Sedari tadi, Nazneen masih lagi pening kepala. Tidak pernah-pernah Nazneen merasakan sakit kepala yang teruk macam ni.
"Sayang, kau sakit kepala lagi ke? Kalau sakit kepala lagi aku taknak ke office." Ujar Aariz risau. Dari semalam, sakit kepala isterinya tidak hilang.
"Abang, Inara sakit sikit je. Abang pergilah office. Nanti pening ni hilanglah kejap lagi." Dengan nada lembut Nazneen membalas. Senyuman di ukirkan buat suaminya.
"Betul ni? Jangan main-main sayang. Aku risau dekat isteri aku ni."
"Iya, kejap lagi okayla abang."
Aariz menganggukkan kepala. Ryanna yang sedang leka mewarna buku lukisan di pandang.
Badan ditundukkan agar menyamai paras anaknya.
"Sayang, jangan nakal-nakal ya. Jangan sepahkan rumah, mama tak sihat." Pesan Aariz lembut kepada anak gadisnya.
Mata bulat Ryanna memandang Aariz. "Ocey papa. Ryaa tak epahkan umah."
"Good, macam nilah anak papa. Meh salam tangan papa. Papa nak pergi kerja ni."
Aariz menghulurkan tangannya ke arah Ryanna.
Ryanna menyalam tangan papanya lembut. Pipi papanya turut di kucup.
Aariz bangun lalu menuju ke arah isterinya. Tangan dihulurkan ke arah Nazneen.
"Abang hati-hati tau. Bawa kereta hati-hati." Pesan Nazneen lalu menyalam tangan suaminya.
Aariz pula mengucup lembut dahi Nazneen. "Iya, sayang tak pesan pun aku tahu. Sayang jangan buat kerja. Rehat je."
"Iya boss. Dah habis bebel?"
"Mana ada aku bebel. Aku pergi dulu, jaga diri." Balas Aariz lalu menuju ke pintu utama. Nazneen tidak dapat menghantar suaminya kerana kepalanya masih pening.
"Ryanna, jangan sepahkan ya. Mama tak larat nak kemaskan kalau kamu sepahkan mainan kamu."
Ryanna hanya mengangguk. Fokusnya kembali ke arah buku mewarnanya. Ryanna memang begitu, jika sudah mewarna langsung tak pedulikan orang lain.
Irsa yang sedang bercakap dengan pekerjanya tersentak apabila telefonnya masuk notification. Berdesup-desup notification masuk.
"Awak berdua sambung kerja dulu, saya ada kerja sekejap." Ujar Irsa. Telefon yang berada di dalam poket seluarnya di ambil.
Rayyan Aariz suami Nazneen Inara
-Kakak Ipar!-kakak Ipar!
-kakak ipar! Aku nak kau ke rumah aku sekarang! Tinggal je cafe!
-hoi! Kenapa kau tak balas woi!
-kakak ipar! Ke rumah aku sekarang!
-aku risaukan Inara! Dia asyik pening sejak semalam.
-kakak ipar! Aku harapkan kau! Woi! Dahlia Irsa!
-kakak ipar! Kau pergi dan masuk je.
-kunci aku letak bawah pasu bunga
-hoi! Kau tak pergi aku bagitahu Farish kau sukakan dia!
-kau jangan ingat aku main-main!
-Dahlia Irsa!!! Ke rumah aku sekarang!
-Kalau jadi apa-apa dekat bini aku siap kau!
-cau dulu sistur!
YOU ARE READING
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]
Romance𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5...