Special Chapter 1

1.1K 51 8
                                    

Nazneen membulatkan matanya melihat ruang tamu yang bersepah dengan mainan milik Ryanna. Seketika wanita itu menghembuskan nafas geram.

Anak dengan bapak sama je! Dua-dua suka buat Nazneen naik angin!

"Rayyan Aariz! Ryanna Izzara!" Jerit Nazneen kuat memanggil kedua-duanya. Pelipis kepala diurut lembut. Pening kepalanya melayan kerenah anak dan suaminya.

Aariz tersengih kambing berjalan ke arah isterinya yang sedang memandang dia dan Ryanna bagaikan mahu menerkam mangsa saja.

"Ya sayang, kenapa menjerit ni?" Soal Aariz seperti tiada apa yang berlaku.

Nazneen memandang Aariz dengan perasaan marah yang membuak-buak. Mahu saja dihamburkan terus tapi apabila memikirkan anak gadisnya ada disitu, terus saja dibatalkan niatnya.

"Kenapa abang tanya? Itu semua siapa nak kemas? Saya penat abang, harini dah berapa kali saya simpan mainan je." Bebel Nazneen dengan perasaan geram yang masih belum hilang.

Mata Aariz memandang ke arah yang ditunjuk oleh isterinya.

"Habis tu? Sayang nak aku kemas ke?" Tanya Aariz blur.

"Iyalah! Takkan nak suruh si Ryanna sorang je yang kemaskan." Jawab Nazneen. Tubuhnya dibaringkan ke sofa. Kepalanya masih pening tidak lagi hilang, ditambah pula masalah si suami.

"Tapi banyak ni sayang." Bantah Aariz laju.

Nazneen menayangkan wajah malas mendengar bantahan suaminya.

"Siapa suruh abang sepahkan? Ada saya suruh?" Perli Nazneen selamba.

Ryanna terkebil-kebil memandang mama dan papanya yang sedang berdebat itu. Sejujurnya, dia tidak faham kenapa.

"Mama, nape mama egang ale, ale mama akit ke?" Tanya Ryanna dengan mata bulatnya memandang ke arah Nazneen yang sedang mengurut kepalanya.

"Iya sayang, mama sakit kepala. Jadi, Ryanna dan papa tolong kemaskan semua ni ya?" Pinta Nazneen lembut kepada anak gadisnya.

Mata bulat Ryanna memandang semua mainan yang berteraburan di lantai. Kepala dianggukkan tanda setuju untuk mengemas semua mainannya.

"Ocey ma, biar Ryaa emas ngan papa." Dengan pelat Ryanna membalas. Ryanna tidak boleh menyembut huruf 'N' namanya. Sebab itu, sebutan Ryanna tadi menjadi 'Ryaa' sepatutnya Ryanna. Kalau sebut 'nasi' boleh, padahal itu juga huruf 'N' di depan. Maknanya, Ryanna tidak boleh sebut huruf 'n' namanya saja.

Nazneen tersenyum mendengar balasan Ryanna. Nasib baik puterinya memahami.

"Tunggu apa lagi abang? Kemaslah, nanti bila siap kemas kejutkan Inara. Inara rasa letih sangat ni. Inara tidur sekejap." Ujar Nazneen yang hampir terlelap di sofa.

Nazneen sendiri tidak tahu mengapa dia boleh penat sebegitu. Padahal urusan cafe tidaklah terlalu berat.

Aariz memulakan proses mengemas bersama Ryanna. Sebenarnya, Aariz sorang je yang kemaskan semua mainan milik Ryanna kerana gadis kecil itu awal-awal sudah ke arah mamanya. Lalu turut tertidur bersama Nazneen di atas sofa.

Setelah mengambil masa selama 15 minit, akhirnya Aariz selesai mengemaskan semua mainan milik anak gadisnya.

Tersenyum lebar dia melihat rumahnya yang sudah kembali cantik dan bersih. Perlahan kakinya melangkah ke arah dua permata hatinya.

Rasa mahu kejutkan Nazneen terhapus begitu saja apabila melihat Nazneen terlalu lena tidur. Kesian pula kalau kejutkan, wajah isterinya nampak betul-betul penat.

Tangan Aariz naik mengusap wajah Nazneen yang sedang lena itu.

Kucupan di hadiahkan di dahi Nazneen. "Maaf buat sayang penat. Tidur nyenyak sayang, harini biar aku yang buat semua kerja." Kata Aariz di tepi telinga isterinya. Pipi isterinya dielus lembut.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now