Irsa dan Nazneen melangkah keluar dari pintu utama. Pergi mana? Pergi sekolahlah.
"Nazneen," panggil Irsa perlahan. Nazneen yang sibuk mengikat tali kasutnya itu berpaling memandang Irsa. Kening dijongketkan perlahan.
"Apa?"
"Aku nak minta maaf dekat kau sebab dah buat jahat dengan kau selama ni. Aku sepatutnya tolong kau bila kau kena buli dengan Lashira. Tapi apa yang aku buat? Aku makin tengok kau kena buli adalah. Sepupu jenis apalah aku ni kan?" Ucap Irsa sambil menundukkan kepalanya.
Dia mengenggam tangan Nazneen erat. Berharap Nazneen memaafkan perbuatannya. "Aku dah lama maafkan kau. Siapalah aku nak hukum kau sedangkan Allah dapat maafkan hambanya." Balas Nazneen senyum nipis.
Mendengar jawapan Nazneen Irsa segera memeluk tubuh gadis itu. "Terima kasih." Ucap Irsa terharu kerana Nazneen masih lagi maafkan dia. Walaupun, sudah banyak dia berbuat salah kepada Nazneen.
"Hurm," gumam Nazneen perlahan.
"Sudah-sudahlah tu buat jejak kasih dekat situ. Jomlah pergi sekolah. Along hantarkan korang." Sampuk Nazril Izzat abang kepada Nazneen.
"Sibuklah along ni." Jeling Irsa.
"Habis tu, nak along tunggu sampai bila? Korang sekolahkan, nak suruh maksu bebel dulu ke?" Perli Nazril. Langkah di atur menuju ke kereta diikuti oleh Nazneen dan Irsa.
•
•
•"Assalamualaikum, makngah." Laung Farish di depan rumah Puan Hasnila dan Tuan Hasrul.
"Waalaikumussalam. Ouh Farish dan Mirza, tunggu Aariz ke? Kejap lagi dia keluar lah." balas Puan Hasnila di depan pintu utama.
Mirza dan Farish tersenyum mendengar balasan Puan Hasnila sebelum suara Aariz kedengaran.
"Awalnya abang pengawas datang." Usik Aariz dari belakang. Waktu pagi ni memang handsome tapi balik sekolah lain pula jadinya.
"Biasalah pelajar cemerlang, kan makngah." Balas Farish bersama sengihan sehingga menampakkan lesung pipit yang ada di kedua pipinya.
"Perasan!" Serentak Mirza dan Aariz membalas. Dua manusia nakal bergabung menjadi satu.
"Makngah, diaorang jealous lah." Kata Farish lagi.
"Ada-ada ajelah kamu ni Farish. Dah-dah pergi sekolah! Dah lewat ni." Halau Puan Hasnila.
Mirza, Aariz dan Farish mencebik lalu serentak mereka membalas "Halau nampak."
"Tahu pun. Dah pergi sekarang, kalau lambat jangan salahkan ibu pula."
"Yalah. Kami pergi dulu." Pamit mereka bertiga. Tangan Puan Hasnila disalam lembut.
"Hati-hati." Nasihat Puan Hasnila.
"Baik."
Mereka bertiga melangkah ke arah motosikal masing-masing. Motosikal di start lalu dibawa laju keluar dari kawasan rumah banglo itu.
"Ya Allah, budak ni." Gumam Puan Hasnila pasrah apabila melihat Mirza, Aariz dan Farish membawa motosikal dengan had yang laju. Tergeleng kepala dia melihat perangai tidak makan saman tiga remaja itu.
•
•
•
Nazril memberhentikan keretanya di hadapan sekolah Elite Highschool.
"Belajar rajin-rajin. Jangan malas dan janji dengan along yang korang akan berjaya nanti." Ujar Nazril. Kepala kedua-dua adiknya di usap sayang. Kenapa adik? Kerana Irsa itu merupakan adik susuannya walaupun sepupu saja .
"InsyaAllah along." Balas Irsa tersenyum manis. Senyuman yang khas hanya untuk keluarganya sahaja.
