BAB 34

920 49 0
                                    

2 bulan kemudian...

"Macam mana perasaan kau sekarang Naz?" soal Irsa kepada Nazneen. Nazneen yang sedang di makeup oleh mak andam.

"Aku nervous wei. Macam aku pula yang kena lafaz akad nikah nanti." Balas Nazneen. Jantungnya rasa macam mahu meletup je!

"Alah, jangan nervous Naz, kami kan ada. Aku yakin, perkahwinan kau akan menjadi perkahwinan yang indah untuk kau nanti. Kau akan bahagia." Sampuk Farah memberi semangat kepada Nazneen kerana dia tahu Nazneen sedang nervous sekarang ni.

"Wei, aku tak boleh bayanglah, mamat dingin tu pakai pink macam ni." Ujar Ameera sambil tersengih. Ameera dan Farah juga memakai baju kurung berwarna pink. Mahu sama katanya. Tak lupa semua keluarga Nazneen yang juga memakai warna pink termasuk keluarga Tan Sri Khairi.

"Ha'ah mesti comel, dengan wajah Aariz yang putih sikit tu." Balas Irsa pula. Bilalah dia nak kahwin juga, hurm.

"Jangan puji lebih-lebih ya. Bakal suami aku tu, aku tahulah Aariz tu handsome." Kata Nazneen bangga diri, bakal suami dia handosme ya! Hahaha.

"Kita puji orang lain, dia pula yang kembang! Apa punya manusia lah." Perli Farah, Ameera dan Irsa serentak.

"Aku gurau jelah! Jom kita peluk buat kali terakhir sebelum akad nikah lepas isyak nanti." Kata Nazneen sedih. Lepasni nak pergi mana-mana kena minta izin dengan suami dulu, tak boleh keluar sesuka hati macam dulu.

"Hurm, aku akan rindu kau. Lepasni syurga kau ada bawah tapak kaki suami kau Naz, aku sebagai kakak taknak adik aku menderhaka kepada suami. Dengar cakap suami ya, jangan sesekali jadi isteri nusyuz. Jadi isteri yang taat kepada suami. Kalau ada masalah bincang elok-elok. Aku sayang kau dunia akhirat, kau adik aku. Kakak sayang adik ya." Tutur Irsa dengan mata yang berkaca. Sedih untuk dia melepaskan adiknya.

"Adik pun sayang kakak, adik janji adik akan jadi isteri yang taat kepada suami." Intuk pertama kalinya Nazneen menggelarkan dirinya sebagai 'adik' dan Irsa dengan gelaran 'kakak'.

Dia sayang Irsa sepenuh hatinya, selama ini dia ego untuk menggelarkan kakak kepada Irsa, tapi kini dia akan menggelarkan Irsa kakak. Sampai bila-bila kerana dia sayang satu-satunya kakak yang dia ada.

Mata Ameera dan Farah turut berkaca melihat hubungan dua gadis itu. Sungguh hubungan yang amat di senangi oleh sesiapa yang melihat.

Tok!

Tok!

Tok!

"Siapa tu?" Soal Nazneen. Wajahnya sudah siap di makeup. Nazneen hanya meminta wajahnya di makeup nipis. Tidak mahu tebal-tebal.

"Along ni, boleh along masuk dik?"

"Masuklah."

Pintu dibuka dan terpampanglah wajah Syafiq, Syakil, Nadzir dan Nazril.

"Urm, boleh Irsa, Farah dan Ameera keluar dulu? Along dan yang lain nak cakap dengan adik kejap." Pinta Nazril kepada tiga gadis itu.

Ketiga gadis itu keluar tanpa membantah, mungkin abang-abang Nazneen ingin mengatakan sesuatu.

"Adik.." panggil Nadzir perlahan. Adiknya bakal menjadi isteri orang tak lama lagi. Adik kecilnya sudah dewasa.

Nazneen mengangkat wajahnya, memandang semua hero-heronya. Dia mengukirkan senyuman manis, takkan nak masam muka pula. Harini ialah hari bahagia dia.

"Ya abang?"

Nadzir memeluk Nazneen erat, tak terasa air matanya sudah mula bertakung di kelopak matanya.

