ೃ⁀➷ 21 :: c 'ˎ˗

6 1 0
                                    

"HOI ANAK DARA! BANGUN! DAH PUKUL BERAPA DAH NI?! KAMU FIKIR KAMU TAKDE KERJA BOLEH MEMBUTA SAMPAI MALAM? BANGUN TOLONG EOMMA SEKARANG!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HOI ANAK DARA! BANGUN! DAH PUKUL BERAPA DAH NI?! KAMU FIKIR KAMU TAKDE KERJA BOLEH MEMBUTA SAMPAI MALAM? BANGUN TOLONG EOMMA SEKARANG!"

BANG BANG BANG!

Haneul menggeliat kecil. Dia mencapai telefon pintar baharunya di atas meja bersebelahan katil. Sesekali dia mengangkat kepalanya untuk melihat apabila sentuhannya tidak mengena. Usai mendapatkan telefonnya, Haneul menarik telefon itu masuk ke dalam selimutnya. Matanya yang terasa mengantuk dipaksa untuk dibuka.

Alaa. Baru pukul 7.

Baru sahaja ingin menyambung tidurnya, Haneul terbaca akan suatu mesej yang dia terima dari sebuah nombor tidak dikenali. Berkerut dahinya. Terus mesej itu ditekannya.

+22446688
Anda mencari jawatan kosong?
Silalah bergembira kerana kami
sedang mencari pekerja baharu!
Pekerjaan yang kami tawarkan
termasuklah kerani, pemarkir
kereta, penjaga kaunter serta
pencuci tandas, bergantung
kepada kemahiran masing-
masing. Jika anda seseorang yang
ingin menjadi berguna, silalah
datang ke Armpit's Playground
pada pukul 10 pagi hari ini juga.
[Location]

Segar terus mata Haneul jadinya. Tangannya bertindak menutup mulut yang sudah terbuka luas. Secepat yang mungkin dia berlari keluar dari kepompongnya dan terus masuk ke tandas. Sempat juga dia keluar semula mengambil tuala dan kembali masuk ke tandas.

"UWAAA! HANEUL AKAN DAPAT KERJA!"

❛ ━━━━━━━━ ・❪ 🔫 ❫ ・━━━━━━━━ ❜

"Tahniah anakku,"

Haneul tersenyum bangga usai menceritakan tentang mesej yang baru sahaja dia dapat. Kembang hidungnya walaupun mengetahui kemungkinan dia hanya akan mendapat kerja menjadi tukang cuci tandas sahaja.

"Jangan bangga sangat, nanti tak dapat pula kerja tu!" ujar Puan Kang. Geram pula tengok hidung Haneul yang kembang tu. Nampak taik hidung. Haneul mencebik kecil.

"Eomma! Tak baiklah doa yang buruk-buruk!"

"Ada eomma aminkan ke?" soal Puan Kang. Haneul menggerakkan bahunya tanda merungut.

"Kata-kata ibu kan mustajab!"

"Sebenarnya kamu anak pungut," gurau Puan Kang dan sambung menyuap dirinya nasi goreng kimchi yang dimasaknya sebentar tadi. Menggila Haneul jadinya.

"Appa! Tengok eomma,"

"Tapi itulah hakikatnya," Sudah tentulah Encik Kang akan berpihak pada isterinya, kalau tidak dia akan dihumban untuk tidur di luar pada malam ini. Haneul memandang kedua ibu bapanya dengan tidak puas hati. Nasi goreng kimchi disuap kasar. Huff!

"Betul ke benda tu? Noona siasatlah dulu," Yejun yang hanya diam sahaja dari tadi mula bersuara. Sedar tadi, dia asyik memikirkan kemungkinan mesej yang didapati Haneul itu adalah betul dan bukannya sebuah penipuan.

Coincidence  [ ✔ ]Where stories live. Discover now