ೃ⁀➷ 32 :: o 'ˎ˗

5 1 0
                                    

"Woop, stop stop,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Woop, stop stop,"

Minwoo mengeluarkan telefon pintarnya dari poket sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Jungkook yang berdiri tidak jauh juga sudah bernafas dengan laju. Di wajah mereka berdua jelas kelihatan luka kesan daripada pergaduhan mereka sebentar tadi.

"Hehe. Tengok ni,"

Minwoo menghalakan telefon pintarnya ke arah Jungkook. Di skrin telefonnya terpapar gambar sebuah kereta dari sudut pandangan sebuah lori yang berada di belakangnya.

"That's my car. Cantik kan?"

"Get to the tet point," ujar Jungkook mendatar. Minwoo tersenyum nipis. Telefonnya kembali disimpan.

"Haneul on the way kena langgar. I mean, disebabkan dia rapat dengan Jinae, aku extend nyawa dia panjang sikit. Baik kan?"

Jungkook terdiam seketika sebelum tergelak sinis. Darah di tepi bibirnya dilap.

"Lepastu? Ada aku kesah?"

"That's kinda' harsh bruh. Haneul dah takde dah pun kat sini. Kau nak berlakon lagi kenapa?" soal Minwoo. Ya, dia tahu Jungkook kisah akan Haneul. Semua yang Jungkook katakan tadi adalah bukan dari hatinya. Dia tahu Jungkook hanya berpura-pura agar dia menganggap Haneul tidak berguna dan melepaskannya.

"Tapi dia memang suka kau. Happy betul masa dia cerita kat adik aku," ujar Minwoo lagi. Dia tersenyum kecil membayangkan Haneul dan Jinae yang tersenyum lebar dan bergelak ketawa bersama-sama.

"Sayanglah sebab dia tak tahu identiti sebenar kawan dia..."

Jungkook pantas berlari ke arah Minwoo dan melancarkan serangannya. Minwoo sempat mengelak lalu menayangkan penumbuk pada Jungkook. Mereka berdua mula bergaduh lagi dengan orang suruhan Minwoo yang hanya memerhati kerana Minwoo mahukan perlawanan yang adil.

❛ ━━━━━━━━ ・❪ 🔫 ❫ ・━━━━━━━━ ❜

"Jebal, jebal,"

Haneul memandang ke arah cermin pandang belakang. Usai melihat tiada sebarang kenderaan di situ, Haneul menghembus nafas lega. Sedari tadi, Haneul memandu laju untuk mengelakkan diri daripada lori pembunuh itu. Banyak juga lorong yang dia masuki sehingga dia hampir tersesat. Mujur juga dia selamat tiba di kawasan bandar. Sekarang dia berada di sebelah sungai.

Haneul memejam matanya sebentar. Jam dipandangnya. Sudah pukul 11:20 malam. Haneul sudah berasa sedikit pening. Pasti kerana dia sudah kehilangan banyak darah.

Haneul membetulkan posisi duduknya. Dengan tangan yang berdarah, dia memegang stereng kereta. Dia perlu cepat pergi ke hospital.

"Eo?" gumam Haneul pelan apabila dia menekan pedal kereta namun kereta masih tidak berjalan. Haneul menundukkan kepala memandang pedal. Tiada masalah. Dia memandang pula dashboard kereta.

Coincidence  [ ✔ ]Where stories live. Discover now