"Sekejap je lagi, status adik akan bertukar. Abang harap adik perempuan abang bahagia di dunia mahupun akhirat. Abang sayang adik, walaupun kita baru je bertemu, tapi kasih sayang abang kepada adik bukan palsu. Abang sayang adik melebihi segalanya. Adik ialah peninggalan arwah papa dan mama untuk abang. Maaf sebab abang lambat jumpa adik. Maaf sebab tak ada masa adik perlukan abang. Maaf sebab abang tak pernah nak cam wajah adik abang walhal wajah adik abang sama dengan arwah mama je." Ujar Nadzir dengan wajah menahan tangisan. Tanpa dapat di tahan air matanya mengalir laju.

Esakan Nazneen kedengaran perlahan. "Adik tak pernah salahkan abang, adik tahu bukan abang yang nak semua benda ni berlaku. Jadi, berhenti salahkan diri abang dan berhenti minta maaf dengan adik." Tutur Nazneen di dalam pelukkan abang sulongnya.

Nadzir melepaskan pelukkan. Senyuman di ukirkan untuk adik kesayangannya. Jari kasarnya naik mengelap air mata Nazneen. "Dan, abang taknak adik nangis lagi. Dah tak cantik adik kalau nangis." Ujar Nadzir dengan suara serak. Sungguh dia sayang satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

Nazneen beralih kepada Nazril pula. Tubuh sasa Nazril di peluk. "Tahniah dik, along happy kalau adik happy. Kalau ada masalah adik cakap dengan along ya, kalau Aariz pukul adik ke apa. Along tahu perangai adik, dari kecil kita membesar sama-sama. Perangai adik along dah hafal. Jadi, kalau adik ada masalah ke apa along dah dapat tahu. Adik jangan tipu along. Ada masalah bincang ya." Pinta Nazril lembut. Kepala Nazneen diusap sayang sebelum pelukan di lepaskan.

"Terima kasih along, adik happy sangat. Adik kahwin semua keluarga adik ada."

Nazneen memandang Syafiq pula. Tangan di depakan. Mengajak Syafiq untuk memeluknya.

Syafiq perlahan-lahan memeluk Nazneen. Belakang Nazneen di gosok lembut.

"Tahniah adik, dah nak kahwin adik angah. Angah happy sangat bila angah dapat tahu angah ada adik perempuan. Rupa-rupanya Nazneen adik angah. Sungguh angah tak sangka. Selama ini, adik merupakan kawan baik Akil tapi sekarang, adik ialah adik angah. Keluarga angah. Jujur angah cakap, walaupun adik baru dalam keluarga angah, entah kenapa angah mudah untuk terima adik. Angah mudah selesa dengan adik waktu adik datang rumah masa umur adik 20 tahun. Adik ialah anugerah buat keluarga kita." Luah Syafiq sebak.

Mata Nazneen sekali lagi berkaca-kaca tapi segera di hapuskan. Dia tak mahu menangis.

"Terima kasih angah sebab terima adik, adik rasa adik ada keluarga yang bahagia. Ada mummy ada daddy." Jawab Nazneen. Pelukan di lepaskan.

Mata Nazneen beralih memandang Syakil yang sedang memerhatikannya. "Akil taknak peluk ke?" Tanya Nazneen perlahan.

"Kenapa adik tanya? Mestilah Akil nak, Naz adik Akil." Jawab Syakil sayu.

"Maaf kalau selama 8 tahun kita berkawan, adik ada sakitkan hati Akil tanpa adik sedar ya. Adik minta maaf."

Syakil menggelengkan kepalanya. "Adik tak perlu minta maaf dengan Akil. Adik tak ada buat salah pun. Malah, Akil bahagia dapat berkawan dengan adik." Jujur Syakil.

"Adik macam tak percaya adik ada empat abang. Tapi adik bersyukur abang-abang adik semua baik dan prihatin dengan adik."

"Mestilah, sekarang ni jom kita peluk ramai-ramai. Lepasni along mesti akan rindu pelukan ini." Kata Nazril.

"Siblings hug?" Soal Syafiq.

"Yes!" serentak mereka berkata. Lalu keempat-empat mereka memeluk Nazneen serentak. Malam itu merupakan malam yang amat berharga bagi mereka berlima.

Tbc..

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now