"Along, adik nak salam." Nazneen berkata perlahan. Tangan dihulurkan kepada Nazril. Nazril menyambut huluran tangan adiknya bersama senyuman.
"Kami pergi dulu along. Assalamualaikum." Pamit Nazneen bersama senyum kecil. Nazril abang kesayangannya, satu-satunya abang yang dia punya.
"Along jangan lewat ambil kitaorang. Kalau lewat along kena belanja kitaorang makan McD." Ugut Irsa selamba.
Nazril mencebik mendengarkan jawapan Irsa. "Ingat along ni bank bergerak korang ke?"
"Ya." Serentak itu kedua-duanya membuka pintu kereta lalu keluar. Pintu kereta milik Nazril di hempas kuat.
Nazril yang berada di dalam kereta mampu menahan sabar.
"Nasib sayang." Kereta di pandu lalu meninggalkan kawasan sekolah itu. Sekarang ni dia juga ada urusan dekat university tempat dia belajar.
Irsa dan Nazneen berjalan masuk ke dalam sekolah apabila kereta Nazril hilang dari pandangan mata mereka.
"Jom!"
Irsa berjalan sambil memeluk lengan Nazneen selamba. "Kau dah kenapa pegang lengan aku ni?"
"Alah, adik ni kakak nak manja pun tak boleh." Balas Irsa lalu tergelak kecil. Euww, geli pula dia dengar.
Nazneen membuat gaya ingin muntah apabila mendengar balasan Irsa. "Woi! Nak muntah aku. Tak payah kakak, adik sangatlah! Geli senget!" Bebel Nazneen panjang. Irsa memang sengaja nak cari pasal dengan dia ke apa?
"HAHAHA, kalau kau geli aku 100 kali lebih geli, HAHAHA." Tutur Irsa sambil gelak jahat.
"Banyaklah kau! Sudahlah lepaskan lengan aku ni." Kata Nazneen sambil menarik lengan dia dari di peluk Irsa.
"Taknak!"
"Lepaskan!"
"Taknak!"
"Lepaslah Irsa!" Jerit Nazneen lagi. Dia tengah bengang ni. Irsa memang tak makan saman betullah! Aku cubit baru tahu!
"Taknak!" Balas Irsa sambil menjelirkan lidahnya di hadapan Nazneen.
"Irsa!"
"HAHAHA! Ya, aku lepaskan." Tutur Irsa sambil tergelak melihat wajah tak puas hati Nazneen. Tangannya yang memeluk lengan Nazneen segera dilepaskan.
"Eeiii kau ni." Kepala Irsa diketuk menggunakan buku yang berada di tangan lalu sepantas kilat berlari meninggalkan Irsa di belakang.
"NAZNEEN!" Jerit Irsa kuat, langkah Nazneen di kejar.
Tergeleng kepala Farish yang dari tadi memerhatikan Irsa dan Nazneen itu.
"Siapa pula kau tengok tu?" Soal Mirza pelik. Siap geleng kepala pula.
"Budak dua orang yang tengah berlari tu. Ada nampak?"
Mirza dan Aariz mengangguk sahaja. "Tak kisahlah kau nak tengok apa pun. Sekarang ni jom masuk ke kelas." Kata Mirza bersemangat.
"Kau apahal semangat bukan main harini?"
"Harini kan ada sukan, so aku semangatlah." Jawab Mirza tersengih.
"Bilalah kau nak berubah." Ujar Farish sambil menggelengkan kepalanya.
"Insyaallah, 100 tahun akan datang."
"Kau ni, aku kata itu kau kata ini." Cebik Farish.
"Biasalah." Sampuk Aariz selamba lalu langkah diteruskan lagi sehingga sampai di kelas 5Prinsip Akaun.
"Malang nasib aku dapat kawan perangai teruk macam ni." Bebel Farish perlahan apabila melihat kedua rakannya yang sudah masuk ke dalam kelas.
Tbc..
YOU ARE READING
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]
Romance𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5...