.
"Bangun lewat ke kak?" Perli Nazneen sambil berjalan di ekori oleh Irsa.
"Sibuk je dia, kau pun apa kurangnya? Bangun lewat jugakan." Balas Irsa laju. Dia tak boleh terima dia perli awal pagi begini! Beta murka!
Berjalan punya berjalan mereka tiba di tingkat bawah. "Tak nak sarapan ke Irsa? Nazneen?" Soal Nek wan yang berada di ruang tamu itu.
"Taknak nek! Kitaorang dan lewat ni." Ujar Irsa dan Nazneen serentak. Tangan nek wan dikucup lembut.
"Hati-hati cu." Pesan Nek wan. Setiap hari jika anak dan cucu-cucunya ingin keluar berkerja perkara sama yang dikatakan oleh nek wan dan tok wan.
"Baik nek!" Jerit Irsa. Kunci kereta yang tergantung di tepi pintu utama di ambil satu. Dia tidak melihat pun kunci kereta kepunyaan siapa yang di ambil begitu juga dengan Nazneen.
Mereka berdua menekan-nekan tombol kunci kereta mereka tetapi tidak berbunyi.
"Haih! Kenapa dengan kunci ni? Tak kan rosak kut." Kata Irsa berang. Jarinya masih lagi menekan butang kecil itu.
Begitu juga Nazneen, begitu gigih mereka mencuba sehingga terdengar gelak seseorang dari belakang mereka.
"HAHAHAHA." Nazril ketawa kuat apabila melihat kedua-kedua adiknya gigih menekan tombol kecil itu. Takkan mereka berdua tidak perasan bahawa mereka tertukar kunci?
"Along kenapa gelak hah?" Soal Nazneen geram. Sudahlah kereta dia buat hal! Nazril boleh pula gelak macam orang gila begitu.
"Korang tulah! Korang tekan-tekan tombol kecil itu memanglah tak jadi. Nak jadi macam mana kunci kereta korang tertukar?" Tanya Nazril sambil tersenyum mengejek.
Serentak itu Irsa dan Nazneen memandang kunci kereta masing-masing. Betul apa yang dikatakan Nazril tadi. Kunci mereka berdua tertukar. Kurang asam punya kunci. Punyalah gigih mereka tekan tapi hampeh betul!
"Nah ambil balik kunci kereta kau." Tutur Nazneen lalu menghulurkan kunci kereta milik Irsa.
"Kau lah ni beli kereta sama dengan aku!" Balas Irsa.
"Bila masa pula? Aku tak tiru kau ekk. Aku memang dari dulu minat dengan kereta Myvi lah!" Kata Nazneen pula.
"Ya lah tu." Balas Irsa perlahan.
"Yalah!"
"Hish yelah! Aku dah nak pergi kerja ni bye!" Ujar Irsa lalu melangkah masuk ke dalam Myvi hitam berkilatnya.
"Bye along, adik gerak dulu. Assalamualaikum." Jerit Nazneen lalu memboroskan diri ke dalam kereta Myvi berwarna biru miliknya.
Setelah bayang kereta kedua adiknya, Nazril turut memboloskan dirinya ke dalam kereta. Kereta di pandu keluar dari pagar rumah banglo besar itu. Tetapi apabila keretanya keluar sahaja dari pagar besar itu dia dapat melihat sebuah kereta proton waja berwarna kelabu buruk sedang memerhatikan rumahnya.
Hatinya menjadi curiga apabila melihat kereta itu tetapi dia hanya berfikiran positif. Kereta itu mungkin kereta ahli keluarga kawasan ini tapi semua orang yang tinggal di kawasan ini semua orang berada takkanlah ada yang naik kereta waja buruk kot? Tak logik juga.
Akhirnya, Nazril malas memenatkan otaknya untuk berfikir dia terus sahaja memecut laju meninggalkan kawasan rumahnya untuk ke office. Tentang kereta itu nanti-nantilah dia fikir, sekarang masa untuk dia bekerja. Yeah! Semangat Nazril Izzat!
Tbc..
YOU ARE READING
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]
Romance𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5...