BAB 20

1.2K 64 0
                                    

Aariz berjalan untuk menuju ke cafe Nazneen. Setelah berbincang dengan keluarga dia semalam. Dia ingin memberitahu Nazneen sesuatu.

"Nazneen ada?" Aariz menyoal seorang pekerja perempuan yang sedang menjaga kaunter.

"Cik Nazneen? Cik Nazneen ada dalam bilik kerja dia. Kejap saya tunjukkan bilik." Balas Qina.

Qina ternampak Adib yang sudah selesai menghantar pesanan lalu memanggil rakan sekerja dia. "Adib!"

"Ya?"

"Awak tolong hantar Encik ni ke bilik Cik Nazneen boleh? Sebab saya jaga kena jaga kaunter." Ujar Qina sambil memandang Adib penuh pengharapan.

"Encik, ikut saya." Kata Adib. Kesian pula dia tengok rakan kerja dia takut dengan Encik beku tu. Lagipun rakan kerja dia itu baru 19 tahun. Gadis remaja itu bekerja untuk keluarga dia. Nak sambung belajar tak mampu. Nasib baik Cik Nazneen baik hati menerima mereka untuk bekerja di cafe mewah ini.

Adib mengetuk pintu bilik kerja Nazneen.

"Siapa tu?"

"Cik Nazneen, ada seorang lelaki nak jumpa dengan Cik Nazneen." ujar Adib.

Nazneen yang berada di dalam bilik itu terdiam sejenak.

Lelaki?

Adakah itu Rayyan Aariz?

"Biarkan dia masuk." Arah Nazneen.

Adib memandang Aariz lalu mengukirkan senyuman. "Cik Nazneen suruh Encik masuk. Saya pergi dulu." Pamit Adib meninggalkan Aariz seorang diri.

Pintu di buka perlahan. Masuk sahaja di dalam bilik yang menempatkan Nazneen.

"Kenapa datang?" Terus Nazneen menyoal apabila Aariz duduk di kerusi. Semua barang diketepikan dan memandang Aariz yang ada di hadapannya.

"Keluarga aku nak jumpa kau, kalau boleh esok."

"Tapi--"

"Tak ada tapi-tapi. Esok waktu lunch aku datang ambil kau. Tak ada alasan, lagipun esok hari Sabtu." Potong Aariz laju.

Nazneen menghelakan nafasnya perlahan. Nampaknya dia terpaksa berjumpa keluarga lelaki itu esok. Apa yang dia nak bagitahu dekat Irsa, Nazril dan Izyan ya? Kalau Nekwan dan tokwan tak apalah.

Takpe untuk Irsa, Nazril dan Izyan dia nak kasi kejutan. Biar tiga manusia itu terkejut beruk, hahahah Nazneen gelak jahat di dalam hatinya.

"Okay, pukul berapa? Nanti saya datang. Awak share je location." Putus Nazneen.

"No, aku takkan share location. Aku ambil kau." Tegas Aariz. Takkan dia nak biarkan Nazneen berseorangan lagi? Takkan sesekali dia biarkan bakal isteri dia dalam bahaya lagi.

"Okay." Jawab Nazneen malas mahu melawan. Lagipun dia pun malas nak drive esok, so biar jelah bakal suami datang ambil. Hehehe.

"Aku blah dulu." Ujar Aariz lalu meninggalkan Nazneen yang terkebil-kebil.

"Seriuslah? Dia datang sini just nak cakap tu? Apahal dia tak whatsapp ke apa?" Soal Nazneen sendirian. Kadang kala dia sendiri tidak faham dengan perangai Rayyan Aariz. Kadang dingin, kadang selamba. Haish, peliklah dia!

♡♡♡♡♡

"Apahal kau nak jumpa kitaorang ni?" soal Farish.

"Aku ada benda nak bagitahu korang dan aku rasa benda ni penting untuk korang tahu." Balas Aariz biasa. Setelah berjumpa dengan Nazneen tapi sekarang giliran Farish dan Mirza pula.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now