BAB 24

976 50 4
                                    

"Apa kau nak kahwin?!" Serentak Farah, Ameera, Ameer, Rafique, Syakil dan Maleeq bertanya.

Wajah Nazneen di pandang tidak percaya. Si gadis pendiam nak kahwin dengan mamat kutub?

"Yalah, takkan aku main-main kut." Balas Nazneen malas. Takkan benda yang penting macam ni nak di bawa main.

"Weh! Aku tak percayalah! Gadis pendiam nak kahwin? Kau rasa aku akan percaya macam tu ke?" Soal Rafique dengan nada menjengkelkan.

"Kau nak cakap aku ni tak boleh kahwinlah sebab pendiam?" Perli Nazneen sedas.

Rafique menayangkan sengihannya. "Bukanlah, aku hanya susah nak percaya dhoooo!"

"Nak tak nak kau kena percaya juga Faiz Rafique." Kata Ameera. Wajah Rafique di jeling sekilas. Susah dah sahabat seperti mamat ni.

"Bila kau tunang Naz? Aku tak sabar nak pakai baju sedondon dengan kau. Wah! Mesti meriah, dahla dua-dua anak dato." Ujar Farah teruja. Dua-dua anak orang kaya nak buat macam mana.

"Tapi aku nak majlis sederhana je. Aku taknak besar-besar sangat tunang dan aku harap dapat jumpa abang pertama aku dulu." Jawab Nazneen tersenyum pahit. Jika boleh dia mahu ke semua keluarganya ada semasa majlis perkahwinannya. Termasuklah mummy dan daddy iaitu ibu dan bapa kepada abang pertamanya.

"Sabar ya Naz, aku yakin yang kau akan dapat jumpa abang pertama kau nanti." Kata Syakil memberi semangat. Nazneen dan Irsa telah menceritakan tentang abang pertama Nazneen dan ya pada mulanya mereka terkejut tapi apabila mendengarkan itu mereka rasa yang mummy dan papa Nazneen itu sungguh hebat. Berpisah dan berkahwin dengan kekasih hati dengan kerelaan sendiri.

"Majlis tunang Naz minggu depan. Hari Rabu, kalau korang ada masa free datang lah, tapi korang wajib datang kalau korang tak datang mesti Naz kecewa kerana sahabat baik dia tak datang." Irsa menjawab soalan Farah tadi.

"Kau ni agak-agaklah! Sahabat baik kita kut! Mestilah kitaorang datang." Bebel Ameer. Sahabat baik sendiri, mesti datang! Wajib tu.

"Aku ingatkan je, takut korang lupa." Irsa mencebikkan bibirnya.

"Aku takkan lupa hari tu. Hari pertunangan Naz aku dah tanda awal-awal dalam kalendar aku." Sampuk Maleeq sambil menunjukkan kalendar di dalam handphonenya yang sudah di tanda awal-awal.

"Cepat betul kau bertindak?" Tanya Ameera sambil terkekek kecil.

Maleeq tersenyum bangga. "Biasalah, Ini Maleeq Luthfi lah."

Farah dan Irsa mencebik mendengar balasan Maleeq. "Riak betul." Serentak dua gadis itu berkata.

"Kan." Balas Rafique dan Ameer pula.

"Tapi kan Naz, Aariz kutub utara tu lamar kau langsung tak sweetlah." Kutuk Syakil selamba.

Mengecil mata Nazneen memandang Syakil. Suka hati dia je kutuk bakal tunang orang. Haish, Nazneen sejak bila jadi gedik?

"Ha'ah lah. Ada ke patut lamar dalam kereta. Tak sweetlah! Cuba kalau lamar dekat tempat romantik sikit." Komen Ameera pula. Ingat sekali rasa nak tergelak pun ada. Lelaki yang bernama Rayyan Aariz memang begitu eh? Melamar ikut tempat asalkan boleh? Haish Arash Farhan lagi teruk, depan tong sampah pun jadi.

"Kan aku pernah cerita dekat korang perangai Aariz macam mana? Takkanlah dia nak melamar aku dengan romantik jadi isteri dia sedangkan dia tak cintakan aku." Jelas Nazneen sambil membuat gaya sedih. Sedihlah sangat tu.

"Buat muka sedih konon! Padahal tak sedih pun." Perli Irsa selamba.

"Biarlah!"

Tergeleng kepala mereka melihat Irsa dan Nazneen itu. Selama 8 tahun mereka berkawan mereka sudah masak dengan perangai Irsa dan Nazneen yang kadang-kadang suka bergaduh.

♡︎♡︎♡︎♡︎♡︎

"Nazneen dah setuju, lagi beberapa hari majlis pertunangan korang. Tak nak pergi beli cincin ke?" Tanya Datin Hasnila kepada anak lelaki bongsunya.

Aariz yang baru saja melabuhkan punggung di sofa tersentak.

Cincin?

Tak pernah terfikir dia tentang cincin. Ingatkan tunang tak payah cincin.

"Perlu ke bu?" Aariz bertanya kembali acuh tak acuh.

Terbuntang mata Datin Hasnila mendengar soalan terlebih 'bijak' Aariz itu. "Kamu ni Rayyan Aariz, mestilah wajib! Kalau tak beli cincin nanti tunang kamu itu nak pakai apa wahai anak kesayangan ibu?" Sindir Datin Hasnila.

Dush!

Aariz yang mendengarkan itu bagaikan tersentap sehingga ke dalam hati yang amat dalam.

"Malaslah ibu." Rungut Aariz.

Datin Hasnila menjeling Aariz tajam. "Kamu jangan Aariz, kamu jangan buat bakal menantu ibu macam tu! Pergi beli cincin dengan Nazneen nanti. Ibu akan tanya Nazneen, kalau Nazneen bagitahu ibu yang kamu tak pergi beli cincin dengan dia, nahaslah kamu. Jangan reti nak kahwin je dik. Kamu kena ambil tahu juga tentang bakal tunang kamu. Cincin ada ke tak, baju tunang ada ke tak. Jangan buat tak kisah boleh tak? Ini baru tunang, tak kahwin lagi." Ha setepek kena di atas batang hidung Aariz.

Terdiam lelaki itu apabila mendengar bebelan Datin Hasnila.

Aariz melihat saja kelibat Datin Hasnila yang sudah meninggalkan dia seorang diri disitu. Aariz mengeluh lemah, nak tak nak esok dia harus juga pergi membeli cincin untuk majlis pertunangannya tak lama lagi.

Tbc..

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now