Dua minggu kemudian..
"Rish, aku tengok kau sekarang tak busy macam dulu. Kau dah tak tolong Nazneen lagi ke?" Soal Aariz pelik. Sudah 2 hari dia melihat Farish santai sahaja. Padahal dahulu sepupunya tidak akan ada masa nak santai begitu.
"Nazneen dan Irsa dah pindah, jadi tugas aku lindungi diaorang dah selesai." Jawab Farish sambil tersenyum.
"Pindah? Kenapa Inara tak bagitahu aku dulu?" Aariz menyoal Farish dengan nada kecewa. Dia baru saja selesa berkawan dengan gadis itu tapi tup tup gadis itu sudah berpindah.
"Hah?" Farish tidak mengerti akan kata-kata Aariz.
"Inara kata aku kawan dia tapi kenapa dia pindah tak bagitahu aku? Ke dia tak anggap aku ni kawan dia?"
"Riz, kau cakap apa bangang?" Farish mula naik angin.
Aariz tersedar sesuatu. "Takde apelah." Aariz menjawab dingin.
Farish mengeluh perlahan. Kenapa dengan Aariz sebenarnya? Badannya dipalingkan ke kanan untuk melihat sepupunya.
"Kau kenapa? Kenapa nampak sedih bila aku cakap Nazneen pindah? Sejak bila kau berkawan dengan dia?"
"Nantilah aku cerita." Aariz cuba mengelak lagi. Malas mahu membahas tentang Nazneen.
"Betul ni?"
"Hmmm,"
Aariz menumpukan kembali perhatian kepada cikgu yang sedang mengajar.
Seketika wajah Aariz berubah sedih. Kenapa dia rasa macam hidup dia tak lengkap.
Argh! Abaikan jelah. Malas Aariz nak fikir tentang Nazneen. Nazneen sudah tidak sudi berkawan dengan dia mungkin. Farish yang melihat wajah serabut Aariz langsung sahaja berkata.
"Wei, jika kau sedia nak ceritakan kau luah je dekat aku. Lagipun kau keluarga aku juga." Usul Farish perlahan.
"Jangan risau Rish, aku okay." Jawab Aariz cuba menyakinkan Farish.
Farish menghadihkan senyuman kepada Aariz tapi seketika itu senyumannya memudar apabila matanya menangkap kelibat seseorang di sebalik pintu kelasnya. Sedangkan sekarang ni sudah waktu belajar. Takkanlah, masih ada pelajar lain lagi yang masih berkeliaran. Dia mula rasa was-was, kutlah ada pengintip.
Smk Perdana II
"Assalamualaikum semua, hari ni kita akan mendapat 2 orang kawan baru. Kamu berdua silakan masuk." Ucap Miss Ainur di dalam kelas 3Amanah. Kelas pertama di Smk Perdana II
"Waalaikumussalam cikgu." Jawab semua murid di dalam kelas 3A.
"Perkenalkan diri kamu berdua." Arah Miss Ainur sambil tersenyum manis. Miss Ainur ialah guru kelas 3Amanah.
"Ehem, assalamualaikum nama saya Dahlia Irsa binti Daril. Panggil saya Irsa. Saya dari Elite Highschool." Ujar Irsa kekok. Dia belum biasa akan sekolah itu tapi demi Nazneen dia rela.
"Nazneen Inara, korang boleh panggil saya Nazneen. Saya dari Elite Highschool." Nazneen pula memperkenalkan diri.
"Okay, selamat datang kepada Nazneen dan Irsa. Kamu berdua boleh duduk dekat belakang Farah. Farah angkat tangan kamu." perempuan yang di gelar sebagai Farah itu langsung sahaja mengangkat tangannya.
"Terima kasih cikgu." Irsa senyum kepada Miss Ainur.
"Sama-sama. Kelas, cikgu keluar dulu. Jangan bising." Kata Miss Ainur setelah melihat Nazneen dan Irsa sudah duduk di tempat mereka.
YOU ARE READING
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]
Romance𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5...