ೃ⁀➷ O8 :: d 'ˎ˗

8 1 0
                                    

Hampir ternganga aku melihat rumah agam di hadapanku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hampir ternganga aku melihat rumah agam di hadapanku.

Gila. Ni rumah ke istana?

"Semuanya 4,780 won," pak cik pemilik teksi yang aku naiki bersuara. Lantas aku menyelesaikan pembayaran dan keluar dari badan teksi. Bulat mata aku melihat rumah ini. Pagar dia pun dah besar macam roda Ferris!

Okey tak. Aku tipu. Besar sangat roda Ferris tu.

Aku berjalan beberapa tapak mendekati pintu pagar. Terjenguk-jenguk aku melihat ke dalam. Uh, takde orang nak jemput aku ke?

"Cik Haneul?"

Terhinjut bahu aku dek terkejut apabila satu suara menegur. Tertoleh kepala aku ke kiri dan ke kanan ingin melihat si penegur. Eh, takde orang pun. Habistu siapa yang tegur? Weh jangan cakap—

"Kat sini, cik,"

Saat itu barulah aku dapat melihat seorang lelaki berbaju putih dan bertali leher hitam serta bertopi yang berada di sebelah pintu pagar. Pak cik itu sudah bercekak pinggang sambil memandang ke arahku. Di belakangnya terdapat sebuah rumah kecil yang dibina di sebelah pagar rumah. Wah, kenapa aku tak perasan ada guard kat sini?

"Oh hehe. Ye saya," aku cuba menutup kemaluanku dengan satu sengihan. Eh sat, kenapa ayat aku lain macam je...

Pak guard itu menganggukkan kepalanya.

"Silalah masuk. Cik Sarang ada di dalam," ujar pak guard itu dan membuka pintu pagar. Aku memberinya satu senyuman sebelum masuk ke dalam rumah istana itu.

Hari ini, aku telah memutuskan untuk bertemu Sarang. Setelah aku menggunakan otak, barulah aku dapat tafsir bahawa Saranglah satu-satunya tempat yang selamat untuk aku tujui. Dia kenal siapa Jungkook dan mesti dia percaya kalau aku cakap aku akan dibunuh! Bukan macam tiga ketul manusia yang lain tu. Eomma, appa, Yejun, mohon terasa sebab manusia tu korang.

Nasib baik juga aku belum serahkan lagi dompet tu pada Sarang, jadi bolehlah aku call dia dengan nombor yang tentera pada kad kerja dia. Eh jangan salah faham, aku tak berniat nak simpan dompet dia buat selamanya! Cumanya malam tu sibuk kira duit Sarang dalam dompet. Pagi tu pula bila nak suruh Yejun bagi, boleh pula budak tu pergi kerja awal. Hm.

Tapi terdetik lah juga dalam hati nak curi dompet dia. Duit dia tak seberapa pun dalam dompet, tapi kad kredit dia fuh banyaknya ya ampun. Kad hitam yang paling menarik perhatian aku rawr

Aku tak bagitahu lagi Sarang pasal Jungkook. Semalam aku cuma cakap yang aku terjumpa dompet dia tercicir dalam tandas. Hiks aku tak berani nak biarkan nama Jungkook meniti di bibir aku. Biarlah aku sebut nama dia di kawasan yang dijamin selamat.

Aku membalas senyuman seorang maid apabila dia tersenyum kepadaku. Pembantu rumah itu kemudian menyambung tugasnya menyiram pokok. Setibanya aku di hadapan pintu utama, muncul pula seorang lagi maid yang membantu membuka pintu untukku.

Coincidence  [ ✔ ]Where stories live. Discover now